Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

The
right people don’t need to be managed. The moment you feel the need to
tightly manage someone, you’ve made a hiring mistake.

The right
people don’t think they have a job: They have responsibilities. If I’m
a climber, my job is not [just] to belay. My responsibility is that if
we get in trouble, I don’t let my partner down.

The right
people do what they say they will do, which means being really careful
about what they say they will do. It’s key in difficult times. In
difficult environments our results are our responsibility. People who
take credit in good times and blame external forces in bad times do not
deserve to lead. End of story.

Jim Collins: How great companies turn crisis into opportunity

Read Full Post »

Alisha’s Hijjab

p2152000

Cute isn’t she? Hmm..not quite, see the whole pic.

Read Full Post »

Ah, Perak…

Semasa di Kuala Terengganu, saya tak amik pot hal2 politik dan Perak. Rosak mood cuti kalau pikir pasal politik Perak, walau secara jujur, isu ini berada di benak saya.

Agak payah untuk lari dari isu ini. Selain ia isu HOT semasa, ia juga sangat dekat dengan harapan saya dan keluarga saya. Sebenarnya saya tak mahu ulas isu ini lagi di blog ni tetapi saya tak puas. Saya rasa sesuatu kurang. Saya mesti ulas isu ini!

Saya dah nyatakan pandangan dan pendirian saya sebelum ini. Dan saya yakin, ramai orang telah nyatakan pandangan2 mereka di blog2. Tetapi memang ramai yang pandai bila ulas benda dah berlalu dan terjadi. Yang orang kurang pandai ialah mengulas dan memberi pandangan ke hadapan, apa yang bakal terjadi.

Mengulas hal2 yang telah terjadi adalah penting juga, kerana ia membantu kita memahami sesuatu isu. Mendengar pandangan2 orang mengenainya, mungkin dari sudut berbeza. Tetapi hal seperti di Perak ini, bagi saya sangat jelas. Ramai orang boleh melihat, tak perlu menelaah dalam2 tentang apa yang telah berlaku. Saya boleh simpulkan isu ini terjadi kerana tamak kuasa. Baik BN mahu pun pembangkang. Dan saya tahu kenapa saya tak puas mengulas isu ini berkali2. Semacam ada kekurangan. Rupanya saya terlupa, saya terlupa mengkritik Pakatan Rakyat!

Saya yakin, ramai melihat BN merampas Perak dengan cara kotor. Mungkin ada unsur rasuah dan tak beretika. Semua rakyat kecuali penyokong totok BN pasti bersimpati dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Dari sudut Politik, Pakatan Rakyat menang. Mereka menang kerana mendapat simpati dari rakyat yang menyokong pembangkang, para pengundi atas pagar dan sebahagian penyokong BN. Datang Pilihanraya ke-13 pasti hasilnya dapat dilihat.

BN sebenarnya kalah sebaik saja Sultan Azlan perkenan pembentukan kerajaan BN. Ini kerana pengundi BN juga benci dan tak suka UMNO mendapat kuasa begini. Mereka juga lihat ini perbuatan jijik. Dua ADUN yang melompat itu imejnya kotor. Jika UMNO terima mereka ini, bermakna UMNO suka benda2 yang kotor. Rakyat Malaysia sejak pilihanraya ke-12, telah menolak semua yang membawa imej kotor. Pasti pada pilihanraya ke-13 nanti, semakin ramai rakyat menolak BN/UMNO. Dan datang Pilihanraya nanti pasti hasilnya juga akan dapat dilihat.

<<Wassalammu…>>

Di sinilah patutnya isu ini berakhir, berhenti, noktah, wassalammu. Tetapi ini tidak terjadi, kerana Pakatan Rakyat tidak mahu beralah. Mereka nak menang dalam pertarungan ini… Walau Sultan dah mengarahkan meletak jawatan, mereka protes. Mereka kata ini tidak berpelembagaan. Sungguh, hal ini boleh didebat dan saya yakin, pihak Pakatan Rakyat telah mendengar pandangan pakar2 undang2 dan perlembagaan. Sebab itu mereka berani.

Tetapi hendak ke mana dengan protes ini? Adakah mereka mahu melihat Sultan Azlan ‘reverse’ keputusan baginda? Ini angan2 Mat Jenin. Mustahil dan memalukan jika Sultan melakukan sedemikian. Terimalah hakikat ini dengan hati terbuka. Anda akan dilihat berjiwa besar, bukankah ini yang rakyat harapkan?

