Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Politics’ Category

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum, semoga kita semua dilimpahi rahmah dari Nya. Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Mudah2an kita mengikuti sunnahnya. Amin.

Jangan kecewa jika pilihanraya kecil baru2 ini PAS kalah teruk. Terimalah Qada’ Qadar Allah Yang Maha Bijaksana. Dia Maha Tahu hikmah disebalik kekalahan. Kita sebagai manusia, harus memperbaiki ikhtiar, usaha dan Doa.

Mari kita pastikan ISLAM sudah tertegak dalam diri kita, anak isteri kita, kawan2 rapat kita.. itulah langkah yang pertama.

 

Sedikit Nota tentang PAS, bukanlah kita taksub pada parti ini. Sokongan kita pada perjuangan mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. Apapun nama parti, siapa pun dia dan apa bangsa, jika inilah jalannya, maka kita bersama mereka. Insya Allah.
Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim…

Zaid Ibrahim mengaku dengan terang bahwa partinya (KITA) mendokong sekularisma. Sila baca

“Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut,” katanya.

..

“Kita tak mahu negara seperti itu. Kita mahu wakil rakyat yang menentukan dasar, itu makna sekular,” katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas melancarkan parti KITA secara rasmi hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/153837

 

Ini adalah satu ajakan ke neraka! Zaid cuba mengelirukan kita tentang sekularisma….

Mari periksa makna sekular –

Secularism is the concept that government or other entities should exist separately from religion and/or religious beliefs.

http://en.wikipedia.org/wiki/Secularism

 

Mengapa ke neraka? Ikuti sama2 youtube ini. Sekular adalah SYIRIK!

Marilah sama2 kita menanam kebencian terhadap apa saja yang bertentang dengan perintah Allah SWT. Bukankah Allah itu Pencipta kita?

 

 

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Kepada pengikut perkembangan politik, sudah tentu banyak perkembangan2 yang meresahkan. Hal2 yang merunsingkan sentiasa terjadi. Bagi kita para penyokong “perubahan”, pasti inginkan perubahan yang kita mahukan itu berkembang baik dan akhirnya berhasil.

Bagi penyokong PKR, pasti masalah pemilihan pemimpin yang sedang berjalan ini membingungkan.

Bagi penyokong PR, pasti perkembangan terkini yang menyebelahi BN juga merunsingkan.

Baiklah, izinkan saya berkongsi pandangan.

Pertama, ingatlah yang kita sokong perubahan itu bukan bermakna menyokong “sesuatu parti”. Menyokong perubahan itu tidak bermaksud harus kita bertekad menyokong parti PAS atau parti PKR atau parti DAP.  Apatah lagi untuk menjadi “ahli” sesuatu parti sama ada in real atau in our mind.

Jangan biarkan diri kita di dalam situasi ingin membenarkan apa saja tindakan atau keputusan “sesuatu parti” yang kita “sokong”. Sebab tidak akan ada satu parti pun yang bersih dari kesalahan. Maka kalau kita “membenarkan” kesemua yang datang dari “sesuatu parti”, bermakna kita menipu dan menzalimi diri kita.

Jadi di mana harus kita berdiri?

Berdirilah pada jalan yang lurus. Jalan yang dijamin sentiasa benar. Dan sentiasa akan menang.

Bukankah kebenaran akan sentiasa menang mengatasi kebatilan?

Tidakkah patut kita percaya kepada Sang Pencipta kita?

Kata2 orang bijaksana:

“dirikan Islam di dalam dada-dada kamu, niscaya ianya akan terdiri di bumi kamu”.

Read Full Post »

UMNO DARI DULU KERJA MENIPU ORANG MELAYU… YANG PALING PANDAI MENIPU JENIS ‘KITUL’

70 lagi warga emas pulang semula wang ehsan

Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian, lapor Bernama.

Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

https://chromosome.files.wordpress.com/2010/10/img_0331.jpg?w=300

KESIAN ORANG MELAYU, DAH LAH MISKIN, KENA TIPU LAGI..

Source: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Keterangan/Hujah:

  1. Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.
  2. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:
  • Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.
  • Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.
  • Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.

