Feeds:
Posts
Comments

Aaqil dalam kenangan..

DSC00994Tidak lama selepas kelahiran Alisha, isteriku disahkan mengandung. Jarak kandungan 6 bulan. Kami mengharapkan kandungan kali ini laki2. Walau apa pun jantina, kami redha, tapi jauh di sudut hati kami, mengharapkan laki2. Dapatlah kami sepasang anak laki2 dan perempuan. Inilah keinginan dalam hati kami.

Beberapa bulan kandungan, doktor sahkan bayi dalam kandungan, laki2. Kami gembira, syukur. Sepanjang mengandung, alhamdulillah, isteri saya kurang sekali alah2. Cuma, bayi laki2 ini lebih kuat bergerak. Macam2 gaya isteri saya rasakan, ada yang berbentuk kaki, gaya kungfu, penumbuk.. macam2 gaya yang kami agak.

Setelah usia kandungan cukup, Aaqil selamat dilahirkan pukul 4.43 ptg hari Jumaat 10th July 2009 di Hospital Putrajaya. Saya dan isteri yang ketika itu langsung tidak menjangka bayi akan lahir pada hari tersebut. Kami ke pejabat seperti biasa pagi berkenaan, lebih kurang pukul 10 pagi, isteri mengadu sakit langsung dibawa ke hospital oleh rakan. Saya tergesa2 balik dari pejabat dengan menaiki motor dari Kelana Jaya ke Hospital Putrajaya. Bertapa tergesa2nya saya, hingga saya sampai dulu di hospital daripada isteri. Begitulah keadaan hari2 kelahiran Aaqil. Alhamdulillah, Aaqil selamat dilahirkan dengan normal, seberat 3.4 kg.

Namun, tidak seperti Alisha, Aaqil lambat berak. Selagi bayi tidak berak, doktor tidak benarkan untuk pulang dari hospital. Kami menunggu sehingga satu hari, namun Aaqil tidak juga berak. Keesokannya isteri sudah gelisah dan bersedih, takut2 Aaqil alami sebarang masalah. Saya cuba memujuk, walau jauh disudut hati juga rasa gelisah. Saya panjatkan doa kehadrat Ilahi semoga Aaqil senang berak dan sihat walafiat. Dua hari selepas kelahiran, Aaqil berak didepan doktor yang memeriksanya. Semenjak itu Aaqil berak 2-3 kali sehari. :) Alhamdulillah..

Aaqil beruntung, ibunya punyai susu badan yang banyak kali ini berbanding waktu Alisha dulu. Sepanjang waktu isteri berpantang, Aaqil kerap sekali menyusu. Setelah umurnya sebulan, berat badannya sudah dekat 5 kilo. Aaqil sudah berisi. Begitulah keaadaan Aaqil, suka menyusu. Sikit2 menangis nak susu. Dagunya dah berlapis. Pipinya pun dah tembam.

Kakaknya tak cemburu, malah Alisha sayangkan adik. Dicium2 berulang kali. Pantang ditegur, pasti Alisha menangis. Kadang2 diciumnya di mata, di hidung, di mana2 saja yang sempat. Lama kelamaan, Alisha dah pandai cium sayang adiknya di dahi. Pernah juga, mahu diriba dan didakapnya adik seperti dilihat orang selalu buat. Bayangkan, kakak sendiri belum berjalan betul, dah mahu didakapnya adik. Lucu.

Setelah hampir 2 bulan, kami pulang ke rumah kuarters, dan merasakan pengalaman hidup berempat. Memang berlainan sekali, tiada lagi masa terluang. Semua dihabis untuk uruskan anak2. Aaqil tidak berenggang dengan ibunya, sayalah mengambil tugas menjaga Alisha hampir dari A-Z. Kadang2 ibunya terpaksa berenggang dengan Aaqil untuk urusan lain, waktu itulah cukup dilemma. Aaqil akan menangis, mahukan susu atau dakapan ibu. Jika saya dukung Aaqil, Alisha pula akan menangis. Dia sudah pandai cemburu. Ditarik2nya tangan saya mahu didukung. Saya tak mampu dukung keduanya sekali, sebab Aaqil masih kecil. Jadi dua2 akan menangis, sedangkan ibu mereka perlu mandi.

