Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Current Issues’ Category

Bismillahirahmanirahim,

Semoga kita dapat amalkan pada solat2 kita melambangkan kita saudara mereka..

 

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.

Advertisements

Read Full Post »

 

Bismillahirahmanirahim,

Segala pujian dan pujaan bagi Allah Azza WaJalla, yang telah menurunkan Al Quran kepada Nabi kita,  Muhammad SAW, sebagai mukjizat dan petunjuk sepanjang zaman. Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang mempelajari Al Quran dan beramal dengannya dan mengajarkannya.

Dalam Surat Al Mujaadilah (Pembantahan Seorang Wanita), terdapat satu perbuatan (perkataan) buruk yang Allah kisahkan, yang Allah tidak mengazabkan mereka di dunia. Lalu mereka menyangka mereka terselamat dan menyangka tidak akan ada apa2 pun terjadi pada mereka. Namun, Allah khabarkan, cukuplah nanti mereka akan masuk neraka Jahanam.

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan kepada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (58:8)

 

Neraka Jahannam Sebagai Satu Tempat Pembalasan Yang Sangat Dasyat

Allah memperikan seksaan di neraka dengan seksaan yang mengerikan dan amat berat. Di mana manusia dibakar tanpa henti, dan yang meyakitkan lagi kulit akan terbakar hangus dan kembali tumbuh untuk dibakar lagi. Dalam api yang sangat panas, diceritakan jikalau api neraka diganti dengan api dunia, nescaya bergembiralah penghuni neraka kerana dibandingkan api dunia dan api neraka, tersangatlah jauh hingga mereka rasa gembira. Tapi itu tidak akan terjadi. Allah memperikan seksaan neraka, bahwa tidak ditambah sesuatu apa pun pada penghuni neraka kecuali seksaan. A’uzubillah min zalik.

Tatkala penghuni syurga merasai nikmat yang semakin bertambah, diceritakan kelazatan makanan apabila dimakan semakin sedap, hingga terlupalah bahwa ada makanan yang lain, kerana terlalu sedapnya makanan yang dimakan dan tak jemu2. Kita takut pula, dengan seksaan neraka, yang tidak ditambah melainkan seksaan. Maka semakin beratlah seksaan dalam neraka. A’uzubillah minzalik.

Yang tidak terbayangkan lagi, dengan penyeksaan jiwa dan raga. Telah putus segala harapan bagi orang2 yang kufur itu dari terlepas azab neraka. Bagaimakah rasanya perasaan putus asa itu? Tidak dapat dibayangkan betapa berat masalah dalam hatinya, yang tidak akan selesai. Lalu dia mengharapkan kematian…tapi tidak! Tiada kematian bagi orang yang di dalam neraka! A’uzubillah min zalik.

Betapa berat seksaan neraka. Tersangat berat.

Maka tepatlah kata2 Allah, ” Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”

 

Bersabar untuk orang yang beriman

Dunia yang serba menduga ini, Allah jadikan sebahagian yang lain sebagai ujian kepada sebahagian yang lain. Dan Allah jadikan pemimpin2 yang zalim sebagau ujian.  Makanya, bagi orang yang beriman, kita harus sabar apabila melihat pemimpin zalim “seolah2 terlepas” dengan perbuatan2 jahat mereka. Lihatlah, bagaimana pemimpin yang zalim membunuh kanak2 dan bayi yang tak berdosa dengan sangat kejam. Lihatlah, betapa silih berganti rakyat Palestin terbunuh kejam oleh Yahudi laknatullah.

Mungkin mereka berkata, lihatlah…kenapa Allah tidak mengazab kita disebabkan perbuatan kita ini?

Al Quran menerangkan, cukuplah bagi mereka neraka Jahannam. Seburuk2 tempat kembali.

Allahu a’lam.

 

Saya tak sanggup untuk meletakkan gambar2 kekejaman manusia di sini.. Kita yakin Allah akan membalas mereka yang jahat dengan azab yang pedih.

gambar di sini: http://fadir78.blogspot.ca/2012/10/penderitaan-rakyat-syria.html

Read Full Post »

(click untuk besarkan)

Bismillahirahmanirahim,

Setelah meneliti fakta2 dan hujah2 kaum muslimin, maka beginilah jawapanku. Aku beriman bahwa Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak terpuji.  Barangsiapa yang mahu engkar, silakan… maka kelak, kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata!

Adat & Tradisi
———————
Adat dan tradisi pada zaman dahulu sangat berbeza dengan zaman kita. Cuba lihat pada generasi ibu dan nenek kita sekitar 50-100 tahun dahulu, rata2 mereka berkahwin pada umur belasan tahun! Jika zaman ibu dan nenek kita pun berbeza dengan zaman kita, apatah lagi zaman kita dengan zaman 1400 tahun dahulu?