Read Full Post »

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim,

Sekadar ingin berkongsi pandangan mengenai hal semasa tanahair .

Isu Semasa Pemuda: Kronisme Dan Nepotisme Dalam PKR Sudah Terang Lagi Bersuluh-Razali

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa “menjilat ludahnya”  kembali sekaligus memalukan parti terbabit yang kononnya melaung-laungkan memperjuangkan demokrasi sebenar.

Menurut beliau, tindak-tanduk Anwar yang selama ini galak melemparkan tuduhan liar terhadap UMNO dalam isu-isu kronisme dan nepotisme  nampaknya terpalit ke muka beliau sendiri setelah berlaku huru-hara dan kekecohan di dalam pemilihan cabang baru-baru ini.

“Anwar selama ini galak melemparkan tuduhan sedemikian kepada kita tetapi huru hara yang berlaku pada pemilihan cabang membuktikan PKR penuh dengan penyelewengan.

“Selama ini Anwar tuduh pemilihan UMNO tidak demokrastik, tetapi hari ini jelas mereka lebih teruk dan saya difahamkan berlaku politik wang dalam pemilihan peringkat cabang selain nepotisme dan kronisme yang umpama “sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

…..

Saya cenderung mendefinasikan ‘kronisme, nepotisme’ dengan “giving favour” to relative or close associate.  Apa pendapat anda?

Sama2 kita teliti sama ada ada unsur2 “giving favor” oleh Anwar ke atas keluarganya dalam pemilihan parti kali ni.  Jangan sesekali dok dengar TV3 cakap apa.. betul2 sia2..

JK munajat royalti: Ulama muda seperti ‘balaci’ Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno – yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa – memperlihatkan mereka seperti “balaci” parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

“Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno,” kata jawatankuasa misi tersebut.

Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

…..

Saya bersetuju dengan argumen kedua2 pihak. Satu pihak mendakwa seolah bidaah, seakan untuk mustajab doa perlu ke Mekah. Satu lagi pihak, beralasan tidak ditegah dan lebih bermotif untuk memperoleh sokongan rakyat dan memberi tekanan politik kepada kerajaan persekutuan. Dalam hal ini saya lebih cenderung menyokong pendapat yang kedua. Semoga tuan2 guru kita meluruskan niat dan menerangkan tujuan sebenar dengan jelas kepada masyarakat. Dalam usaha meraih sokongan rakyat dan memberi tekanan kepada pemerintah, kita takut2 perbuatan ini seakan menjadi syarat baru (bidaah) dalam beribadah (berdoa). Semoga dijauhkan.

Dalam hal ini, kedua2 pihak perlu merendah diri – jika keduanya benar untuk Allah. Pihak yang pertama harus muhasabah sudahkah perkara yang lebih penting (aula) ditegur? Pihak kedua, perlu meluruskan niat dan memperjelaskan pada masyarakat.  Semoga kedua2 pihak sentiasa dalam jalan yang lurus. Amin.

Read Full Post »

In website : http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=47492

Secara peribadi seolah berpuas hati dengan jawapannya. Tapi kalau kerajaan mahu rakyat lebih “supportive”, harus lebih tegas menangani pembaziran melalui korupsi dan pembelanjaan boros. Biar dilihat benar2 ikhlas mahu menyelamat negara, setelah mengemas dan berkorban diri, lalu meminta pertolongan pula pada rakyat. Rakyat pasti memahami, “wah… kerajaan sudah benar2 telah berkorban ni… baiklah, kami sedia pula berkorban”

Begitulah…

Jadi, harus dibuat benar2 dan ditonjolkan, para korupsi dihukum dan diambil kembali wangnya.. projek2 dan contract2 yang merugi kerajaan (rakyat) langsung terus dibatalkan. Para menteri dan wakil rakyat dibuang keselesaan (atau mungkin kemewahan) mereka.

Cukuplah.. ini pun sudah cukup….

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Semoga Allah beri kekuatan untuk kita menegakkan kebenaran sepahit mana pun ia. Dan menolak kemungkaran semanis mana pun ia. Dia lah Tuhan segala makhluk. Tuhan seluruh alam.

