Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Personal’ Category

Belajar Aqidah

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang terus menerus menghidupkan kita dan mengurus diri kita hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Semoga tiap detik kita ingat untuk berusaha mengingatiNya dan melakukan amal soleh. Amin..

Selepas beberapa lama berehat dari menulis, saya mengharapkan agar akan terus dapat menulis apa yang bermanfaat untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya, amin..

Ingin saya sentuh tentang peri pentingnya mempelajari Aqidah Islamiah yang benar, seumpama pentingnya kita memastikan tiket yang ada ditangan kita itu sah (“valid”) untuk kita gunakan dalam berpergian. Saya selalu teringat peristiwa saya dan keluarga besar sewaktu bercuti di pulau pangkor pada musim cuti raya cina beberapa tahun dulu. Suasana sungguh memenatkan, dengan badan yang letih lesu, terpaksa pula beratur panjang untuk menaiki ferry sambil mendokong anak dan menggalas beg yang besar. Penantian yang memenatkan itu mengingatkan saya tentang penantian di padang masyar yang sangat lama dan terseksa. Apakah perasaan kita kalau bila sampai turn kita untuk menaiki ferry itu, tiket kita ditolak. Apakah perasaan kita?

Pembandingan dunia terlalu jauh nak dibandingkan dengan kesusahan dan kesengsaraan yang bakal kita hadapi (semoga Allah memelihara kita) di hari Akhirat. Begitulah peri pentingnya memastikan benar2 bahawa tiket kita itu laku dan terpakai.

Tiket yang hanya laku di akhirat nanti ialah kalimah Laa ilaha ill allah dengan benar2 kefahaman, keyakinan dan berserta amal sepertimana ditunjukkan oleh Al Quran dan Sunnah.

Dan segala dosa dan kesilapan kita, kita mohonkan ampunan dari Allah Rabbul Jalal yang Maha Pengampun. Kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Semoga Allah mengampuni kita dan memperbaiki amalan dan akhlak kita. Hanya dengan rahmatNya lah kita akan masuk Syurga. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam Syurga. Amin..

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah kurniakan kami lidah yang sentiasa basah dengan zikir kepada-Mu. Kurniakan kami nikmat mengingati-Mu. Berikanlah kami istiqamah dan kebaikan hidup di dunia. Amin Ya Rabb al ‘alamin….

Alhamdulillah, segala kebaikan hanya datang dari Allah. Semoga Allah memberi kita kebaikan.

Berikut adalah zikir harian yang boleh kira print dan lekatkan di dinding2 rumah. Mudah2an hati kita cenderung untuk melafazkan zikir.

Ingatlah, zikir itu perlukan latihan. Pada permulaannya disebut2 dengat niat ingin mengingati Allah. Walau belum benar dapat mengingati Allah sepenuhnya, ALLAH yang Maha Menatap, tahu akan usaha kita. Mudah2an dengan niat jujur kita, ALLAH akan lebih2 lagi mendekati kita.

Hingga kemudian zikir bisa masuk ke dalam hati dan fikiran kita. Amin… Kita sama2 berusaha ya!

 

Sila download dan print;

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar la ilaha illallah salawat

 

 

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

 

Semoga Allah mengampuni saya dan saudara semuslimku semua. Betapa kita banyak lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah lupa untuk mengurusi kehidupan kita. Astaghrifullahal ‘azim. Semoga Allah yang Maha Pengampun Al-Ghaffur, memasukkan kita ke dalam golongan yang mendapat ampunan-Nya.

Allah kerap berfirman dalam Al-Quran kepada orang2 yang beriman, supaya jangan alpa untuk tunduk hati kepada kebesaran Allah. Allah berfirman;

Belum tibakah saatnya bagi orang2 yang beriman untuk khusyuk hati2 mereka untuk mengingat kepada Allah dan apa yang telah turun dari kebenaran dan janganlah mereka menjadi seperti orang2 yang mereka diberi Kitab sebelumnya lalu masa yang panjang berlalu atas mereka maka hati2 mereka menjadi keras, dan kebanyakan dari mereka orang2 fasiq.

