Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2009

Alisha kembali beraksi!

Alhamdulillah, Alisha dah sehat dan kembali beraksi.

DSC00823

DSC00825

Read Full Post »

Ketika saya menulis, jam sudah menunjukkan pukul 11.45 mlm. Saya memerhatikan Isteri dan anak saya, Alisha berumur 1 tahun 1 bulan sedang tidur lena di ruang tamu. Entah kenapa, Isteri saya mahu tidur diruang tamu malam ini, katanya di ruang tamu lebih sejuk. Dan entah kenapa, hati saya sayu mengimbas apa yang kami sekeluarga lalui. Sebak rasanya.

Semuanya bermula dengan kegembiraan – petang sabtu kelmarin, Isteri saya mengajak saya membawa Alisha untuk mandi kolam di Presint 9 tak jauh dari rumah. Saya mengiyakan tanda setuju. Selepas Asar kami bergerak, dan Alisha sangat gembira ketika bermain air. Tambahan lagi, Alisha baru pandai bertatih, sangat gembira dan lucu melihat telatah Alisha. Setengah jam kemudian, kami terus bergerak balik.

Pukul 7 mlm, Isteri saya lihat badan Alisha panas, tanda dia demam. Lantas, kami berikan ubat demam dan selsema yang ada dalam simpanan. Seperti biasalah, Alisha meronta bila mahu diberi makan ubat, tapi kami berjaya juga. Tak lama kemudian, badan Alisha kembali normal. Tanda demamnya hilang. Dalam hati saya, lega. Ini tanda Alisha demam sedikit saja, dan seperti sebelum ini, Alisha juga cepat pulih dari demamnya.

Pukul 3 pagi, Isteri saya kejutkan saya. Alisha demam lagi, badannya panas. Dalam keadaan mamun, saya menyuruh Isteri untuk mengukur suhu badan Alisha dan memberi ubat demam. Saya kemudiannya hanyut dibuai mimpi.

Pukul 7 pagi, kami sekeluarga bangun. Badan Alisha pun dah tak panas2. Seperti hari2 cuti biasa, sama ada saya atau isteri saya akan keluar membeli sarapan. Pagi tu, saya ke kedai mamak untuk menapau 2 bungkus nasi lemak. Isteri saya pula sudah sebuk di dapur untuk menyediakan sarapan untuk Alisha.

Pukul 9 pagi, kami selesai sarapan. Saya kemudiannya memandikan Alisha. Dan seperti kebiasaan, saya suka melayan karenah Alisha ketika mandi di dalam tab. Alisha suka main air, ditepuk2 nya air merecik ke muka, lalu dipejam2nya mata. Seluar saya pun basah dek air. Alisha gembira seperti biasa.  Setelah mandi, saya dan Isteri sama2 dandan Alisha. Alisha pakai seluar pendek dan baju lengan pendek. Setelah selesai, Isteri mengajak untuk membersihkan rumah. Dulu, saya sangat liat bila bab ni. Tapi akhir2 ini, jarang sekali saya tolak permintaan Isteri. Apatah lagi dia sedang sarat berbadan dua. Dari bilik sampailah ke dapur, kami sapu dan mob. Tak cukup dengan itu, saya lap semua2 perabot2 rumah. Ringan tulang pula saya hari tu. Alisha pula, Isteri dah tidurkan di bilik ketiga yang tidak digunakan.

Pukul 11 pagi, Alisha bangun tidur. Isteri cepat2 melayan Alisha. Saya masih lagi sebuk mengemas rumah. Ketika itu Isteri memberitahu saya badan Alisha panas. Dalam kesebukan saya mengemas rumah, kata2 Isteri saya itu antara dengar tak dengar di telinga saya. Lalu saya teruskan kerja seperti biasa.

—– bersambung —-

Pukul 11.30 pagi, saya dan Isteri masih sebuk di dapur. Alisha sedang duduk di depan TV tonton VCD Jim Jam & Sunny kesukaannya. Tiba2 Alisha menukar siaran ke Astro. Isteri saya sempat menegur, Alisha sudah pandai tukar siaran ke Astro. Memikirkan Alisha lebih suka menonton Jim Jam, saya menyuruh Isteri untuk menukar kembali.