Para pemimpin PR mula kelabu asap. Mereka sudah tidak melihat apa rakyat lihat. Mereka hanya melihat jawatan2 dan kuasa2 yang bakal hilang dari mereka. Kata2 Nizar bahawa beliau akan berjuang hingga ketitisan darah terakhir (mohon maaf kalau ini bukan dari mulut Nizar) untuk memperjuangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sungguh tidak kena bagi saya. Ia seakan anda terlalu sayangkan dan sanggup mati untuk kerusi dan kuasa Menteri Besar. Walau macam mana pun anda menjustifikasikan ini perjuangan Rakyat, maaf… saya sangsi. Sebab kalau anda melihat Rakyat, anda tahu anda dah menang! Dan Rakyat mampu bersabar menunggu untuk 4 tahun lagi.

Kini anda hanya memalukan diri anda sendiri. Lihatlah bagaimana mereka memperlakukan anda, biarpun mereka bertindak melampaui batas, tetapi anda telah memberi peluang! Saya yakin anda akan kehilangan sokongan rakyat atau setidak2 nya hormat dari rakyat. Anda kelihatan sayang pada kuasa, tak mahu beralah, tidak hormat keputusan Sultan, tak berjiwa besar. Akhirnya anda akan kalah pertarungan ini dan anda juga kalah peperangani besar nanti!

Sedarlah!!! Ramai rakyat mula hilang hormat pada kamu!!

Read Full Post »

Hari Sabtu lepas, kami ke Kuala Terengganu. Saja cuti2. Ni first time cuti bertiga dengan Alisha. Huuh.. lain rasanya, semua plan kena ikut Alisha ok ker tak ok.

Hari pertama, habiskan masa di hotel dan kolam mandi. Alisha melonjak bila tengok kolam, dia dah tahu. Suka dia dengan pelampong Nemo, lepas puas, saya angkat Alisha ala Superman. Tak sangka dia selam kepala pulak, tersedak2 dia minum air. Nasib baik okay.

Malam tu dia dah lain macam. Badan sejuk, cuma kepala dan ketiak je panas. Nasib baik bawa termometer, check suhu 36.8 C. Sikit lagi nak demam (Nota: demam = 37.2 C ke atas). Esoknya plan nak sewa kereta, jalan2 beli barang, harap Alisha tak demam.

Dah deal dengan tokey kereta, sewa kereta Proton baru separuh hari. Pagi bertolak cari Pasar Payang, orang kata tempat bagus untuk beli batik. Pusing2 tak jumpa juga dekat mana, peta tak ada. Lepas dekat setengah jam baru nampak sign board, ciss.. rupanya dah dua tiga kali lalu kat pasar tu tadi. Dah sampai, duit pula tak keluarkan lagi. Saya ingatkan 200 ringgit cukuplah, bila isteri tahu, dia tengok saya lain macam. Dia kata tu cukup beli tudung saja… Wahh!! Biar betul! Nyesal jugak bawa cuti ke sini… syyyhhhh… jangan bagitau dia.. 😛

Hari kedua Alisha masih macam tu lagi, badan panas. On the way balik hotel singgah klinik. So hari kedua dan ketiga tak banyak jalan2, memerap dalam bilik saja. Jalan2 kawasan hotel. Ni lah antara gambar2 semasa di sana.

Ah, terlupa.. ni first time Alisha naik kapal terbang. Kalau tengok Astro Awan Dania, inilah Alisha Dania, dah di Awan.

Read Full Post »

Flashback – Alisha

Berehat sekejap dari fikir pasal politik dan negeri kelahiran Perak. Keadaan tak memihak pada PR, bagi saya, PR patut berundur secara terhormat. Biar kalah pertarungan kali ini, tapi menang peperangan nanti.

Okeylah, cukup. Kalau nak ngomel pasal politik Perak dan Sultannya, memang banyak. Tapi ngomel pasal Alisha lebih menyenangkan hati. Hati senang, jiwa tenang dan tenteram.

—————————-

Alisha lagi 4 hari lagi akan cukup 9 bulan. Gigi belum tumbuh lagi, tapi aktif boleh tahan. Telatah2 Alisha menghiburkan, sejak ada Walker ni panjang betul kaki. Ke hulu ke hilir, ke depan ke belakang. Masih ingat kali pertama Alisha naik walker dekat kedai, salah masuk gear. Masuk gear reverse, sib baik tak langgar ape2. Yelah, mana pandai lagi, belum ada lesen. Tapi sekarang, bukan main laju. Tak terkejar, kadang2 tak larat nak kepung. Kete Alisha ni takde hand brake!

Di taska, dia ada geng, Adlina. Selalu jugak kena buli dengan Alisha. Ya betul, Alisha dah pandai buli. Gambar bawah jadi bukti. Tengoklah gaya dia dengan kuda tu, bukan main lagi. Dah macam Otai!

