Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Islam’ Category

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al Quran tanpa ada kebengkokan. Semoga Allah membantu kita kekal di jalan yang benar. Berpegang kepada Al Quran and Sunnah seperti yang difahami oleh para sahabat radhiallahu anhum.

Antara persoalan “trick” ahli shiah adalah peristiwa di Ghadir Khumm. Peristiwa ini memang ada disebut di dalam hadis Bukhari dan Muslim. Malah mereka mendakwa telah turun ayat surah Al Maidah 5:67 tentang peristiwa ini dimana Allah menyuruh Rasulullah SAW untuk memberitahu tanpa rasa takut, yakni bagi pendapat shiah Allah menyuruh Rasulullah SAW untuk memberitahu para sahabat bahwa Ali r.a. adalah penganti baginda.

Peristiwa ini memang ada berlaku seperti disebut dalam Bukhari dan Muslim. Namun sebenarnya konteks peristiwa ini berlainan dari apa yang shiah dakwa.

 

Shiah mendakwa:

Rasulullah SAW menghimpunkan semua sahabat berjumlah 100 ribu lebih di Ghadir Khumm dan bersabda “Sesiapa yang aku adalah Mawlanya, Ali adalah Mawlanya” (memang ada dalam  Bukhari & Muslim). Mereka mendakwa Mawla disini adalah ketua (yakni penganti Rasulullah SAW). Malah mereka mendakwa pada peristiwa itu semua sahabat berbaiah kepada Ali r.a. termasuk yang berbaiah adalah Abu Bakr As Siddiq r.a , Umar Al Khattab r.a dan lain2. Ahli shiah menyambung, selepas Baginda SAW wafat, para sahabat semuanya engkar dan tidak berpegang pada baiah dan melantik Abu Bakar sebagai Khalifah. Mereka menjustifikasikan bahwa Ali r.a. takut dengan para sahabat maka Ali r.a. tidak menentang keputusan itu. Inilah yang mereka dakwa.

Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

Konteks peristiwa tersebut bermula awal lagi, yakni dalam tahun terakhir Rasulullah SAW masih hidup, baginda pergi menunaikan haji buat pertama kali. Maka berbondong2 para sahabat semuanya turut serta. Ali r.a. ketika itu sedang dalam misi di Yaman bersama sekumpulan tentera yang juga para sahabat. Ali r.a. dan tenteranya telah memenangi pertempuran dan mendapat sejumlah ghanimmah (harta rampasan perang). Ali r.a. melantik seorang penolong bagi mengetuai tentera kerana beliau mahu pergi turut serta ke Makkah untuk menunaikan haji bersama Rasulullah. Ali r.a. berpesan supaya mereka (penolongnya dan tentera semuanya) turut serta ke Mekah kemudiannya.

Ketika Rasulullah SAW di Arafah, Baginda telah menyampai khutbah yang dipanggil Khutbatul Wada. Ahli Sunnah berpandangan jika benar Rasulullah perlu memberitahu siapa penganti Baginda, maka di sinilah waktu dan tempat yang paling sesuai kerana pada waktu itu  semua umat Islam dari segala ceruk rantau yang berjumlah 100 ribu lebih sedang berhimpun dan mendengar. Tetapi Baginda SAW tidak pun menyebutnya.

Ketika tentera Ali dalam perjalanan ke Mekah, dikatakan timbul ketidak senangan dalam kumpulan itu tentang keadaan mereka yang sudah lama berpergian dalam perang, yakni 3 bulan lebih. Malah pakaian mereka yang dhaif dan sebilangannya tanpa tunggangan. Sedangkan harta rampasan perang yang banyak terdiri dari pakaian yang elok2, baju besi dan unta2 tidak dapat mereka gunakan atas arahan Ali r.a. supaya semua harta rampasan itu dibawa balik ke Madinah dan dibahagikan oleh Rasulullah SAW.