Pukul 11.32 pagi, Isteri saya menjerit cemas “Papa…papa.. tengok Alisha nii!, cepat…”. Terkejut dengan jeritan Isteri, saya bergegas mendapatkan Isteri yang bersama Alisha di depan TV. Alisha duduk kaku, tak bergerak. Mata Alisha memandang ke atas. Isteri saya mengongcangkan badan Alisha, tanpa ada reaksi – kaku. Saya juga cemas. Saya tangkupkan badan Alisha dan menepuk belakangnya, barangkali Alisha ada termakan sesuatu lalu tercekik. Tapi setahu saya Alisha tak makan apa2 sejak bangun tadi, tak mungkin sebab tercekik. Saya baringkan Alisha dalam dakapan saya, lalu saya berikan penafasan dari mulut ke mulut. Juga tiada reaksi. Alisha kaku, mukanya mula kebiruan, tangannya terketar. Kami tersangat panik..kami gongcangkan badannya sambil menyebut nama Alisha berkali2. Setiap detik berlalu, kami hampir menangis. Takut, hilang punca. Teringat akan kursus BOSET first aid tiga tahun lepas, saya baringkan Alisha mengiring – posisi yang membantu pesakit bernafas. Sambil itu saya cuba mendengar pernafasan Alisha, tapi mustahil dalam keadaan panik sebegitu saya dapat mendengar.

11.35 pagi, saya menyuruh Isteri bergegas mengambil kunci kereta dan menyarung baju untuk ke hospital. Saya yang hanya berseluar pendek, tanpa kasut bergegas keluar sambil memangku Alisha dalam keadaan mengiring. Kami bagaikan histeria, saya tanpa henti2 menyebut Allah, dan Isteri memekik minta tolong. Dengan pertolongan Allah, jiran kami terdengar dan bertindak cepat. Jiran lantas keluar bersama kunci keretanya, lalu kami bergegas ke lif. Untuk menunggu lif terbuka terasakan amat lama, ingin saja saya turun melalui tangga. Tapi pikirkan kami di tingkat 13, tangga bukan pilihan yang tepat. Setelah lif terbuka, kami bergegas. Terpikir saya waktu itu untuk memeriksa mulut Alisha. Terkejut, mulutnya rapat, giginya terkancing kuat. Lantas saya baringkan Alisha mengiring di atas lantai lif, lalu saya bukakan dengan jari  dan dapat saya rasakan lidahnya memenuhi ruang mulut. Lantas saya menolak lidahnya ke bawah agar ada ruang untuknya bernafas melalui mulut.

11.36 pagi, masih di dalam lif, Alisha mula menunjukkan reaksi. Alisha memuntahkan lendiran. Sesudah di bawah, kami segera ke kereta jiran yang tidak jauh dari lif. Di dalam kereta, saya terus menahan gigi Alisha dengan jari, agar mulutnya tidak tertutup. Alisha muntah2 lagi, kemudian Alisha mula menangis. Ketika itu, ada sedikit kelegaan di hati saya. Sebentar tadi, saya sudah membayangkan akan kehilangannya, A’uzubillah. Namun, kerisauan, kegelisahan masih menghantui kami – apa yang sedang dan akan terjadi pada Alisha.

