Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2016

Hizib Nawawi

Bismillahirahmanirahim.

Ada sebilangan guru2 yang mengajarkan Hizib An Nawawi, yakni bacaan wirid harian yang dikatakan sekumpulan bacaan yg dikumpulkan dan diamalkan oleh Syeikh Yahya ibn Syaraf rhm (Imam An Nawawi).

Bagi yang ingin tahu perihal kebenaran dalam mengamalkannya,  insyaAllah berikut pandangan yang benar.  http://ustadzaris.com/wirid-hizb-bahr

Sebagai kesimpulan,  wirid yakni bacaan harian berbentuk bacaan Quran dan doa dari hadith sebanyak sekian2 banyak setiap hari ada dijumpai dalam perkataan tabiin.  Manakala wirid yg dibuat sendiri tanpa dalil adalah tidak dianjurkan.  Menyatakan kelebihan sesuatu wirid seperti kelebihan wirid an Nawawi sekian dan sekian berbanding wirid yg lain adalah salah.  Allahua’lam.

Read Full Post »

source: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153810289684035&id=732004034

credit: Dr. Nisar

Beberapa poin penting yang sempat saya catat semasa menghadiri Bengkel Penulisan Wasiat anjuran IFWMI di USIM kelmarin untuk dikongsi dengan rakan2 FB.
_________________________
Pembentangan 1
1. Wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja kecuali ahli waris (jika ingin juga dibuat kepada waris, perlu mendapat persetujuan ahli2 waris yg lain terlebih dahulu).
2. Harta yang ingin diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 harta pusaka.
3. Wasiat boleh dibuat kepada penerima non-Muslim.
4. Muslim boleh menerima wasiat dari non-Muslim.
5. Wasiat hanya berkuatkuasa dan boleh dilaksanakan setelah kematian pewasiat.
6. Harta pusaka / faraidh tidak boleh diberi kepada non-Muslim.
7. Harta yang diperolehi oleh seseorang yang sedang sakit akan menjadi harta pusaka apabila orang itu meninggal.
8. Harta yang diperolehi selepas seseorang meninggal (kutipan yang dibuat oleh orang ramai untuk si mati) bukan harta pusaka.
9. Harta pusaka boleh digunakan untuk pengurusan jenazah si mati seperti upah penggali kubur, urusan kafan, mandi jenazah dsb.
10. Harta pusaka tidak boleh digunakan untuk membiayai kenduri atau majlis tahlil yang dibuat untuk si mati.
11. Harta pusaka peninggalan si mati juga tidak boleh digunakan untuk membayar upah orang solat jenazah si mati.
(Dipetik dari pembentangan oleh Ust. Mohd Zamro Muda, Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, FPI, UKM)
__________________________
Pembentangan 2
1. Ramai orang Islam tidak tahu definisi wasiat dan peranannya dalam isu harta pusaka.
2. Sejumlah RM 66.6 bilion harta terbeku (setakat September 2013) kerana tidak diselesaikan pembahagiannya atau tidak dituntut oleh waris.
3. Antara cabaran yg dihadapi dalam pewarisan harta pusaka org Islam
a. Perbalahan keluarga yang berpanjangan (tiada persepakatan).
b. Proses undang2 yg rumit.
c. Fi pengurusan harta pusaka yg membebankan waris.
d. Tempoh pengurusan kes yg sgt lama.
e. Waris keliru bidang kuasa pihak yg terlibat dlm urus harta pusaka.
f. Waris tidak faham berkenaan faraidh, wasiat dan hibah.
4. Hibah adalah pemberian atau pindahmilik harta oleh seseorang dalam masa hayat secara percuma kepada sesiapa yg dikehendakinya melalui ijab dan qabul yang dibuat secara sukarela.
5. Hibah tidak boleh dibuat oleh seseorang yang menghadapi penyakit kronik (maradhul maut) yang tempoh kematiannya adalah setahun dengan waktu mendapat penyakit tersebut.
6. 9 golongan yang perlu menyegerakan pelaksanaan hibah agar tidak berlaku masalah di kemudian hari;
a. Pasangan suami isteri yang tidak ada anak.
b. Orang yang hanya ada anak perempuan.
c. Orang yang ada anak angkat.
d. Suami yang berpoligami.
e. Orang yang berharta tapi masih bujang.
f. Suami isteri yang ada anak lelaki dan perempuan yg ingin membuat pembahagian sama rata.
g. Suami isteri yg ada anak istimewa (OKU).
h. Suami isteri yg membeli rumah secara bersama (joint-ownership).
i. Suami yang kematian isteri dan berkahwin semula dengan isteri yang lebih muda daripadanya.
(Petikan daripada pembentangan oleh En. Ariffin Sabirin, Penasihat Korporat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd)
Nota
1. Jika ada kesilapan, harap peserta yg turut hadir di program semalam dapat betulkan saya.
2. Ini sekadar perkongsian ringkas. Untuk mendapatkan perincian dan jawapan kepada segala kemusykilan anda, bolehlah rujuk kepada pihak yg pakar dlm bidang ini.
Sekian. Moga bermanfaat.