Surah Al-Hadid 57:16

Dan Allah berfirman dalam surah Al-Hasyr (Pengusiran),

Dan janganlah kalian menjadi seperti orang2 yang melupakan Allah, maka Allah menjadikan mereka lupa pada diri2 mereka sendiri.  Mereka itulah orang2 fasiq. Tidak sama penghuni neraka dengan penghuni syurga, penghuni syurga mereka orang2 yang menang.

Al-Hasyr 59:19-20

 

Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang2 yang beruntung.

Amin.

Read Full Post »

Assalamualaikum saudara semua,

Tadi berkesempatan mendengar kupasan oleh As Syeikh Dr dari Al Azhar di radio IKIM.fm, ada pemanggil bertanya, apakah yang harus dia buat bila dia selalu didatangi bisikan yg bukan dari dirinya mengatakan sesuatu yg tidak benar mengenai Rasulullah SAW. Dia tahu tak benar, tetapi ia tetap datang.

Maka jawab Syeikh dengan sangat cantik (semoga Allah merahmati beliau):

Itu adalah bisikan dari syaitan dan dia ingin membuatmu sedih dengan bisikan2 itu (comment penulis: ini sangat benar sekali, majoriti kita mmg sedih bila ini berlaku). Dan tujuannya supaya kamu sedih hingga kamu pun meninggalkan ketaatan kepada Allah (commment penulis: kebanyakan kita mula merasa gangguan ni bila mula mendekati agama, maka jangan sesekali meninggalkan perbuatan baik kita itu, kerana itulah tujuan syaitan).

Syeikh menceritakan satu cerita yang diceritakan oleh gurunya. Ia seperti seorang guru dengan anak muridnya sedang berjalan ditaman. Disana terdapat anjing yang menyalak2 kearah mereka, seperti mahu datang menggigit. Guru tersebut bertanya kepada anak muridnya, apakah yang kamu mahu lakukan? Maka jawab anak murid itu, saya akan melawannya dengan kayu. Guru itu berkata, jika bergitu, kamu akan penat melawannya kerana dia akan sentiasa datang dan kamu sentiasa perlu melawannya. Maka anak murid itu bertanya, perlukan kita lari? Jawan Guru, Tidak! jika kita lari, pasti anjing itu akan mengejar kita, dan kita akan penat berlari. Kemudian Guru bertanya, tidakkah anjing2 itu ada tuannya yang berkuasa atasnya? Ya, jawab anak murid. Kata Guru, jadi sebetulnya kita minta kepada tuannya supaya menahan anjing tersebut dari kita. Pasti bila tuannya menjerit pada anjingnya, maka anjing itu akan patuh. Dan kemudian kita teruskan perjalanan kita, jangan hiraukan lagi anjing tersebut, pasti anjing itu berhenti menyalak.

Begitulah.. betapa cantiknya perumpamaan syaitan dengan anjing, dan yang berkuasa keatas anjing yakni syaitan itu adalah yang menciptakannya, yakni ALLAH SWT. Maka saudara2ku, semoga kita dapat memahami perkara ini, dan mengamalkannya. Syeikh menegaskan berkali – bisikan syaitan itu sia2 dan tidak dapat memudaratkan kita sedikitnya. Yang hanya dapat memberi mudharat dan manfaat hanyalah ALLAH SWT.

Allahu a’lam.

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Ibaratkanlah nyawa dalam diri mu bagai minyak dalam kenderaan. Sedang kenderaan mu tiada bacaan meter minyak. Bagaimanakah layaknya kamu berasa? Tenangkah atau risaukah!