11.38 pagi, kami sampai di wad kecemasan Hospital Putrajaya. Sesudah sampai, saya meluru keluar kereta sambil mendakap Alisha berlari memasuki wad. Kakitangan Hospital disitu segera menunjuk arah perlu dituju. Orang yang ramai di perkarangan wad kecemasan tidak saya hiraukan. Sambil hanya berseluar pendek, dan Isteri yang sarat mengandung hampir 9 bulan, berlari dan melompat meluru ke pintu wad kecemasan. Sebaik di dalam wad, doktor suruh baringkan Alisha di katil sambil menanyakan apa yang telah terjadi. Saya terus berkata – kancing gigi – hanya itulah yang saya tahu nyatakan. Doktor juga menanyakan berapa lama ini berlaku. Saya katakan kurang lima minit. Alisha ketika itu masih menangis2, badannya lemah. Setelah diperiksa doktor, suhu badannya 39°c. Tingginya suhu badan Alisha- saya dan Isteri langsung tidak menyangka. Doktor menambah, Alisha terkena Sawan Demam kerana suhu badannya terlalu tinggi. Doktor masukkan ubat melalui punggung untuk segerakan penurunan suhu badan. Doktor juga mengambil sampel darah Alisha untuk pemeriksaan lanjut. Kini Alisha didakapan Ibunya, terlentok dibahu Isteri saya. Sedih melihat keadaan Alisha, tapi syukur Alisha dah sedarkan diri dan doktor juga telah memeriksanya.

11.45 pagi, saya pulang bersama Jiran untuk mengambil apa yang perlu dan datang semula dengan kereta. Ketika itu di wad, Alisha dimasukkan air ke dalam badan. Tangan kiri Alisha dicucuk dengan tiub lalu dibungkus kain.

12.00 tgh hari, Alisha dimasukkan ke wad 2 C, katil 25. Nurse sediakan kain dan besen air untuk kami terus basahkan badan Alisha agar suhu badannya terus menurun.

4.3o ptg keesokannya, baru doktor menanyakan sama ada mahu pulang atau berada di wad untuk tempoh satu hari lagi. Kami memutuskan untuk pulang. Hospital bekalkan ubat demam, tanpa Antibiotik. Seperti biasa, hospital kerajaan tidak menggalakan pemberian antibiotik atas sebab2 tertentu.

6.30 ptg, kami selesai urusan keluar wad dan sampai di rumah. Suhu badan Alisha antara 36.9°C ke 37.6°C. Kami terus menjaga Alisha.

7.30 ptg, kami beri Alisha ubat demam seperti disuruh.

10.30 mlm, Isteri dan Alisha tidur di ruang tamu. Saya masih lagi berjaga.

11.45 mlm, saya mula menulis post ini.

12.15 tgh malam, Alisha terbatuk kuat, tetapi masih tidur. Isteri terbangun dari tidur. Saya tergerak hati untuk mengukur suhu badan Alisha, lalu berhenti menulis post ini. Badan Alisha kembali panas! Bacaan thermometer – 38.3°C. Kami kembali gelisah, takut2 Alisha sawan kembali. Saya menyuruh Isteri cepat menyediakan kain dan besen air untuk lap badan Alisha. Kami lap keseluruhan badan Alisha. Dari kaki ke kepala. Alisha tersedar dan menangis kuat. Hati terasa amat kasihan dengan Alisha, tapi kami teruskan juga basahi Alisha dengan tuala basah. Selang beberapa minit, saya mengukur kembali suhu badan Alisha. Ya Allah – lebih 39°C! Kami bertambah panik. Kami lapkan lagi badan Alisha dengan air. Alisha menggigil kesejukan. Memang, badan Alisha sejuk diluar tapi panas di dalam. Sebab ini juga lah dulu kami terlepas pandang yang Alisha sedang demam panas. Hati mana tak sedih melihat anak yang sedang mengigil, badannya pula semakin panas. Nampaknya usaha kami tak berhasil. Saya tekad untuk mandikan Alisha di dalam tab.

12.45 mlm, selesai mandi, Alisha masih lagi menangis. Saya sukat suhunya, masih lagi 39°C lebih. Ya Allah, saya buntu. Takut2 Alisha kembali terkena sawan. Isteri menukar cara, kali ini kami letakkan terus kain basah di kepala, ketiak dan celah kangkang. Kami biarkan sebegitu, sehingga tuala menjadi panas dan kering.

2.00 pagi, suhu badan Alisha menunjukkan sedikit penurunan, 38.3°C. Kami teruskan lagi.