Begitulah ragam Aaqil, sentiasa mahu menyusu. Kerapkali susu dimuntahkan kembali, kerana terlebih. Saya dan isteri akan berselang2 untuk mensendawakan Aaqil. Tidak susah untuk sendawakan Aaqil. Jika didukung dibahu, kurang 5 minit pasti Aaqil sendawa. Bahu saya banyak kali dimuntah oleh Aaqil. Aaqil kenyang…

Namun, isteri yang terpaksa memula kerja kembali, harus menghantar Aaqil ke taska. Aaqil perlu minum susu dari botol. Inilah yang merunsingkan Isteri dan saya. Aaqil langsung tak mahu menyusu botol. Hari kembali berkerja semakin dekat, lalu menambahkan tekanan kepada isteri. Aaqil akan menangis jika dipaksa beri botol. Pelbagai jenis puting botol dicuba, namun tak berhasil. Aaqil tetap tidak mahu, walau pelbagai cara dicuba. Aaqil akan menangis, menangis dan menangis…

Saya panjatkan doa kehadrat Ilahi semoga Aaqil mudah menyusu botol. Alhamdulillah, sehari sebelum isteri mula berkerja, Aaqil mula mahu menyusu botol. Namun, jika ibunya mencuba, pasti gagal. Setelah dikaji, memang benar seperti salah satu tips dari majalah, ayahnya atau orang selain ibunya sendiri harus mencuba. Jika bayi berbau ibunya, pasti bayi mahukan puting ibu.

Minggu pertama Aaqil ke taska, saya turut menemani isteri ke taska. Membawa 2 orang anak yang sedang kecil satu cabaran bagi seorang ibu (Alisha baru pandai berjalan). Saya cuba membantu meringankan walaupun sedikit. Aaqil elok2 saja di taska. Sempat beberapa gambar diambil semasa Aaqil ditaska. Memang comel..

Minggu kedua, hari Isnin 14 Sep 09 (bersamaan 24 Ramadhan). Saya dan isteri seperti biasa bangun bersahur pukul 5 pagi. Dan seperti biasa, sejurus selesai, isteri akan mengejutkan Aaqil untuk diberi susu badan. Aaqil yang masih mengantuk, akan mengeliat macam orang besar. 15 minit menyusu, Aaqil akan kembali terlena..mungkin terlalu mengantuk. Sekitar 5.30 pagi, Alisha akan mula terjaga dari tidur. Setelah mendapat susu, Alisha baring didepan tv bersama Aaqil. Habis susu, Alisha seperti mendapat tenaga baru. Alisha akan membebel bising. Dan Aaqil akan terjaga. Sayalah terpaksa menjaga Aaqil kerana isteri perlu mandi dan bersiap untuk ke pejabat bersama anak2. Aaqil yang masih berbaring depan tv, saya tinggikan bantal lalu diberi susu botol lagi sekitar 2-3 Oz. Sementara menunggu habis, sempatlah ibunya bersiap. Setelah habis, seperti biasa saya dukung Aaqil dan sandarkan di bahu. Kurang 3 minit, Aaqil  sendawa kenyang. Saya letakkan kembali Aaqil berbaring. Aaqil kembali lena. Isteri menegur saya untuk melihat Aaqil, saya lihat Aaqil sedang tersenyum luas. Bibirnya comot dengan susu. Kami tersenyum melihat Aaqil.

Pagi itu, saya hanya menghantar Isteri dan anak2 ke kereta. Lalu saya cium Aaqil di dahi dan di pipi Alisha yang masing2 baring dikerusi bakul masing2. Aaqil separa tidur, Alisha pula sedang cergas.

Tidak saya sangka, senyuman itulah senyuman terakhir Aaqil pada kami. Dan ciuman itulah ciuman terakhir saya ke Aaqil ketika dia masih hidup. Pukul 10.15 pg, saya terima panggilan dari Isteri dalam suara cemas, bahawa Alisha pengsan di taska. Tak bercakap panjang, saya bergegas balik. Motor dipandu laju. Di dalam kepala, bersarang perlbagai persoalan yang tak terjawab. Mengapa Alisha pengsan? Dia baik2 saja sebelum ini, tak demam. Hampir tiba di hospital, saya berhentikan motor dibahu jalan. Melihat message yang dihantar isteri di telefon. Message isteri ringkas, “Bukan Alisha, tapi Aaqil”.. Ah, biar betul ni.