Tetapi penolong Ali berpendapat patut harta rampasan itu dibahagikan pada waktu itu supaya kumpulan tertera berada dalam keadaan lebih baik. Maka tatkala kumpulan itu menghampiri Mekah dan Ali r.a. keluar untuk menemui mereka maka Ali r.a. menegah mereka dari berbuat demikian dan menyuruh supaya harta rampasan itu tidak disentuh. Terjadilah ketidak puasan dalam hati ahli kumpulan tersebut yang juga terdiri dari para sahabat.

Dari rentetan inilah , mereka mengadu ketidakpuasan hati mereka terhadap Ali r.a. ini kepada Rasulullah sepanjang perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, yakni sesudah selesai mengerjakan haji. Dalam perjalanan pulang ini lah, Rasulullah SAW berhenti di satu tempat perhentian yang mempunyai air kolam (Gadhir Khumm). Baginda SAW memanggil para sahabat dan bersabda seperti diatas “Siapa yang aku Mawlanya, maka Ali Mawlanya” dalam konteks bahawa sesiapa yang tidak puas hati kepada Ali, tetapi menganggap aku (yakni Baginda) sebagai kekasih (yakni Mawla) mereka, maka mereka sepatutnya anggap Ali sebagai kekasih (Mawla) mereka juga. Yakni Rasulullah SAW mengiktiraf ketinggian Ali disisi Baginda dan menganggap apa yang Ali r.a. putuskan dalam hal harta rampasan perang itu adalah yang terbaik, maka hendaklah mereka para sahabat bersetuju dan berbaik dengan Ali. Inilah maksud sabda Rasulullah SAW yang dipegang oleh ahli sunnah wal jamaah.

Ahli sunnah menyambung, peristiwa baiah itu tidak mungkin terjadi kerana mana mungkin terjadi baiah kepada seseorang sebagai pemimpin berlaku sedang Rasulullah SAW masih hidup ketika itu. Secara logik baiah berlaku selepas kewafatan Baginda, ini juga kebiasaannya berlaku di mana2 tempat, yakni angkat sumpah (baiah) kepada pengganti hanya berlaku sesudah kemangkatan raja dan sultan.

Dan jikalau pun ianya benar2 berlaku, maka perlantikan Ali r.a. adalah sesuatu yang wajib diterima dan ditegakkan oleh sesiapa pun jua. Jika benar2 semua para sabahat berkomplot secara beramai2 (na’uzubillah) untuk mengingkari perlantikan Ali r.a. sebagai pengganti oleh Rasulullah SAW dan Allah SWT, maka adalah menjadi kewajipan besar Ali r.a. untuk menegakkan perintah ini. Sepatutnya Ali r.a. mengingatkan para sahabat tentang baiah mereka, dan jika mereka engkar maka Ali r.a. harus memerangi mereka semua. Tetapi ini tidak terjadi. Tidak ada dalah sejarah mengatakan Ali r.a. mengingatkan para sabahat tentang baiah mereka. Malah Ali r.a. memberi baiah kepada Abu Bakr , Umar dan Uthman r.hum. Ali r.a. tidak pernah bermusuhan dengan para sahabat sepanjang kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Uthman, malah Ali r.a. sangat mesra dengan mereka dan menyayangi mereka.

Maka dakwaan shiah adalah tidak benar.

 

Allahu a’lam.

Ikuti penerangan tentang Ghadir Khumm:

 

Advertisements

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Kitab Pelembut Bagi Hari (Al Riqaaq / Ar Riqaq)  PDF:

Syarahan oleh Maulana Muhamaad Asri Yusuf:

Koleksi : https://www.youtube.com/user/bukhaririqaaq10/videos?live_view=500&flow=list&view=0&sort=da

 

 

 

Read Full Post »

Belajar Aqidah

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang terus menerus menghidupkan kita dan mengurus diri kita hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Semoga tiap detik kita ingat untuk berusaha mengingatiNya dan melakukan amal soleh. Amin..