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

2012-12-02_125404Alhamdulillah, kalender ‘kuda’  untuk tahun 2013 sempat disiapkan sebaik mungkin. Look & feel ditambah baik untuk lebih menyerupai kalender kuda yang biasa terdapat di kedai2. Hari sabtu dan ahad diletakkan gambar, supaya mata lebih terfokus pada tarikh2 hari berkerja. Ikut pengalaman saya, ini lebih menyenangkan. Kali ini koleksi hadis diambil dari Hadis 40 Imam Nawawi yang dikenali dengan Arba’in Annawawiyah. Hadis2 yang pada pendapat Imam Nawawi sangat mustahak untuk umat Islam memahaminya dan menghafalnya. Hadis2 tersebut dimuatkan ikut keterbatasan ruang. Versi Word dan PDF boleh didownload di sini:

Kredit untuk Latifah Harun, yang jadi rujukan saya. Seperti biasa, anda boleh download, edit dan sebarkan. Semoga kita mencintai kebaikan.

Updated 11-Dec-2013: Tambahan takwim

Alhamdulillah, waktu solat untuk 2013 bagi kawasan KL, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya telah ditambah pada bahagian bawah. Format terpaksa ditukar kepada Jpeg untuk memudahkan kerja. Anda boleh download di bawah:

kalender-kuda-2013-page-001 kalender-kuda-2013-page-002 kalender-kuda-2013-page-003 kalender-kuda-2013-page-004 kalender-kuda-2013-page-005 kalender-kuda-2013-page-006 kalender-kuda-2013-page-007 kalender-kuda-2013-page-008 kalender-kuda-2013-page-009 kalender-kuda-2013-page-010 kalender-kuda-2013-page-011 kalender-kuda-2013-page-012

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Semoga Allah menambahkan kita kecintaan kepada kehidupan akhirat (syurga), dan menjadikan kita sebahagian orang-orang yang memburu akhirat.

Salah satu nikmat terbesar bagi manusia di atas dunia adalah mempunyai anak (bayi kecil @ baby).  Melihat telatah dan ketawanya membahagiakan siapa jua yang memiliki anak. Inilah kebahagian yang Allah kurniakan kepada sepasang suami isteri.

Kita tertanya2, Allah yang Maha Pencipta yang Maha Mengetahui apa2 yang menjadi kecintaan manusia (makhlukNya), adakah Allah tidak menyediakan anak2 bagi para penghuni Syurga?

Telah kita dengar dari hadis2 bahwa, di syurga wanita2 tidak lagi didatangi haid. Kerana tidak ada kekotoran bagi penghuni Syurga. Usia mereka semua adalah sebaya dan mereka dikelilingi oleh wildan2 (pelayan2) yang berupa kanak2. Dikatakan wildan2 ini adalah kanak-kanak (anak2 orang kafir) yang meninggal di usia muda, mereka Allah tempatkan di Syurga sebagai pelayan2.

Jarang kita dengar hadis yang menyatakan bahwa salah satu kenikmatan syurga juga adalah anak2 (baby2) kecil yang comel….

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui akan hamba2Nya. Yang menyediakan Syurga yang penuh nikmat. Rasulullah SAW dalam riwayat berikut menyatakan bahwa para penghuni Syurga akan memiliki anak (baby) jika mereka mahu, bahkan ia akan datang dalam tempoh yang singkat tanpa susah payah. Dapat kita bayangkan para penghuni syurga anak mempunyai anak yang ramai, yang comel, yang menghiburkan (tanpa sebarang perkara yang menyusahkan), pastilah kegembiraan melayani anak2 sangat2 membahagiakan. Maha Suci Tuhan, Yang Menciptakan Syurga untuk hamba2Nya yang bertaqwa. Ya Allah, jadikanlah kami hamba2Mu yang bertaqwa… Amin…

Terjemahan:

Dari Abu Said al-Kudri r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW bersabda:

“Jika orang yang beriman berkehendak seorang anak di Syurga, maka kandungan dan kelahiran hanya mengambil masa satu jam, kemudian anak tersebut membesar ke usia yang dia kehendaki”

Riwayat dari al-Tirmidhi, no 2487; al-Daarimi, no. 2712; Ahmad, no.11339; Ibnu Majah, no.4329). Allahu a’lam.

Source: http://islamqa.info/en/ref/10053

Read Full Post »

Older Posts »