Sebentar kemudian, saya sudah di wad kecemasan, namun saya tidak dibenarkan masuk oleh penjaga kaunter. Bagai orang gila, ke depan ke belakang saya berjalan. Dalam fikiran, masih bercelaru. Aaqil? Apa terjadi pada Aaqil? 2 minit selepas itu, isteri bergegas memanggil saya, lalu saya meluru bersama isteri ke pintu lain untuk ke wad kecemasan. Ya Allah, saya terpandang Aaqil terbujur baring di tengah2 meja operation, dikelilingi oleh 5-6 orang doktor dan pembantu perubatan. Isteri tak sanggup untuk melihat keadaan Aaqil, begitu juga saya. Kami berteriakan, bagai histeria, “Ya Allah… Ya Rahman..Ya Rahim..” itulah yang kami mampu ucapkan..

Kami dibawa ke bilik menunggu, disana terdapat 3 orang penjaga dari Taska sudah menunggu. Masing2 menangis, sedih, gelisah.. Suasana hiba tak terhingga, lelehan air mata mencurah. Ratapan tak berputus. Dalam itu, kami cuba untuk bertenang.. Saya menyuruh berdoa, semoga Aaqil selamat. Namun, gelisah, bingung memenuhi hati.

Hampir 30 minit, kelibat doktor muncul………….

Menyuruh ditinggalkan kami berdua dengannya. Saya dan isteri bagaikan sudah tahu. Kami berdakapan, berteriakan nama tuhan. Sungguh memilukan. Kami tahu, apa doktor akan katakan….

Kami tidak mahu percaya apa yang doktor katakan, tapi apalah daya kami. Itulah yang kami dengar… Aaqil sudah tiada lagi……..

Kami lihat tubuh kecil Aaqil tak berbaju dan tak berseluar hanya mengenakan pampers. Kaku. Pucat. Mulut, tangan dan kakinya berikat. Ya Allah, kasihannya anak aku. Saya rapatkan mata Aaqil dan cium di dahinya, sejuk… Benar, Aaqil sudah meninggalkan kami….

Kami hanya sempat bersamanya 2 bulan 4 hari. Aaqil sudah kembali ke rahmatullah. Meninggalkan kami semua. Walau kami sayang dan rindu pada Aaqil. Tapi Tuhan lagi menyayanginya.

Ya Allah,

Kau kuatkanlah hati kami,

Kau teguhkan hati kami,

Agar kami termasuk dalam golongan orang yang bersabar,

Amin, Ya Rabbul’alamin..

14 Sep 2009, 10.58 am : Aaqil pergi dahulu meninggalkan kami.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmatNYA keatas arwah.

Innalillahiwaninnailaihiroji’un.

Al-Fatihah.

DSC01000

Arwah bersama kakaknya, Alisha. Antara gambar terakhir Aaqil yang kami rakam. Seolah melambaikan selamat tinggal..

Indonesia – Malaysia

Api kebencian kian membara dikalangan sebilangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Terkini, mereka keluar ke jalan raya dengan buluh runcing (mahu bunuh?) mencari rakyat Malaysia yang lalu disitu.

Saya tak tahulah, hal2 lain yang membuatkan rakyat Indonesia membenci Malaysia sampai sebegitu rupa. Ternyata, bila api ditiupkan oleh media Indonesia, ramailah yang terbakar.

Hal2 yang saya ketahui;

1/ Hal Tarian Bali yang dikatakan milik Malaysia.
- Ini isu yang paling daif sekali jika mereka mahu membenci Malaysia atas sebab ini. Kalau para pembenci itu terdiri dari orang Islam Indonesia, amat malang sekali. Saya tak mahu ulas isu ini, sebab hanya orang bodoh dan buta huruf saja yang termakan isu ini.

2/Isu Pulau Spratley
- Ini lagi satu isu dangkal. Jika mahu marah Malaysia kerana sama menuntut hak keatas pulau Spratley, mereka harus juga menunjukkan amarah yang sama keatas China, Filipina, Vietnam dan Taiwan. Malah ancaman utama bukan dari Malaysia, dari satu sumber intelligence, China telahpun membina pangkalan tentera terbesar mereka di Asia Tengara di kepulauan tersebut. Ini semua gara2 sumber minyak yang didakwa banyak dikawasan itu.