Selepas beberapa lama berehat dari menulis, saya mengharapkan agar akan terus dapat menulis apa yang bermanfaat untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya, amin..

Ingin saya sentuh tentang peri pentingnya mempelajari Aqidah Islamiah yang benar, seumpama pentingnya kita memastikan tiket yang ada ditangan kita itu sah (“valid”) untuk kita gunakan dalam berpergian. Saya selalu teringat peristiwa saya dan keluarga besar sewaktu bercuti di pulau pangkor pada musim cuti raya cina beberapa tahun dulu. Suasana sungguh memenatkan, dengan badan yang letih lesu, terpaksa pula beratur panjang untuk menaiki ferry sambil mendokong anak dan menggalas beg yang besar. Penantian yang memenatkan itu mengingatkan saya tentang penantian di padang masyar yang sangat lama dan terseksa. Apakah perasaan kita kalau bila sampai turn kita untuk menaiki ferry itu, tiket kita ditolak. Apakah perasaan kita?

Pembandingan dunia terlalu jauh nak dibandingkan dengan kesusahan dan kesengsaraan yang bakal kita hadapi (semoga Allah memelihara kita) di hari Akhirat. Begitulah peri pentingnya memastikan benar2 bahawa tiket kita itu laku dan terpakai.

Tiket yang hanya laku di akhirat nanti ialah kalimah Laa ilaha ill allah dengan benar2 kefahaman, keyakinan dan berserta amal sepertimana ditunjukkan oleh Al Quran dan Sunnah.

Dan segala dosa dan kesilapan kita, kita mohonkan ampunan dari Allah Rabbul Jalal yang Maha Pengampun. Kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Semoga Allah mengampuni kita dan memperbaiki amalan dan akhlak kita. Hanya dengan rahmatNya lah kita akan masuk Syurga. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam Syurga. Amin..

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Semoga dengan tulisan kecil ini kita semua mendapat kebaikan. Semoga Allah Azza Wajalla mengurniakan kita kebaikan yang berterusan.

2014-06-18_232240

Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [Ghafir 40:56]

Kadang2 timbul dalam hati kita untuk mengatakan itu ini walhal kita tidak punya bukti yang sahih. Kita ingin dilihat tahu akan hal2 tersebut, maka kita katakan sesuatu padahal kita tidak tahu. Semata2 ingin menjaga status, mahu dilihat orang serba tahu.
Makanya, hendaklah kita sentiasa memohon doa pada Allah agar hati kita dibersihkan dari sifat sombong, riak dan takbur. Semoga Allah menggolongkan kita semua dalam orang yang dibersihkan dari sifat2 sombong.
Amin. Ya Rabb.

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. satu usaha yang sangat saya kagumi. Satu bentuk yang saya tercari-cari dan Allah telah lorongkan saya menjumpainya.  Masya Allah,  segala puji bagi Allah Yang Maha Hidup. 

Terjemahan per kata ini bukan yang biasa,  ia menjelaskan root word bagi hampir setiap perkataan di dalam Al Quranul Karim.  Sangat bagus untuk kita lebih memahami setiap perkataan yang digunakan dan dari mana dia datang. Dan dalam bentuk apa – past,  present participle etc.

Belum ada dalam bahasa lain setakat ini.

image

Source: http://www.kalamullah.com/word-for-word-meaning-of-quran.html

Read Full Post »

 

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim,

Semoga bermanfaat dan mudah2an kita dapat amalkan selepas rukuk pada setiap rakaat terakhir 5 waktu. Memandankan umat islam di Mesir, Syria, Palestine, Gaza dan Myanmar dilanyak oleh musuh2 kita. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang berusaha (dengan doa) membantu saudara2 kita di sana. Amin..

Qunut-Nazilah-V Qunut-Nazilah-H

Read Full Post »

Older Posts »