Bismillahirahmanirahim,
Ada beberapa pengalaman harin ini yang boleh saya kongsikan bersama, dan semoga sedikit perkongsian ini ada manfaatnya.
Taman Dagang
Saya kerap ke Taman Dagang untuk baiki kereta saya, dan hari ini saya ke sana. Seperti biasa untuk siap, akan mengambil masa 3-4 jam. Sejak dulu saya perhatikan, Taman Dagang sudah bertapak komuniti orang korea selatan. Ini dapat dikenali dengan raut wajah, percakapan dan tulisan2 mereka. Orang korea memang bersatu, mereka saling menolong antara mereka. Buktinya, sudah banyak kedai2 perusahaan yang mereka buka di taman medan – namakan saja – kedai runcit, kedai makan, kedai dobi, kedai barangan lama dll. Di atas barisan2 kedai mereka ini, ada pula gereja yang mereka buat di bahagian atas kedai. Pada waktu2 hujung minggu, ramai mereka hadir di kedai2 dan juga di gereja2 mereka.
Orang korea
Mereka orang yang baik2 pada pandangan saya. Kehadiran mereka tak seperti kehadiran Negro2 di sesetengah tempat yang aktiviti orang Negro ini kita curigai. Kesatuan orang korea membuat mereka berjaya. Buktinya komuniti mereka yang sudah agak besar di Taman Dagang. Kedai2 mereka dapat hidup dan berkembang. Sifat ini harus kita tiru. Budaya membeli di kedai bangsa sendiri dapat membantu komuniti peniaga2 bangsa kita untuk berkembang. Tak kiralah sama ada di tanah air mahu pun di luar negara. Mungkin dengan sokongan kita, kedai2 bangsa kita dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.
Dakwah
Bila saya lalui di kaki lima sebuah kedai, terdapat sekumpulan anak2 muda korea menunggu para penjalan kaki di depan kedai. Salah seorangnya menyapa saya dan memberikan saya satu bungkusan kecil. Saya ambil dan mereka ucapkan “May Gob Bless you…” Kemudian saya tengok pada bungkusan itu, ianya bungkusan kecil yang berisi 2 gula2 dan sekeping kertas kecil bertulis ayat Injil – Yet to all who received him, to those who believed in his name, he give the right to become children of God (john 1:12). Oh.. mereka berdakwah rupanya…. Bagus betul budak2 muda ini.. Yang bermain di fikiran saya, bila lah pula saya atau anak muda2 kita akan berdakwah secara terbuka di jalanan..
Kemudian, saya terfikir untuk berhujah dengan mereka tentang ayat Bible tersebut.. tapi kaki terus melangkah ke bengkel kereta. Di fikiran, bermacam2 perkara bermain – antara kagum, syukur, insaf segalanya.
Mereka orang2 yang baik. Mereka suka menolong orang. Ramai orang2 miskin yang mereka tolong. Walau kita tak nafikan, mereka ada niat untuk menyampaikan risalah agama mereka. Tapi itulah dakwah namanya. Apa yang mereka ajak itu pada umumnya baik, iaitu percaya kepada Tuhan. Dan mengajak orang menjadi pengikut agama yang baik. Saya secara peribadi, tidak menyalahkan gerakan dakwah mereka. Pernahkah kita terfikir, kita orang Islam juga boleh tubuhkan unit dakwah di setiap Masjid2 kita? Pernahkah kita terfikir kita boleh gerakkan unit dakwah ini untuk turun di jalanan?
Syukur dan Insaf
Saya bersyukur pada Allah yang mentaqdirkan saya lahir dalam keluarga yang beragama Islam. Saya dan kita semua sudah dimudahkan oleh Allah untuk mengenali agama yang sebenar. Memang benar, lahir sebagai orang Islam bukanlah tiket untuk ke syurga, tetapi adalah lebih mudah untuk kita mula mempelajari agama dan mencari agama yang sebenar. Saya katakan begini, kerana seseorang yang lahir Islam juga harus melalui fasa ‘mencari’ agama yang sebenar. Dia kena lalui process soal jawab dengan diri sendiri – apakah agama yang sebenar, adakah Islam agama yang sebenar? Dan saya katakan, kerana kita lahir dalam keluarga Islam, kerja mencari kita menjadi lebih mudah, kerana sumber2nya berada di sisi kita. Dan ada risikonya juga lahir sebagai orang Islam, iaitu ia sudah berasa agamanya benar, lalu tidak diselidiki lebih mendalam, maka aqidahnya longgar. Dan risiko kedua ialah, kita dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan agama ini kepada orang yang tidak lahir sebagai Islam. Inilah kerja yang berat, dan kita sepertinya gagal dalam menyampaikan agama kita.
Islam agama hujah
Sebenarnya kita tak perlu takut berhadapan dengan dakwah kristian. Mereka sampaikan agama mereka, dan kita sampaikan agama kita. Mereka berhujah dan kita juga berhujah. Dan beginilah agama Islam ditegakkan di zaman Nabi SAW dan si zaman Khulafa ar Rasyidin. Yang benar pasti menang!