3/ Isu Amah
- Ini isu yang paling relevan dari banyak2 isu tadi. Inipun, kalau dilihat betul2, segelintir saja rakyat Malaysia sezalim syaitan yang bertindak mendera Amah rakyat Indonesia. Betul, dari sudut kerajaan, banyak perlu dibaiki. Bukankan sekarang kerajaan yang sedia ada sedang hampir tumbang? Kalau dilihat dari sudut lebih luas, bukankah juga Malaysia layak marah pada Indonesia jika ramai penjenayah2 yang datang dari seberang membuat jenayah dan membunuh?

Jadi, berfikir rasional lah.

Kepala Lembu

Saya bukanlah orang bijak pandai. Tapi dalam isu ini, kita perlu lihat pada 2 hal. Satu – membantah pemindahan kuil hindu di Section 23. Dua – memijak kepala lembu dengan niat menghina agama hindu.

Hal satu;
Tidak salah membantah – jika pemindahan itu dilihat tidak sesuai. Bagaimana tidak sesuai? Kalau tapak cadangan itu bukan di kawasan ramai penganut hindu. Kalau tapak itu bersebelahan dengan perumahan orang Islam atau pun surau/masjid di kawasan itu.

Membantah ini, perlu juga dengan bijaksana. Saya berpegang, bahawa demonstrasi adalah jalan terakhir jika semua kaedah lain luput atau tidak berkesan.

Hal dua:
Setahu saya, Islam melarang umatnya menghina agama lain, walaupun agama lain mensyirikkan Allah SWT. Islam juga melarang umatnya menyiksa binatang, mahupun menghina binatang, kecuali BABI yang diharuskan bunuh. Memijak kepala lembu bukan satu perbuatan yang diharuskan dalam Islam.

Terbuktilah, ini bukan isu parti politik kerana sebilangannya juga terdiri dari parti yang lain. Ini isu umat Islam yang jahil. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Amin.

Saya tunggu hidayah..


Pilihanraya Kecil Bagan Pinang;

When asked today whether he is prepared to contest, Isa said: “I’m still waiting for ‘hidayah’ (signs).” Malaysian Insider

Lucu. Biasanya dalam konteks masyarakat Melayu, hidayah selalu dikaitkan dengan ‘hidayah dari Allah’. Jika begitu, memang betullah setiap hamba mengharapkan hidayah dari Allah. Orang macam Isa Samad pun, mengharapkan hidayah Allah. Jika dia peroleh hidayah, kita pun tumpang bersyukur. Semoga selepas mendapat hidayah, banyaklah kebajikan yang boleh dibuat dengan kekayaan beliau yang berjuta kalau tak berbillion itu.

Aaqil

Alhamdulillah, makin ’sehat’ Aaqil sekarang.

DSC00972

ISLAM UMNO

Sudah agak lama saya tidak menulis perihal isu semasa. Hari ini mungkin terbaik, sebab banyak yang boleh kita ambil iktibar.

Pertama, hal Kartika dihukum sebat kerana bersalah meminum arak. Hukuman ini bukan ciptaan manusia, atau pun para ulama fekah memandai2. Ia datang dari Allah, yang ditunjuki sendiri oleh Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Dan sebetulnya, ianya 40 sebatan. Allahua’lam.

Bagaimana Hakim syarie memutus untuk sebat 6 kali sebatan, ini menjadi tanda tanya bagi orang mukmin. Yang pasti, undang2 syariah kita tampak kekurangan. Sudahlah kekurangan, kini ramai pula orang Islam sendiri mahukan hukuman sebat ini ditarik balik. Kononnya, untuk menjaga imej Islam dan imej negara kita yang moderate dan maju. Sungguh, mereka ini tidak tahu apa yang mereka katakan. Maka, ramailah orang awam yang terperdaya dengan pandangan2 mereka.

