Bismillahirahmanirahim,
Hujan
Sesungguhnya Allah SWT menurunkan air hujan mengikut kadarnya. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Dia mengatur dan mengurusi segala sesuatu.
Firman Allah SWT:
Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).
Az- Zukhruf 43:11
Menurut sains moden, peratus air yang meliputi muka bumi (laut) adalah sekitar 70%, dan selebihnya daratan. Mengikut kajian moden, jikalau jumlah ratio 70:30 ini berubah sedikit maka akan terjadi ketidakseimbangan. Dikatakan jika jumlah air lautan berkurangan sedikit, maka lebih banyak daratan menjadi gurun2 kerana kekurangan hujan yang bersumber dari laut. Maka kehidupan manusia semakin susah. Dan jika jumlah air lautan bertambah sedikit, maka daratan akan menjadi lebih berair seperti paya, sehingga tidak sesuai untuk bercucuk tanam dan menetap. Begitulah Allah yang Maha Menetapkan (Al Qadir)
Binatang & Laut
Allah yang Maha Mengetahui dia menjadikan binatang dan kapal sebagai tunggangan dan kenderaan bagi manusia. Secara jujur, saya belum benar2 mengerti significant kapal dalam kehidupan manusia. Yang pasti Allah kerap kali menyebut antara ayat-ayat Allah dimukan bumi ini ialah kapal2 yang berlayar. Semoga Allah memberi saya ilmu dan kesedaran ini. Amin..
Allah berfirman:
Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.
Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,
dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami”.
Az- Zukhruf 43:12-14
Allah menjadikan bagi manusia kenderaan, kerana Dia sangat2 mengetahui bahwa manusia tidak bisa hidup tanpa kenderaan. Sama ada di padang pasir yang sangat2 memerlukan kenderaan seperti Unta, mahupun dalam kehidupan moden yang sangat2 memerlukan kenderaan seperti kapal, kereta dan lain2. Ini kerana keperluan manusia itu tidak ada hanya ditempatnya. Kadang2 kita perlukan sesuatu seperti beras, yang tidak dihasilkan ditempat kita. Maka wajib bagi kita ada kenderaan, kerana beras biasanya dihasilkan di tempat yang jauh.
Ianya keperluan wajib bagi kita, maka kita ucapkan SUBHANALLAH… MAHA SUCI ALLAH, yang Maha Mengetahui tentang hal ini..Maka diciptakannya kenderaan sesuai dengan tempat dan masa kita! Kita katakan Maha Suci Allah dari tidak tahu apa keperluan manusia. Bahkan MAHA SUCI Allah yang maha mengetahui dengan tepat dan bijaksana. Di zaman kita, diciptakan kereta, kapal terbang dan kapal laut sesuai dengan zaman kita.
Disyirikan dengan Perempuan
Allah yang Maha Baik, Dia berhujah dengan manusia supaya berfikir sejenak. Adakah layak bagi Allah sebarang sekutu dari makhluknya, apatah lagi dikatakan Allah punya anak perempuan berupa malaikat.
Allah berfirman:
Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah).
Patutkah Dia mengambil anak perempuan dari yang diciptakan-Nya dan Dia mengkhususkan buat kamu anak laki-laki.
Padahal apabila salah seorang di antara mereka diberi kabar gembira dengan apa yang dijadikan sebagai misal bagi Allah Yang Maha Pemurah; jadilah mukanya hitam pekat sedang dia amat menahan sedih.
Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan dalam keadaan berperhiasan sedang dia tidak dapat memberi alasan yang terang dalam pertengkaran.
Dan mereka menjadikan malaikat-malaikat yang mereka itu adalah hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaika-malaikat itu? Kelak akan dituliskan persaksian mereka dan mereka akan dimintai pertanggung-jawaban.
Az-Zukhruf 43:15-19
Difahamkan inilah yang terjadi dikalangan masyarakat Quraiysh jahiliyah. Mereka mengatakan malaikat2 itu anak perempuan Allah. Allah bertanya balik kepada mereka, layak kah Allah memiliki anak perempuan, sedangkan kalau diberi anak perempuan pada mereka, mereka sangat marah dan membenci (masyarakat Quraiysh jahiliyah menganggap anak perempuan sial). Jadi apakah FAIR?? Inilah persoalan akal yang harus kita fikirkan.
Di zaman kita, masih ramai orang yang menyembah berhala. Mereka menempatkan sembahan2 mereka didalam kotak kecil berwarna merak di luar rumah!!! Adakah layak bagi ‘tuhan’ mereka untuk duduk didalam rumah kecil diluar rumah atau rumah kecil di bawah pokok, sedang mereka sendiri duduk di rumah besar berpagar dan bertingkat2!!
Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Leave a Reply