Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 12th, 2009

Permata Hati 2


Tulisan ini saya tulis pada Jumaat malam (10 July) lepas, malang saya tidak dapat post ke internet kerana sebab2 teknikal (streamyx kena potong). Harap maklum.


Alhamdulillah, petang tadi pukul 4.40 ptg, Isteri saya selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.44 kg. InsyaAllah akan kami namakan Muhammad Aqiel (ejaan Aqiel belum lagi diputuskan).

Ini kali kedua saya menemani Isteri ketika kelahiran, sungguh, pengalaman kali pertama dulu amat berguna.

Kini lengkaplah seorang heroin and hero dalam keluarga saya. Selepas ini perhatian ditumpu untuk membesarkan mereka. Seorang lahir 10 May 2008 dan seorang 10 July 2009. Memang kerja berat.

Petang tadi, sewaktu menjemput Alisha dari Taska pukul 5.30 ptg, saya sempat cakap kat dia dalam kereta, Mama dapat baby laki, Alisha dah dapat adik. Alisha yang duduk di sebelah memandang saya serius sambil mulut mengunyah biskut. Alisha memang kuat makan.

Sesudah sampai di wad, Alisha melihat adiknya dalam dakapan Mama. Dicuit2 nya di pipi. Huu…huuu.. sambil melopong mulut. Alisha memang suka buat begitu.

Malam ni Alisha duduk ngan Atok dan Wan dia di Selayang. Mama dan Aqiel masih di Wad Hospital Putrajaya. Saya seorang di rumah menunggu Mama keluar wad, insyaAllah esok.

Selasa depan saya perlu ke Bangalore pula. Perkara sama berulang seperti waktu kelahiran Alisha dahulu. Sekali lagi terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri selepas menimang cahaya mata. Nak cakap macam mana, dah kerja.

Opah ngan Aki dah cakap nak datang, mungkin minggu kedua atau ketiga. Betuah Alisha dan Aqiel.

Kesyukuran tak terhingga saya panjatkan pada Tuhan kerana meminjamkan keluarga kecil dan besar ini kepada saya. Tiadalah hak saya atas apa2 di dunia ini, melainkan semuanya hakNya.

Kronologi hari kelahiran:

  • 6.45 pagi- Isteri keluar ke kerja seperti biasa bersama Alisha.
  • 7.30 pagi- Saya keluar ke kerja
  • 8.53 pagi- Isteri sms saya supaya jangan panik, tanda kelahiran sudah ada. Sakit datang setiap 15 minit
  • 8.55 pagi- Saya call Isteri supaya minta tolong rakan pejabat hantarkan ke hospital, jangan tunggu saya jemput di pejabat. Jumpa di hospital.
  • 8.58 pagi- Saya memecut laju RXZ ke Hospital Putrajaya dari Kelana Jaya.
  • 9.23 pagi- Saya sudah tercegat di depan pintu dewan bersalin. Tak sangka sampai dulu dari Isteri (Pejabat Isteri di Parcel E).
  • 9.35 pagi- Isteri sampai bersama rakan pejabat.
  • 9.40 pagi- Isteri di dalam dewan bersalin untuk pemeriksaan. Dewan bersalin kelihatan penuh. Terdengar nurse mengeluh tak cukup katil.
  • 10.05 pagi- Terdengar seorang ibu menjerit ketika melahirkan anak di luar bilik bersalin kerana katil tak cukup. Jeritan menambahkan panik bagi bakal2 bapa yang menunggu diluar. Saya juga berdebar.
  • 10.30 pagi- Seorang lagi ibu meluru masuk, ketika berjalan masuk, kepala bayi sudah hampir keluar.
  • 11.30 pagi- Saya masih lagi menunggu di luar dewan bersalin bersama rakan Isteri tanpa sebarang maklumat.
  • 11.43 pagi- Isteri berjalan keluar dewan dengan agak steady. Bukaan sudah 3cm, doktor tak benarkan pulang, mesti dimasukkan wad. Masalah – wad bersalin juga penuh. Kelihatan beberapa orang lagi ibu menunggu giliran untuk kekosongan di wad.
  • 11.45 pagi- Isteri tunggu untuk ke wad. Saya pula meminta tolong rakan sekerja Isteri untuk mengambil kereta di pejabat.
  • 12.05 tghari- Isteri masih menunggu kekosongan wad.
  • 2.00 petang- Isteri masih menunggu kekosongan wad. Saya makan dan solat zohor.
  • 4.20 petang- Baru ada kekosongan wad, nurse minta saya daftar.
  • 4.35 petang- Pendaftaran wad belum selesai, katil yang dikatakan itu masih belum kosong
  • 4.36 petang- Isteri call, dia sudah nak bersalin. Sudah dimasukkan dalam bilik bersalin. Lupakan hal wad tu.
  • 4.40 petang- Saya menemani Isteri dalam bilik bersalin.
  • 4.44 petang- Mohd Aqiel selamat dilahirkan.
  • 4.45 petang- Azan Asar berkumandang.
  • 5.13 petang- Baru berpeluang untuk mengazan dan iqamatkan Mohd Aqiel.
  • 5.25 petang- Saya bergerak untuk menjemput Alisha dari Taska.
  • 6.45 petang- Alisha dan saya bertemu Mama dan Aqiel di wad 3B.

Alhamdulillah.

Gambar & Video:

Read Full Post »