Bismillahirahmanirahim,
Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud, di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, jika baik ia maka baiklah seluruh anggotanya, itulah hati. Menurut ulamak, yang disebut qalb dalam bahasa arab, jika diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi ‘heart’, iaitu jantung, organ utama yang menjalankan darah, dan inilah yang lebih tepat maknanya. Dalam bahasa arab sendiri, qalb merujuk kepada jantung. Namun dalam pembendaharaan bahasa melayu, ia diterjemah kepada hati, secara fiziknya bermakna organ hati. Namun, secara maksudnya, merujuk kepada maksud yang sama – qalb / heart/ hati yang dapat merasai pelbagai perasaan.
Dalam salah satu riwayat, Sabda Rasulullah saw:
Antara nasihat untuk mengubati hati adalah memperbanyakkan zikir DENGAN SEPENUH HATI di waktu pagi (selepas subuh) dan petang (selepas Asar) .
1. Istighfar 100 kali
2. Tahlil (Laa ilaha illaLlah) 100 kali
3. Shalawat 100 kali.
“ Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. (33:42)”
Mudah2an Allah beri kita kekuatan. Amin.