Islam mengharamkan arak bahkan arak adalah najis disisi Islam. Bukan saja arak boleh merosakkan manusia itu sendiri, malah orang sekeliling dan keluarganya. Bagi orang2 yang sihat pemikirannya, tahu dimana kedudukan arak ini dan kesannya mudarat keatas manusia dan masyarakat. Maka, Islam mengharamkannya dan menghukum para peminum arak setimpal dengan kemudaratan arak itu sendiri. Inilah imej sebenar Islam yang adil yang patut dipertahankan oleh orang Islam. Bukannya imej palsu yang perlu mendapat restu dari orang bukan Islam.

Yang pasti, bagi orang2 yang memerhati, maka terbentang luaslah bukti2 orang munafik disekeliling kita. Semoga kita terpelihara dari bala Allah.

Keduanya, perihal Permatang Pasir dan Nik Aziz. Syukur kehadrat Allah SWT keatas kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil tersebut. Kini tanggungjawab pengundi terlaksana, maka ia beralih pula kepada wakil rakyat dan parti untuk menunaikanya.

Seperti biasa, tatkala menjelang pilihanraya, media perdana milik kerajaan menjadi gila. Berita TV3 bertukar menjadi saluran propaganda. Setiap peluang diambil untuk menghentam musuh. Malah TG Nik Aziz juga menjadi sasaran. Lantas, Nik Aziz dituduh mengeluarkan fatwa ahli Umno tidak masuk syurga dan menghina Islam di Palestin. Bagi para pemberita ini, matlamat menghalalkan cara. Asal saja bos2 mereka suka.

Namun, kebenaran terbukti. Yang saya dengar, Utusan Malaysia telah memohon maaf keatas kebohongan mereka. Mereka terpaksa, kalau tidak saman berjuta sedang menanti mereka.

Keterangan dari TG Nik Aziz:

“ Saya nak sebutlah mula-mula sekalinya, saya baca dua buah akhbar perdana hari ini dan ada perkataan Palestin. saya nafi sekeras-kerasnya. ini nak melaga-lagakan saya dengan Palestin pula. tak betul. siapa dia yang buat kerja ini, wallahhua’lam.

Yang keduanya perkataan “ahli umno tak masuk syurga.” saya tak biasa guna ahli umno, saya guna penyokong umno. ahli lain, penyokong lain.

Yang ketiganya, memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada islam tidak akan masuk syurga. Orang yang asingkan iman dengan islam yakni yang berpada dengan islam sahaja tanpa iman, mustahil (akan) masuk syurga. Sebab itu, Quran menetapkan perkataan ikhlas. Ikhlas dan iman lebih kurang sama. jadi “wama umiru illa liya’ budullah hamukhlisin” , tidak ada benda yang aku suruh kepada manusia kecuali satu,(iaitu) mengabdi kepada aku dengan ikhlas. ikhlas ini (perkara yang) terlibat dengan hati. Hatilah tempat duduk iman.

Jadi, mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja, tanpa iman, mustahil masuk syurga. Itu yang saya kata hari ini. jadi ini bukan fatwa baru. Surat khabar sebut fatwa baru Nik Aziz. Itu mengumpat kita panggil. Nak melaga-lagakan (dan bersifat) mengumpat, itu bukan fatwa baru.

Di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri masih hidup lagi pun, sudah ada orang yang hendak mengasingkan Islam dengan iman iaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai ini bersembahyang bersama dengan Nabi, dengar ceramah Nabi bahkan keluar berperang bersama dengan Nabi dan mengaminkan doa bersama Nabi.

Tapi dia senyap-senyap dia buat satu gerakan lain dan dia buat sebuah masjid. Dalam Quran sebut benda ini “dhirar “. Masjid itu akan dibakar. Diruntuhkan dibakar, kerana apa ? Ini kerana usaha dia hendak mengasingkan berpada dengan Islam tidak mahu bersertakan dengan iman. Ini tidak boleh. sekular sebut islam tak apa la. Tak tahu iman dimana. Itu sekular. Islam tidak begitu. Islam ini komponen bagi iman . Islam mengajar kita (supaya kita) mesti sebatikan Islam dengan iman, sebagaimana sebatinya tubuh dengan roh. Tubuh kita ni sebati dengan roh.