Tidaklah Allah turunkan Al-Quran itu melainkan sebagai satu peringatan. Sebagai khabar gembira bagi orang2 yang sholeh dan sebagai peringatan (berita yang menakutkan) untuk kaum yang ingkar.

Dialah Tuhan yang Satu.

Sebentar tadi saya membaca satu berita yang mengkhabarkan bahwa mantan perdana menteri Mahathir Mohammed telah mengeluarkan satu hukum (seolah2 fatwa) bahwa judi hanya haram untuk orang Islam.

Haram only applies to Muslims, says Mahathir

PUTRAJAYA: What is haram in Islam should apply only to Muslims. As such, non-Muslims cannot be prohibited from doing some things or carrying out activities just because they are haram to Muslims, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said yesterday. “We have many different races in this country. We cannot stop people from taking what to them is not haram, (but) for us is haram,” he said at the Perdana Leadership Foundation here.
“It is the same with other things which are haram. Muslims must not be involved. Like the lottery … Muslims who are found buying will be arrested.”
Commenting on the sports betting licence reissued to Ascot Sports recently, Mahathir said what is important now is for the government to ensure that Muslims do not get involved in sports betting. “To the Muslims, don’t. Until now, we have never allowed Muslims to be involved in betting, but if they are to go to Singapore to get involved, we can’t do anything,” he said.

Mahathir said objections raised by certain quarters against the government’s recent decision to legalise sports betting were more political than religious. “I think the objections are more political, not so much (because of) Islam,” he said, adding that he believed Penang Chief Minister Lim Guan Eng had a political motive in announcing the state government’s decision to prohibit sports betting in the state. “Lim does not eat pork now because
he is good friends with PAS. So he would not be involved in betting too,” he quipped.

Last week, Mahathir had expressed the view that sports betting had to be legalised to control the industry. He noted that if sports betting were not legalised, it would still continue illegally. Speaking at the 5th Malaysian Conference on Healthy Ageing, he did not deny that the tax revenue would help to fi ll government coffers.

Mahathir had noted that although Muslims would be strictly disallowed from taking part in legalised sports betting, there was nothing to stop them from being involved in illegal betting, if they so wished.

— end —-

Fitnah akhir zaman

Tahulah, beginilah fitnah2 (ujian) akhir zaman, bila ulama2 membisu lalu yang jahil memberi fatwa! Bersabda Nabi Allah, di akhir zaman akan ramai alim ulamak yang fasiq dan akan ramai ahli ibadah yang jahil.

Harus kita tentang pemikiran yang salah ini. Mudah2an kita diberi petunjuk hidayah Allah SWT.

Hukum Allah Tetap Satu

Tahulah, Allah itu Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah Tuhan bagi orang2 yang berserah diri (Muslim) dan Dia lah juga Tuhan bagi orang2 yang kufur (engkar).

Tahulah, apa yang tidak disukaiNya pada hambaNya yang Islam, tidak disukaiNya pula pada hambaNya yang kafir. Apa yang diharamkan atas orang Islam, diharamkan juga atas orang kafir. Apa yang dihukum atas orang Islam, dihukum pula atas orang kafir.

Hukum Syariat di dunia

Bezanya, orang Islam itu dihukum di dunia lagi atas keingkaran mereka (supaya mereka insaf lalu bertaubat), sedang orang kafir akan ditangguh hukuman seksa mereka di akhirat kelak. Dan diberi kelepasan atas mereka dari dilaksanakan hukum syariah di dunia ini, jika mereka melanggari perintah ibadah yang khusus.

Dan tahulah seringan2 seksa akhirat adalah seberat2 siksa di dunia.

Daripada Nu’man bin Basyir rodhiallahu ‘anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua-dua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya.”

Maha Suci Allah, Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang Dia Ciptakan. Dia Maha Bijaksana lagi Maha Menentukan.

