Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Hear Say’ Category

Ketika saya menulis, Pak Lah baru dilaporkan berkata InsyaAllah, 2 orang ahli ADUN PKR (yang sudah 5 hari hilangkan diri) akan menyertai UMNO, dan tak lama lagi UMNO akan merampas kembali Perak. Dan Pak Lah menambah, ini menunjukkan dikalangan saingan politik UMNO, bahawa UMNO memperjuangkan ideal perjuangan mereka.

Antara risau dan lucu sama naik. Risau, jika ini benar2 berlaku, langsung kerajaan negeri PR yang baru setahun jagung akan jatuh. Terasa belum puas lagi kita menikmati kebaikan yang mereka bawa. Lucu, jika benar dua ADUN yang bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah atas dakwaan rasuah (dipercayai diperangkap oleh UMNO) ini menyertai UMNO, langsung sebagai balasan kes mereka digugurkan atau Mahkamah mendapati mereka tidak bersalah, UMNO mungkin berjaya merampas Perak dari PR. Tapi, saya percaya 26 juta rakyat Malaysia dapat melihat jelas permainan politik mereka tanpa perlu dijelaskan lagi, dan pasti majoriti rakyat akan menghukum mereka pada pilihanraya akan datang. Kalau betullah ini plan UMNO, ini bermakna UMNO sengaja menempah maut.

Bagi PR, worse case scenario atau senario paling buruk pun, mereka akan membubarkan kerajaan negeri. Pilihanraya akan diadakan sekali lagi untuk mendapat mandat dari rakyat. Dan jika ini berlaku, saya akan pastikan saya, saudara2 saya, kawan2 saya balik mengundi. Dan saya tidak akan menolak, kemungkinan akan turun berkempen untuk pertama kali untuk Pakatan Rakyat, walau saya bukan ahli mana2 parti. Biar Rakyat ajar kerajaan Bodoh Sombong BN!

Allahuakbar, Allah selamatkan Perak!

Advertisements

Read Full Post »

As’kum, ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab persoalan2 yg
dilontarkan terhadap proton, up to u to believe it or not..

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut
yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita.
Kita
bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang
telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam
yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan
perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan
beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia
adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..
manakala kontena lain adalah pintu, body dan
sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan
ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda
tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita
jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang
dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2
dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan
2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6
proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya
kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu
dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat
pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah
4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So
untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100%
body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini
dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih
belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar
hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah
berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya
kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta
Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita
gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja
kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin
terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di
Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi
terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin
dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin
ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.
Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak
mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin
sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah
orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.
(more…)

Read Full Post »

Petua

Merawat demam campak

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan
tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun
yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan
sehinggarasa miang berkurangan.
(p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan
sedikit air jika terlalu kering).

Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk
membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih.
Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk
menggunakan kapur itu.
• Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah
dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian
bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua
hari bisul tadi akan segera mengering.
• Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh.
Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke
akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian
sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali
hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh
lagi.

Pulihkan kulit melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian
kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi
dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru
akan tumbuh seperti sediakala.

(more…)

Read Full Post »

Saya memperoleh satu email yang sangat panjang lebar menceritakan pengalaman seorang pembeli Naza sutera yang mengadu tentang permasaalahan yang dihadapinya. Daripada email tersebut, sungguh mengerikan..selayaknya pembeli patut khuatir jika berniat untuk membelinya. Bagaimana pun kesahihan cerita di dalam email ini tidak dapay dipastikan, lalu saya kategorikan dalam ‘cakap-cakap’ – hear say

di bawah ini kandungan email tersebut – verbatim.

(more…)

Read Full Post »