Adalah salah untuk menghakimi adat dan tradisi zaman dahulu dengan adat dan tradisi pada zaman sekarang. Bentuk perkahwinan tersebut diterima oleh masyarakat dahulu. Buktinya, musuh2 Nabi Muhammad SAW yang paling ketat pun, seperti Abu Jahal dan Abu Lahab tidak pernah menyoal perkahwinan Baginda dengan Siti Aisyah sebagai tidak bermoral!

Apakah bentuk perkahwinan Baginda
——————————————————
Menjodohkan anak2 perempuan ketika umur kanak2 adalah tradisi orang Arab dahulu. Menjadi kebiasaan menjodohkan anak2 perempuan ketika usia muda untuk merapatkan hubungan antara keluarga/ kabilah pada waktu itu. Kawan baik Nabi Muhammad, Abu Bakr As Siddiq ingin merapatkan hubungan keluarga beliau dengan Baginda SAW. Ianya bukan atas dasar seksual.

Prinsip Keadilan Islam
——————————–
Islam menggariskan bahwa perkahwinan mesti berasaskan kepada persetujuan pengantin perempuan. Surah An-Nisa 4:19 “wahai orang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita denganjalan paksa..” Ini dibuktikan dalam hadis Bukhari bahwa Siti Aisyah ketika berumur 6 tahun tidak memberi reaksi pada cadangan ayahnya untuk berkahwin
dengan Rasulullah SAW. Kemudian, ketika siti Aisyah berumur 9 tahun, sekali lagi ditanya dan kali ini beliau mengerti dan menyetujui.

Akhlak Rasulullah SAW
———————————-
Walaupun sesudah berkahwin ketika berumur 9 tahun, Siti Aisyah tidak hidup dan tinggal sekali dengan Rasulullah, hinggalah Siti Aisyah mencapai umur melayakkan beliau untuk melahirkan anak. Sesudah itu pun, Baginda SAW mengambil masa melayani Siti Aisyah dengan baik dan pernah Baginda SAW berlumba lari dengan Siti Aisyah, begitulah hubungan baik Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah.

Menolak tanggapan Phedophilia
———————————————–
Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 45 tahun, dan tinggal bersama selama 25 tahun hanya dengan seorang isteri. Isteri kedua Baginda SAW, Saudah berumur 65 tahun ketika berkahwin dengan Baginda SAW. Kemudian hampir kesemua isteri2 yang Baginda SAW kahwinin adalah janda yang berumur lebih 40 tahun! Baginda berkahwin atas dasar memberi perlindungan kepada balu, untuk dakwah dan sebagai contoh tauladan.

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Here we have Yusuf Estes explanation about Prophet Muhammad p.b.u.h  marriage with Aisha at her age of 9. This may explain the rationale and the Islamic principle toward the issue of marrying woman in a young age. May Allah make us firm with our religion, and May Allah shed light to all of us.

Read Full Post »

Salam,

Ini adalah jadual PLUS Highway untuk pulang berhari raya, semoga perjalanan kita dimudahkan ALLAH dan dilindungi oleh-NYA. Amin..

(CLICK ON PICTURE TO ENLARGE)

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Ada beberapa pengalaman harin ini yang boleh saya kongsikan bersama, dan semoga sedikit perkongsian ini ada manfaatnya.

Taman Dagang

Saya kerap ke Taman Dagang untuk baiki kereta saya, dan hari ini saya ke sana. Seperti biasa untuk siap, akan mengambil masa 3-4 jam. Sejak dulu saya perhatikan, Taman Dagang sudah bertapak komuniti orang korea selatan. Ini dapat dikenali dengan raut wajah, percakapan dan tulisan2 mereka. Orang korea memang bersatu, mereka saling menolong antara mereka. Buktinya, sudah banyak kedai2 perusahaan yang mereka buka di taman medan – namakan saja – kedai runcit, kedai makan, kedai dobi, kedai barangan lama dll. Di atas barisan2 kedai mereka ini, ada pula gereja yang mereka buat di bahagian atas kedai. Pada waktu2 hujung minggu, ramai mereka hadir di kedai2 dan juga di gereja2 mereka.

Orang korea

Mereka orang yang baik2 pada pandangan saya. Kehadiran mereka tak seperti kehadiran Negro2 di sesetengah tempat yang aktiviti orang Negro ini kita curigai. Kesatuan orang korea membuat mereka berjaya. Buktinya komuniti mereka yang sudah agak besar di Taman Dagang. Kedai2 mereka dapat hidup dan berkembang. Sifat ini harus kita tiru. Budaya membeli di kedai bangsa sendiri dapat membantu komuniti peniaga2 bangsa kita untuk berkembang. Tak kiralah sama ada di tanah air mahu pun di luar negara. Mungkin dengan sokongan kita, kedai2 bangsa kita dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Dakwah

Bila saya lalui di kaki lima sebuah kedai, terdapat sekumpulan anak2 muda korea menunggu para penjalan kaki di depan kedai. Salah seorangnya menyapa saya dan memberikan saya satu bungkusan kecil. Saya ambil dan mereka ucapkan “May Gob Bless you…” Kemudian saya tengok pada bungkusan itu, ianya bungkusan kecil yang berisi 2 gula2 dan sekeping kertas kecil bertulis ayat Injil – Yet to all who received him, to those who believed in his name, he give the right to become children of God (john 1:12).  Oh.. mereka berdakwah rupanya…. Bagus betul budak2 muda ini.. Yang bermain di fikiran saya, bila lah pula saya atau anak muda2 kita akan berdakwah secara terbuka di jalanan..