Read Full Post »

Tanda tanda penyakit

General symptom:

Allahu a’lam.
Source:whatsapp

”Semoga Bermanfaat.”

✿Sakit di bahagian bahu. 
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

✿Kebas tangan : 
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

✿Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

✿Kebas kaki : 
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

✿Sakit tapak kaki : 
-Menandakan buah pinggang lemah. 
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

✿Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

✿ Rasa panas di tapak kaki : 
– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

✿Gatal di celah-celah jari kaki : 
– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA. ✿✿
– Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

✿ Pening / sakit di bahagian depan kepala : 
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

✿ Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

✿Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

✿ Bisul terjadi di kepala: 
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

✿Rasa pening yang memusing
– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

✿Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

✿ Muntah darah
-Darah merah : 
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
– Darah hitam: 
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

✿Lidah rasa tegang dan pendek : 
-Tanda sakit jantung.

✿Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

✿Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

✿ Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

✿ Air kencing berminyak : 
– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

✿ Air kencing pekat berwarna coklat : 
– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

✿Air kencing berdarah : 
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

✿Cirit -birit / kerap buang air besar : 
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

✿Sembelit: 
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

✿Najis berdarah
– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

✿Najis berwarna hitam : 
– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

✿Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

✿Sakit menyucuk : 
– Proses menyeimbangkan urat saraf.

✿Sakit sengal: 
– Menandakan luka di dalam badan.

✿Sakit menyentap: 
– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

✿ Sakit menegang : 
– Proses melancarkan pengaliran darah.

✿ Badan terasa berat/ malas/ lenguh . 
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

✿Badan terasa panas . 
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

✿Badan terasa ringan : 
– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

✿Rasa takut mengejut.
– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

✿ Cepat naik darah / marah : 
– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

✿ Rasa bimbang dan takut : 
●-Sistem paru-paru yang lemah.

✿ Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
– Sistem jantung yang lemah.
– Sistem saraf otak yang lemah.
– Masalah pengaliran darah.

Read Full Post »

Bukti kebesaran Allah..

Read Full Post »

Bismillahirahmanirahim.

Yahudi di Yatrib (Pre-madinah) selalu mengejek kaum khazraj dan aus tentang bakal kedatangan seorang nabi dari golongan mereka. Tetapi bila datang Nabi dari kaum arab,  yang dulu menerima seruan kebenaran dan menyokong Nabi adalah kaum khazraj dan aus. Yahudi yang dulu berilmu tetap sombong dan menolak kebenaran.

Hati2 para pendakwah yang berilmu tinggi, memandangkan rendah orang yang didakwah.  Belum tentu bila berhadapan dengan kebenaran dan pilihan, siapa yang memilih kebenaran dan bersedia berkorban utk bersama kebenaran.

lesson from..

Read Full Post »