Read Full Post »

Website Sultan Perak

Oh.. ada rupanya website Sultan Perak. Wah, tak sangka. http://sultan.perak.gov.my/bahasa/kandungan.html

Bukan blog, atau personal website, tapi formal website. Yang menarik ada buku tetamu (Guessbook). Kita boleh baca apa rakyat2 tulis kepada DYMM Tuanku. http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Ramai yang luahkan rasa kecewa dengan keputusan Tuanku, tapi saya tak fikir Tuanku baca tulisan2 ini (agakan saya sahaja).

Read Full Post »

Ini kali kedua saya terbaca petikan blog Tengku Razaleigh dipetik akhbar Internet, langsung saya tercari2 dimana dan apa alamat blog beliau. Rupanya disini http://razaleigh.com/

KuLi memberi kesimpulan yang jelas tentang Pesta Katak di Perak (ini saya yang panggil). Sila baca lebih di the longer term


Read Full Post »

Harapan Rakyat

The last thing we need in our land is political instability and economic instability. The later which we could not avoid, is coming fast and furious. More and more job cuts announced and more and more people get retrenched.

One thing that we could do is to avoid political instability. Either Perak goes to BN or we are having state election, this better to be settled soon. The sooner the better. With Najib having spent much time in persuading PR ADUNs to jump ship, who is running our Finance? Who deputize or running our country? This is the question. Maybe Mahathir was right calling the country running in auto-pilot mode.

If the Sultan choose BN to rule Perak, I’ll abide by it. That’s the destiny. We moved on. Let’s focus on the well being, economically and socially. Those who do not agree with it, just make sure next election you vote wisely.

What’s the hope this political turmoil will soon set down? It’s depend on the politicians, both ways. If they act on their greed, we are doomed. If they act on their wisdom, we have a better chance to overcome this difficult situation.

Read Full Post »

Walau kita ingin melihat manusia melepasi batas kaum, tapi hakikatnya kaum masih menjadi perkiraan. Begitu juga di dalam politik.

Jeff Ooi memberi hujah bernas untuk mengapa tidak boleh memberi kuasa kepada BN menubuh kerajaan baru. Beliau jelaskan, ADUN BN yang menang pilihanraya lalu semuanya dari UMNO dan hanya 2 dari MCA. Ini bermakna Kerajaan yang akan ditubuhkan nanti mempunyai komposisi 28 ADUN Melayu, 3 ADUN Cina dan 0 ADUN India. Ini jelas tidak mewakili komposisi rakyat Perak.

Harap hujah ini dapat dipertimbangkan dengan bijaksana oleh DYMM Tuanku Sultan.

Read Full Post »

Sultan Azlan

Besok Sultan Azlan akan menerima kunjungan Najib, untuk mendengar usul. Baginda akan membuat keputusan sesudah itu, sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima kerajaan baru BN. Inilah yang dilaporkan di akhbar Internet.

Saya tak nafikan, merasa kecewa mendengar ura2 Sultan Azlan menolak usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri seperti dilaporkan di Malaysiakini petang tadi. Tapi kemudian berita itu ditarik balik tanpa notis oleh Malaysiakini, mungkin tersalah lapor.

Ini memberi harapan baru untuk berharap Pilihanraya Negeri diadakan. InsyaAllah, saya berharap ia dimakbulkan Tuhan. Saya juga yakin, Sultan Azlan akan membuat pilihan terbaik. Langkah Baginda untuk tidak membuat keputusan terburu2 juga menampakkan keadilan.

Saya cuma berharap, Sultan Azlan akan memulangkan hak memilih kerajaan negeri kepada rakyat Perak. Sama ada BN atau PR menang, terpulanglah kepada rakyat. Saya yakin rakyat tidak akan melihat Tuanku memihak kepada sesiapa, sama ada BN dan PR. Ini kerana keadaan akan kembali kepada O. Proses pemilihan dimulakan kembali.

Tuanku juga tidak salah jika memilih BN menjadi kerajaan negeri, kerana inilah demokrasi. Majoriti akan memerintah. Tetapi saya lihat, jika ini terjadi, rakyat akan kecewa kerana kerajaan baru BN ini tidak berkredibiliti. Ini kerana ia hasil lompatan katak2 yang terdesak, tamak atau diugut. Payah untuk rakyat melihat hasil lompatan katak2 ini atas dasar prinsip dan perjuangan rakyat.

Inilah yang saya fikir, dan saya yakin InsyaAllah, Tuanku akan membuat pilihan terbaik.

Read Full Post »

Older Posts »