Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 8th, 2017

Bismillahirahmanirahim 

Secara umumnya saya rasakan hati umat islam terguris dan kecewa dengan perbalahan antara negara2 arab sekarang ini. Arab saudi, UAE dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar. Difahami atas sebab Qatar memberi sokongan pada kumpulan Hamas dan Ihkwanul Muslimin. Kita boleh bersetuju dan tak bersetuju dengan kumpulan tersebut namun memutuskan hubungan sesama Islam ditengah sama sekali. Apatah lagi terdapat bukti2 dakyah israel dalam memainkan permusuhan ini. Pada Allah lah kita berserah diri. Dia lah Rabb Arasy yang ‘Azim.

Lihat berita : Saudi FM: Qatar must stop supporting Hamas, Brotherhood

http://aje.io/yq6q

Berikut peringatan di dalam Al Quran :

Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, – mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

(Ar-Ra’d – 25)

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

(Ar-Ra’d – 26)

Advertisements

Read Full Post »