Hormati agama lain

Islam itu adil lagi menghormati hak orang kafir (di dunia ini). Jelas dalam surah Al Kafirun, bagimu agamamu, bagiku agamaku. Namun, jangan kita keliru yang dihormati itu adalah hak agamanya, bukan haknya untuk berbuat kerosakan. Diberi hak mereka mendirikan kuil dan patung sembahan mereka sesuai dengan kehendak agama mereka. Namun ditegah mereka dari membunuh, mencuri, merogol dan menindas yang mana tidak pula diberi haq (suruhan) oleh agama mereka.

Disini jelaslah dimana letaknya hukum judi ini. Bagaimana mungkin kita halalkan untuk mereka sedang agama mereka tidak menghalalkan?

Tanggungjawab pemimpin Islam, adalah untuk menegakkan agama Islam di negaranya. Lalu dia berbuat baik pada yang bukan Islam, diberi hak mereka atas agama mereka.

Tanggungjawab pemimpin (Islam atau bukan Islam) adalah untuk menegakkan kebaikan untuk rakyatnya dan menolak kerosakan dari rakyatnya. Jelas judi adalah satu kerosakan untuk mana2 umat (rakyat). Rakyat yang hidup dalam budaya judi, lebih banyak membunuh, runtuh rumah tangga, perkelahian, tipu menipu dan sebagainya.

Ini penyakit masyarakat yang kita sendiri membencinya. Bagaimana sekarang kita mengambil (membenarkan) ibu kepada segala penyakit ini?

Sedang yang bukan Islam sendiri menolak, bagaimana kita yang Islam pula menghalalkan untuk mereka? Adakah kita mahu jadi tuhan selain Allah? A’uzubillah minzalik.

Pemimpin Umno

Jadi tahulah kita, yang sebenarnya mereka ini adalah perosak2 dimuka bumi ini. Mereka memburu dunia dengan kekayaan, kesenangan dan kemegahan. Padahal ia palsu. Mereka menjadikan syaitan dan nasfu mereka sebagai penasihat. Tahulah, itulah seburuk2 pilihan…iaitu Neraka yang abadi.

Mereka itu mencari alasan untuk menghalalkan yang haram. Saya takut mereka ni rosak aqidahnya.

Rencana Jahat

Kita sedar negara kita sedang diambang hutang yang berat. Jumlah hutang sekitar 103 billion ringgit. Ia menjadi satu mimpi ngeri pemerintah. Mereka kini takut dengan bayang2 sendiri. Walhasil inilah bencana dari apa yang mereka usahakan. Meminjam wang atas riba untuk pembelanjaan negara. Berhabis berjuta2 ringgit untuk projek mega yang untuk kemegahan. Menghalalkan korupsi atas nama membantu bumiputra.

Tahulah, inilah jerat2 Yahudi. Ditubuhkan Bank Dunia (organisasi kewangan dunia) bagi mendesak negara2 meminjam dari mereka. Di takut2kan kita akan ketinggalan mundur jika tidak meminjam. Sementelah itu, kita tersepit, lalu disuruh pula berbuat apa saja asal saja kita melunaskan hutang kita. Lalu kita kini ditarik hidung, disuruh hapus subsidi, dinaikkan harga segala barang, dikenakan sistem cukai baru, dan kini dihalalkan judi.

Semua ini atas dasar untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Sedang mereka tidak tahu, yang menyelamatkan sesuatu kaum hanyalah dengan mengikut perintah Allah.

Muhasabah diri

Apa guna kita mampu membayar segala hutang, jika dengan menindas rakyat, lawan hukum Allah, dan dengan segala bentuk kemungkaran lagi?

Tahulah, yang kita cari adalah negara yang berkah, ekonomi yang berkah dan masyarakat yang berkah.

Allah jika mahu menghukum kita, cukup sekadar kun! (jadi)..maka terjadilah. Saya khuatir, walau kita mampu mengelak negara kita dari bankrap dengan cara yang jahat ini, takut2 Allah turunkan bala.. lalu digegarkan kita dengan gempa bumi, atau diturunkan wabak yang dasyat, atau kemarau yang panjang.

Ketika itu, barulah kita sedar walau kita punya wang berjuta, tidak ada gunanya lagi.

Allahu a’lam

Read Full Post »

Older Posts »