2.45 pagi, suhu badan Alisha sekitar 37.6°C. Alisha tidur sambil berbalut kain basah.

3.00 pagi, suhu kekal sekitar 37.5°C. Alhamdulillah, saya katakan pada Isteri, jika suhunya kekal begini, mungkin kami bisa tidur kembali dengan syarat setiap sejam, suhunya diperiksa takut2 naik kembali.

7.30 pagi, Alisha masih tidur, mungkin masih mengantuk. Saya dan Isteri sudah bangun siapkan sarapan pagi dan ubatan Alisha. Kemudian kami mengejutkan Alisha untuk makan ubat. Suhu Alisha masih sama, dan Alisha tak bertenaga.

11.39 pagi, saya memutuskan untuk membawa Alisha ke Klinik Pakar Annur, Bangi untuk mengadu perihal Alisha masih lagi demam setelah keluar wad. Suhunya turun naik tak menentu, menggusarkan kami.

12.45 tgh hari, kami sampai di klinik Pakar Kanak-kanak An Nur. Tapi malang, klinik sudah tutup dan hanya akan kembali buka pukul 3 ptg.

1.00 tgh hari, kami memutuskan untuk menghabiskan masa menunggu dengan makan tengahari dan jalan2 di kedai kanak2 Manjaku. Suhu Alisha sekitar 36.7°C.

1.45 tgh hari, sejurus selesai makan tengah hari, badan Alisha kembali panas – antara 38 ke 39°C. Kami segera ke kereta untuk membaringkan Alisha dan basahi dengan air. Keaadaan tengahari yang panas terik, tidak membantu. Lalu kami ke stesen Petronas untuk berteduh. Sambil menghitung waktu untuk jam 3.00 ptg.

2.45 ptg, saya dah tercegat di depan pintu klinik. Klinik masih belum buka. Terdapat juga seorang lagi yang berkeadaan sama dengan saya.

2.55 ptg, klinik buka. Orang itu lebih tangkas dari saya, lalu saya mendaftar sebagai no. 2. Dari percakapannya, anaknya juga tengah demam panas. Sama seperti saya.

3.30 ptg, belum seorang pun lagi dipanggil masuk ke bilik doktor. Dapat kami lihat, seorang yang ala salesman sedang rancak bercakap dengan doktor di dalam bilik. Kedua2 kami gelisah, lalu dia mengadu dengan nurse yang anaknya sedang demam panas yang tinggi. Saya nampak nurse memahami, dan juga serba salah. Dia masuk juga ke bilik doktor, dan tak lama kemudian salesman (yang pentingkan diri) itu pun keluar.

3.45 ptg, giliran saya sampai. Saya ceritakan A hingga ke Z. Doktor memeriksa suhu badan Alisha, sah – masih lagi tinggi – lebih 38°C. Doktor masukkan ubat melalui punggung. Doktor juga dapati tonsil Alisha membengkak. Doktor terangkan di situlah bakteria dan kuman berada. Alisha perlukan Antibiotik untuk mengatasi punca demam itu, tidak cukup sekadar ubat demam. Ubat demam hanya yang mengubati simptomnya, sesudah kesan ubat habis, akan terjadi lagi demam panas. Antibiotik diperlukan untuk melawan bakteria yang berada di tonsil Alisha, dan ini mungkin mengambil masa beberapa hari. Ketika itu, saya mengeluh di dalam hati mengapa antibiotik tidak diberi sejak dari awal di hospital kerajaan?

4.30 ptg, kami sampai di rumah. Suhu badan Alisha sekitar 36°C. Dan buat pertama kali dalam 3 hari, saya nampak Alisha kembali ceria, bermain dan berseloroh. Lega hati saya.

7.30 mlm, kelegaan hati saya lenyap. Isteri mengejutkan saya dari tidur, badan Alisha kembali panas. Bacaan suhu, 41°C! Kami kembali gelisah, badan Alisha kami basahkan dengan tuala. Kami letakkan kain basah di kepala, ketiak dan celah kangkang seperti sebelum ini.

