Bismillahirahmanirahim, semoga Allah yang Maha Menetap segala sesuatu memberi kita hidayah agar tidak tergelincir dari jalanNya.
Sungguh, Allah berkuasa menjadikan sesuatu keajaiban hanya untuk menguji hamba2Nya.
Dalam kegilaan masyarakat dunia mengikuti perlawanan Piala Dunia, telah timbul perihal seekor sotong (bernama Paul) yang sehingga kini dikatakan berjaya meneka dengan tepat keputusan perlawanan2 piala dunia. Dikatakan ramalan sotong ni tepat belaka. Maka hebohlah seluruh dunia perihal sotong ni memilih Spain memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman.
http://darkbatman.com/ramalan-sotong/
http://borakkosong72.blogspot.com/2010/07/sotong-ramal-piala-dunia-diancam-bunuh.html
Ternyata, malam tadi Spain menewaskan Jerman 1-0 malam tadi. Nah, takjub bukan?
MasyaAllah, Maha Suci Allah yang Maha Berkehendak.
Tahulah, adalah normal bagi manusia berasa takjub akan sesuatu yang hebat, luar biasa, dan yang tidak masuk akal. Itulah sifat kejadian manusia yang punya fikiran (akal) dan hati untuk berasa takjub atas sesuatu.
Tahulah, di setiap detik anak adam terdapat syaitan2 yang ingin menyesatkan. Yang bergerak mengalir bersama darah ke seluruh badan kita setiap degupan jantung kita. Pantas sekali, dia (syaitan) mendatangkan rasa takjub dan kagum kita itu pada sotong (makhluk). Walhal, Allah lah yang Menetap!
Begitulah betapa licik bisikan syaitan. Tiada sesiapa pun yang terlepas dari godaan dan tipuan dan bisikan jahatnya. Hanya pada Allahlah kita minta perlindungan agar tidak tergelincir iman (faith) kita pada Allah yang Maha Menetap. Beristighfarlah dan ucaplah A’uzubillahiminasyaitanirajim 3x. Mudah2an syaitan dan iblis lari dari kita.
Sungguh, tahulah bahawa kejadian aneh ini terjadi atas kehendak Allah yang Maha Esa! Di turunkan Iblis, syaitan sebagai ujian pada manusia.
Tahulah akan ada lagi perkara2 yang lebih ganjil akan berlaku dan pasti berlaku sejanji Allah SWT. Akan turun suatu masa nanti Dajjal setelah penduduk dunia mengalami kemarau teruk selama 3 tahun berturut2. Setelah penduduk dunia mengalami kepayahan yang hebat waktu itu, lalu Dajjal menyuruh langit menurunkan hujan dan dengan serta merta hujan pun turun(seizin Allah) , maka ramailah yang menjadi pengikutnya (ke neraka).
Tahulah, banyak lagi keajaiban yang Dajjal lakukan dan semua ini tidak masuk akal, pelik dan takjub! Baca.. Kisah Dajjal dalam Hadith
Saya takut, kalau pada sotong pun kita rasa takjub (pada makhluk, tertipu oleh syaitan), takut2 nanti kita jadi pengikut Dajjal waktu itu. A’uzibillahminzalik. Kita mendoa agar semua kaum mukminin dan muslimin terselamat dari tipuan Dajjal (ujian Allah).
Sungguh, berasa takjublah pada Allah Yang Maha Menetap dan Maha Menjadikan Segala Sesuatu. Kun!! Maka jadilah.
Pada Allah lah kita dikembalikan (diheret) di akhirat kelak!
Ya Allah, Kau bimbinglah kami hambaMu yang lemah ini ke jalanMu. Amin.
Allahu a’lam.
kamu, mekasih ya sebab link kan my blog..
Tsamina mina eh, eh
Waka waka eh, eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa..
salam kenal aja gan..
Tanya sotong bila dia nak mati, tentu diatak tahu ,hanya AllAH yg maha kuasa n mengetahwi. Paul nama padri John Paul. Yg berkuasa menentukan sesuatu ia lah Allah………..Bukan selain dp Allah di alam maya ini……………………..Nabi ISA Jesus chrise lahir tampa ayah …..og kristian anggap anak tuhan ,Tapi nabi Adam tampa aya n emak bagaimana…….Kadirun ALLAH berkehendak bukan kerna dg satu kerna, KUNFAYAKUN.
Bodoh….
Nabi Adam dicipta daripada tanah liat oleh Tuhan….
Tapi Nabi Isa…”Tuhar lahir sebagai manusia di bumi yang dosa ini”…
Kalau tak tahu apa itu kristian, jgn bagi comment….
Samuel, bagi awak agama awak, bagi kami agama kami. Al Quran telah menerangkan secara lengkap siapa Jesus (Isa ibnu Mariam).
Bacalah, http://www.islamcode.com/WhoWasJesus.html. Semoga Allah memberi hidayah kepada ahli2 kitab yang ikhlas mencari Tuhan. Amin.