Bismillahirahmanirahim,
Mencintai Allah dan mencintai Nabi Muhammad adalah fitrah (naluri) semulajadi manusia. Naluri semula jadi kita berterima kaseh pada orang yang sanggup menolong kita waktu kita susah. Kita berterima kaseh pada orang yang menjaga kita sewaktu kecil. Dia menjaga kita dari terjatuh telaga, terlanggar kereta, dari mudarat2. Kita berterima kaseh pada orang yang mengajarkan kita ilmu, dari ABC hingga mengira, dan akhirnya kita berkelulusan tingga dan mampu bekerja. Kita berterima kaseh pada orang yang menolong kita mencarikan pekerjaan. Dia mengambil kita bekerja dengannya. Kemudian dia berikan kita wang gaji buat kita membeli segala keperluan kita. Kemudian dia temukan kita dengan seorang perempuan yang dia tahu sangat padan dengan kita. Kemudian dia juga bagi wang belanja perkahwinan. Dia jaga makan minum kita sehari2, ketika kita sakit, dia lah yang tolong kita baik dari sakit. Kemudia, dia tolong kita dapatkan anak, seorang dua orang dan tiga orang. Dia tolong ketika isteri kita melahirkan anak2 kita. Kemudian Dia jaga anak2 kita pula. SubhanAllah, baiknya Dia.
Memang patut kita sayang Dia….
Dialah Allah Azza Wajalla, Yang Menciptakan langit dan bumi dan setiap yang hidup muka bumi ini. Dia lah yang pelihara semuanya…. Bukan saja diri kita yang dia jaga, bahkan segala yang ada di langit, dan segala yang ada di bumi. Walau sangat besar cekerawala yang dijagaiNya, sempat lagi dia menjaga kita yang sangat halus ini (dalam pandanganNya). Bahkan setiap keperluan dan pemohonan kita, Dia penuhkan dengan sebaiknya (di sisiNya).
Kemudian ada seorang bayi lelaki yang lahir ketika semua umat manusia dalam kejahilan. Dia lahir dari keluarga yang baik2. Ayahnya seorang yang baik dan ibunya juga seorang yang baik. Ayahnya meninggal sebelum dia lahir. Sesudah lahir, orang2 tertarik dengan bayi lelaki ini. Setiap yang berada dengannya, seolah2 bertambah baik. Seolah ada sesuatu pada bayi ini. Kemudian bayi ini membesar menjadi kanak2 yang baik, menghormati orang tua. Menyayangi ibunya. Otaknya sangat cerdas, sifat dia sangat baik. Percakapannya sangat lembut. Dia tak pernah buat perkara yang tak baik. Menghormati kawan2nya.Kemudian dia membesar menjadi seorang remaja yang tampan, ibunya meninggal dunia waktu dia 4 tahun lagi. Dia hidup dengan datuknya hingga umur 8 tahun, kemudian datuknya pula meninggal dan dia hidup dengan pakciknya. Sepanjang dia duduk dengan pakciknya, dia selalu tolong pakciknya memelihara kambing. Pakciknya seorang kaya, namun sebab sifat memuliakan tetamu, kebanyakan hartanya habis dalam menjamu tetamu dan menolong orang2 susah. Dia kemudian mula berniaga, dan sepanjang dia meniaga di pasar, dia tak menipu. Jika barang ada sedikit kerosakan, dia katakan dengan jelas pada pembeli. Mukanya sentiasa mesra dan manis. Dan ketika dia membeli barang, selalu dilebihkan bayaran supaya dia dapat menolong penjual itu. Sungguh baik orang ini. Kemudian dia berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat baik. Rezekinya terus bertambah, namun sifat menolong orang susah tetap berterusan. Kebangyakan hartanya sentiasa digunakan untuk menolong orang2 yang susah, peminta2 sedekah, ibu tunggal, anak2 yatim dan orang yang dizalimi. Dia buat ini tanpa disuruh, memang lahir dari hatinya yang sangat bersih.
Kalau kita jumpa orang seperti ini, mesti kita respect dan puji orang ini. Dan kita tahu, orang ini benar2 pernah hidup 1473 tahun dahulu di Makkah. Dan kepadanyalah, diturunkan panduan bagi setiap manusia. Hingga kini, kita menikmati ketamaduan manusia. Jikalah tidak diturunkan rahmat Allah melalui beliau, pasti tidak ada ketamadunan yang wujud ketika ini. Manusia tidak akan kenal kemodenan, kerana kemodenan barat ketika ini semuanya berasal (induknya) dari ilmuan Islam. Tanpa Islam, Barat akan tetap dalam kegelapan. Bahkan dunia keseluruhan akan dalam kegelapan. Mungkin kita ketika ini menjadi hamba2 kepada raja2 dan orang2 kaya.
Jadi kit ingin mengenal siapa beliau, kerana kita kagum dengan beliau. Beliau telah bersusah payah mengharung jerih perit mengajarkan manusia yang jahil waktu itu. Hingga dia ditentang, dihalau dari tempatnya sendiri. Dipulau hingga menjadi sangat kurus, dicerca dan dituduh penjahat. Semata kerana dia mahu mengajar kebaikan dan kebenaran pada manusia, yang waktu itu sangat jahir. Dialah Muhammad bin Abdullah, Nabi dan Ketua (Imam) kita… Dia tidak pernah berehat walau sekejap pun tatkala bermulanya dia menerima wahyu ketika umur beliau 40 tahun. Beliau katakan pada isteri beliau, Khatijah… “mulai saat ini, tidak ada lagi waktu rehat bagiku..”
Jadi sifat semula jadi kita kagum, respect dan sayang orang yang sangat baik ini. Kita sayang pada beliau, sebab beliau banyak tolong kita. Dan kita sayang pada Tuhan yang mengutuskan Baginda dan memilih kita menjadi umat Baginda. Kerana, hingga kiamat pun Baginda akan menolong kita. Sebab itu kita sayang dia!! Dialah Muhammad SAW, insan yang paling baik di muka bumi!
Allahumma Shalli ‘ala Muhammad Wa’ala Ali Saiyidina Muhammad..
Wahai Allah, limpahkanlah Shalawat pada Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda…
Kami berterima kaseh pada Mu Ya ALLAH…
Playlist: http://www.youtube.com/playlist?list=PLB9F1EC7DAFB4CC54&feature=plcp