7.45 mlm, suhu badan Alisha ada sedikit penurunan 39.8°C.

8.30 mlm, suhu Alisha 38.6°C

8.45 mlm, suhu Alisha sekitar 38.3°C. Kami memutuskan untuk terus ke rumah mertua saya di Selayang. Dalam keadaan tiada pilihan, saya benarkan Isteri saya memandu kereta dari Putrajaya ke Selayang untuk pertama kali. Saya pula memangku Alisha di seat belakang, sambil terus basahi Alisha dengan tuala basah.

9.oo mlm, sepanjang perjalanan, suhu Alisha sekitar 38°C.

9.45 mlm, sampai di Selayang, mertua mengambil alih untuk menyejukkan badan Alisha. Mertua menunjukkan lilitan kain yang lebih baik di ketiak dan leher.

10.30 mlm, badan Alisha kembali sekitar 37°C.

3.30 pg, badan Alisha kembali panas sekitar 39°C. Kami kembali membasahi Alisha dengan tuala basah. Mertua mengambil cuti keesokannya untuk membantu Isteri menjaga Alisha. Saya yang kehabisan cuti terpaksa untuk kembali berkerja dengan hati yang berat.

7.30 pagi, badan Alisha sekitar 37°C.

12 tgh hari – 6.30 ptg, suhu badan Alisha mula stabil – sekitar 36-37°C.

Alhamdulillah. Barulah hati saya lega. Syukur, ke hadrat Ilahi, episod mencemaskan ini berakhir juga. Tapi tercalit juga rasa kekesalan dan trauma atas kealpaan kami, tidak menyedari badan Alisha yang demam panas. Pengajaran kami ambil agar lebih prihatin dan tidak tertipu dengan suhu badannya diluar. Hendaklah sentiasa merasakan suhu badannya di kepala, leher atau di ketiak. Hendaklah juga segera mengukur suhu badan dengan thermometer. Hari2 awal demam perlu diberi perhatian kerana sawan selalunya terjadi pada hari pertama atau kedua demam. Kami juga telah membeli thermometer telinga, agar lebih cepat dan mudah. Kami tahu, ada kemungkinan besar sawan ini berulang pada Alisha hinggalah umurnya meningkat 5 atau 6 tahun. Kami perlu lebih berwaspada dan berhati2, kerana sekali terjadi, sawan akan berulang lagi. Walau di sudut hati kami, mendoakan ianya tidak berulang lagi pada Alisha. Cukuplah sekadar sekali sahaja. Amin.

p/s. Tulisan ini asalnya ditulis pada Isnin 11.45 malam. Saya menyambung tulisan ini pada Khamis 10.30 malam, setelah Alisha benar2 sembuh.

Read Full Post »

Mama Turned Blogger

Mama will be a blogger soon, a co-blogger indeed. Inspired by her fren’s blogs.. Mama asked me to make this blog ‘lagi canggih’. Puzzled by what she meant by ‘lagi canggih’, I took time to view her frens’ blogs. I know what she meant then.

BUT I like this blog looks right now, may be one or two widgets more should make it looks better.

I throw an idea to create her own blog, but she seem quite worry that the blog will not be maintained. At the end, I decided to make her a co-blogger to this blog. Maybe with her contribution, this blog will be merrier with family stories, Alisha, and many pictures of course!

Welcome to blogosphere, mama..

p/s: you may now look at the Author name to see who is the Autor.

Read Full Post »

I’ve been searching the solution for past couple of days using keyword like above (title) but did not find any that meet my requirement.

It is just today I found the exact solution that I want on this site http://whitemarker.blogspot.com/2006/05/ajax-back-button-fix-with-php-and-html.html

Hope this will save someone time next time.

Cheers

Read Full Post »

Like This!

 

Saya percaya para muslimin akan menangis mendengarnya… Subhanallah..

File boleh dapat di sini

MP3:

Video:

PDF:

Keterangan and senarai (lirik) Asma Ul Husna mengikut video di atas :

Read Full Post »

In politic – perception is KING.