Itu agak saya tahu dah. Otak umno dan otak orang PAS sama saja. Sama bodoh sama cerdik belaka. Tapi nak buat modal ni dalam pilihanraya (Permatang Pasir) ini kerja bodoh orang panggil. Nak tunjuk kebodohan kita dalam berpolitik. Sebab itu saya kata nak bersatu PAS dengan UMNO tak ada cara lain, daripada hanya UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, itu baru bersatu. Ketika itu tak tahu PAS dimana UMNO dimana, Melayu muslim belaka, muslim yang mukmin. dengan cara lain, perpaduan dengan pakatan (kerajaan perpaduan), tak usah lah. Kami dah serik dah.

Soalan press : kalau dia tarik balik ?

Tok Guru : Terserah kepada lawyer lah. Lawyer pandai lah buat, kalu dia mintak maaf. mintak maaf jadi begitu, tak mintak maaf jadi begini.

Yang akhir sekali saya nak sebut, ialah tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia kepada pak turut Nabi Muhammad. Tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut sesama manusia. Turut orang Eropah manusia juga .
Turut orang putih manusia juga. Tolong merdekakan jadi pak turut manusia sama manusia kepada menjadi pak turut Nabi Muhammad saw. Kerana Nabi Muhammad (saw) ini orang kalu kira orang engineer yang bertauliah. Bukan nak baiki kereta, bukan nak baiki motor, tapi nak baiki manusia. tak ada orang boleh baiki manusia selain daripada golongan Nabi-Nabi dan Nabi Muhammad (saw) ini adalah Nabi. Baginda ialah engineer bertauliah daripada Allah swt. Apa saja kerosakan manusia, kita kena tanya Nabi Muhammad (saw).

Menyentuh tentang Mufti Perak, sepatutnya sebelum seorang mufti membuat kenyataan kalau boleh tanya saya dulu. Tanya tuan punya cakap. Tak boleh kita turut surat khabar. Surat khabar hari ini (adalah) surat khabar arus perdana. Ia surat khabar UMNO. Jadi, macam mana kita nak buat kenyataan berdasarkan apa yang surat khabar (paparkan).”

Untuk kita, janganlah kita tertipu setelah kita tahu kejahatan mereka. Janganlah dipercayai berita2 yang dibawa oleh orang2 yang fasik. Selidiklah dahulu. Semoga kita tidak termasuk golongan yang zalim.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat, ayat 6)

Allahua’lam.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Bulan Penuh Keberkatan

I received an email forwarded by my bro and think it will be good to share this online.

Base on true story from others……

Story 1: Alhamdullillah. ….I’m an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol. This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later.. I’ve tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I’m resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time! Then, one day, one of you have so kind-heartedly emailed me the ways and how to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can’t remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat Quran. I’ve tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer I’m amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly. For once in my life, I did not need to take synflex anymore! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it starts to ebb away. So, friends, save this method onto your handphone “Notes” or “To-do List” so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work!

  1. Read Al-Fatihah (1 x)
  2. Read Surah Al-Ikhlas (3 x)
  3. Read Surah Yassin ayat ke 58 “Sala mun Qaulan Minrabbirrahim” (3 x)
  4. Read Selawat Nabi (3 x)

What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again.

Another sister has shared her experience below.

Story 2 : My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely akibat pendarahan dalaman (internal bleeding). Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said “baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut”.  So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti.. Alhamdullilah, leganya. From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Sampaikan kisah pengalaman ini kepada sahabat2 anda kerana tiada kerugian kita berkongsi serba-sedikit ilmu yg kita perolehi, apatah lagi sekiranya ilmu itu dapat memberi manfaat kpd seluruh umat manusia. Seandainya anda sendiri pernah mencuba cara ini dan mendapati ianya berkesan utk mengurangkan dan/atau menghilangkan sakit migrain anda, harap sudilah berkongsi pengalaman anda utk kebaikan bersama.

Alhamdulillah, majlis cukur jambul dan aqiqah selasai dengan baik hari sabtu lepas. Mak Bapak juga datang dengan adik2. Kenduri yang bermula dengan berzanji dan marhaban pada pukul 10.30 pagi selasai sejam kemudian dan diikuti dengan jamuan makan. Ramai juga yang hadir.

Gambar2 sekitar majlis..

« Newer Posts - Older Posts »