Kemudian, saya terfikir untuk berhujah dengan mereka tentang ayat Bible tersebut.. tapi kaki terus melangkah ke bengkel kereta. Di fikiran, bermacam2 perkara bermain – antara kagum, syukur, insaf segalanya.

Memahami Kristian

Mereka orang2 yang baik. Mereka suka menolong orang. Ramai orang2 miskin yang mereka tolong. Walau kita tak nafikan, mereka ada niat untuk menyampaikan risalah agama mereka. Tapi itulah dakwah namanya. Apa yang mereka ajak itu pada umumnya baik, iaitu percaya kepada Tuhan. Dan mengajak orang menjadi pengikut agama yang baik. Saya secara peribadi, tidak menyalahkan gerakan dakwah mereka. Pernahkah kita terfikir, kita orang Islam juga boleh tubuhkan unit dakwah di setiap Masjid2 kita? Pernahkah kita terfikir kita boleh gerakkan unit dakwah ini untuk turun di jalanan? 🙂

Syukur dan Insaf

Saya bersyukur pada Allah yang mentaqdirkan saya lahir dalam keluarga yang beragama Islam. Saya dan kita semua sudah dimudahkan oleh Allah untuk mengenali agama yang sebenar. Memang benar, lahir sebagai orang Islam bukanlah tiket untuk ke syurga, tetapi adalah lebih mudah untuk kita mula mempelajari agama dan mencari agama yang sebenar. Saya katakan begini, kerana seseorang yang lahir Islam juga harus melalui fasa ‘mencari’ agama yang sebenar. Dia kena lalui process soal jawab dengan diri sendiri – apakah agama yang sebenar, adakah Islam agama yang sebenar? Dan saya katakan, kerana kita lahir dalam keluarga Islam, kerja mencari kita menjadi lebih mudah, kerana sumber2nya berada di sisi kita. Dan ada risikonya juga lahir sebagai orang Islam, iaitu ia sudah berasa agamanya benar, lalu tidak diselidiki lebih mendalam, maka aqidahnya longgar. Dan risiko kedua ialah, kita dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan agama ini kepada orang yang tidak lahir sebagai Islam. Inilah kerja yang berat, dan kita sepertinya gagal dalam menyampaikan agama kita.

Islam agama hujah

Sebenarnya kita tak perlu takut berhadapan dengan dakwah kristian. Mereka sampaikan agama mereka, dan kita sampaikan agama kita. Mereka berhujah dan kita juga berhujah. Dan beginilah agama Islam ditegakkan di zaman Nabi SAW dan si zaman Khulafa ar Rasyidin. Yang benar pasti menang!

Read Full Post »

Janganlah sekali-kali kamu menyangka, hahwa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahwa mereka terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih. (3:188)

Kadang2 ada perkara yang apa yang kita sumbangkan terlalu kecil, tetapi orang ramai melihat seolah2 kita lah yang menjayakannya. Kemudian orang ramai memuji2 kita. Awas! Kalau kita terikut2 dengan bisikan syaitan – agar berasa senang dengan pujian itu, maka bagi kita siksa yang pedih!

Katakanlah; “Semuanya (datang) dari sisi Allah”.

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan : “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah : “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun? (4:78)

Kadang2 kita bertemu dengan orang2 yang suka bercakap tentang kebaikannya. Pernah kawan saya menghadiri konvo tadika anaknya di Kemas. Dijemput seorang VIP dari sebuah parti, berjawatan Ketua Pemuda Negeri. Kemudian VIP ini memberi ucapan didepan kanak2 dan ibu bapa mereka seolah2 dia sedang berucap di Perhimpunan Tahunan Parti. Ditagih2nya pujian2 hadirin atas apa yang kerajaan telah berikan, diwar2kan dia sendiri memberi sumbangan yang banyak untuk program tersebut, dan bagaimana dia sanggup berkorban dari pergi menjemput PM di airport hanya untuk datang ke program tersebut.

Tak kiralah “dia” itu dari parti mana.. Allah menyuruh kita mengambil pelajaran. Sebenarnya mungkin saja kita yang begitu.  Kita memohon perlindungan Allah dari sukanya kita kepada mendengar puji2an, dan memohon semoga kita sentiasa ingat pada hari perhitungan (Yaumul Hisab).

Read Full Post »

Older Posts »