Sejak akhir ini, perbahasan antara Ulama dan puak Erdogan makin menjadi2. Kemuncaknya semalam dan juga hari ini. Masing2 cuba memperjelaskan prinsip masing2 selain meraih sokongan para perwakilan.

Kumpulan Erdogan adalah para professional di dalam PAS yang juga punyai jiwa perjuangan Islam. UMNO dan BN dianggap munafiq dan fasiq yang patut dijauhkan dan dikalahkan. Oleh itu mereka menolak sepenuhnya sebarang kerjasama dengan UMNO/BN. Mereka berpandangan, untuk membawa perubahan, PAS dan juga PR perlu menjadi parti utama untuk mengantikan UMNO/BN dan bukannya ahli sekutu. Sokongan yang hebat dari bukan Melayu/Islam terhadap PAS/PR mesti digemblengkan dengan menjadikan PAS/PR sebagai alternatif kepada UMNO/BN. Sebarang kerjasama dengan UMNO/BN mesti dielakkan bagi mengekalkan sokongan pengundi. Dalam pemilihan parti hari ini, mereka menawarkan diri dan pendekatan mereka dalam membawa parti kehadapan.

Kumpulan Ulama pula adalah para alim ulama’ yang telah menjadi teras parti itu sejak penubuhannya. Kumpulan ini sangat dekat dihati ahli2 tunjang (hardcore) parti. Kedua2 golongan ini menjadi tunjang dalam parti diwaktu PAS kuat atau lemah. Mereka berpandangan perjuangan Islam adalah menyeluruh – yang juga bermaksud mentarbiahkan UMNO/BN agar menerima perjuangan Islam dan seterusnya bersama PAS untuk memerintah negeri. Oleh itu, usaha mentarbiahkan UMNO/BN tidak boleh ditolak sama sekali. Mereka juga dilihat khuatir dengan kumpulan Erdogan yang mendapat sokongan kuat dari parti PR yang lain dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS. Kebangkitan kumpulan professional dillihat mengancam struktur tradisi kepimpinan PAS yang diterajui ulama. Kebimbangan mereka berasaskan, kumpulan professional mungkin membawa PAS lari dari perjuangan asal dan PAS terpaksa berkompromi dengan DAP yang jelas bertentangan prinsip.

So, mana yang elok?

Bagi saya, kalau PAS ingin memperjuangkan Islam melalui politik, PAS perlulah mengikut cara politik. Kalau dalam politik, persepsi adalah penting. Maka seharusnya dielak dari nampak ingin berkawan dengan UMNO/BN. Dalam persepsi politik sekarang,  UMNO/BN adalah penjahat.

Kalau PAS ingin juga berdakwah/ mentarbiah UMNO/BN kearah perjuangan Islam, maka perlulah dilihat PAS berusaha membawa UMNO ke pihak PAS/PR. Dan bukannya yang sekarang ini nampak seperti PAS/UMNO vs PR vs BN. Bukan saja tak masuk akal, tapi logik langsung dalam politik. Inilah persepsi sekarang dengan pendekatan Ulama dalam PAS (kecuali Nik Aziz).

Read Full Post »

Subhanallah, terdetik untuk saya ikuti imbasan sejarah hitam di Memali di youtube. Sebelum ini sering kali saya mendengar peristiwa Memali, tapi tidak pula terhasrat memahami dengan jelas peristiwa itu.

Kickdefella menyiarkan rakaman video tersebut sebagai jawapan kepada tohmahan BN terhadap saudara Husam. Dari situ, saya mengikuti part 1 hinggalah ke-6, subhanallah, syahidlah para pejuang Islam di Memali. Betapa perjuangan Islam menghadapi tentangan hebat didalam negara kita sendiri.

Para penzalim, penentang Islam itu sebilangannya masih hidup. Antaranya Mahathir Mohamad, Musa Hitam dan Radzi Ahmad. Semoga Allah melaknat mereka2 ini sebagaimana Allah melaknat musuh Islam Abu Jahal.

Read Full Post »