Bismillahirahmanirahim,
Semoga pengkongsian ini memberi kebaikan pada saya dan juga sahabat semua.
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (59:18)
Antara maksud ayat ini, selain Allah menyuruh kita memikirkan bekalan untuk hari Akhirat, melalui ayat ini juga Allah menyuruh kita lihat apa yang kita buat hari ini untuk esok, dalam satu perkataan lainĀ Allah menyuruh kita “Planning” untuk hari esok (masa hadapan). Kepandaian kita planning untuk hari esok (masa depan) di dunia ini dapat menolong kita berjaya juga di akhirat.
Kata2 yang terkenal – “Fail to plan is Plan to fail”… bermaksud, gagal merancang bermakna merancang untk gagal…
Memang kita semua tahu bahwa planning ini penting – namun hairannya kita masih juga tak dapat buat plan!! Tahukah kenapa???
Allah membuka rahsiaNya melalui kalamNya – lihatlah bagaimana Allah menyusun firmanNya dalam ayat di atas;
Allah mulakan dengan turutan,
- Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
- hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat);
- dan bertakwalah kepada Allah,
Perintah (2) diapit dengan perintah bertakwalah dalamĀ (1) dan (3). Antara maksud bertakwa adalah ‘takut’. Bertakwa kepada Allah, bermakna takut kepada Allah dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Takut (fear) adalah kunci kepada membuat perancangan! Percayalah, kita tidak buat Plan kerana kita tidak berasa takut!
Perasaan sambil lewa adalah lawan kepada perasaan takut. Orang yang takut tidak akan sambil lewa. Contoh, orang yang takut anaknya tidak ada kasut baru dan beg baru bila masuk sekolah, dia akan mula memikirkan bagaimana untuk memperolehkan wang, berapa wang yang diperlukan, dan bila dan sempatkah dia membelinya sebelum sesi sekolah bermula. Lain pula orang yang sambil lewa (tidak takut), tidak dikesahnya.
Jadi kunci kepada mula membuat Plan adalah memikirkan kesan2 jika kita gagal – kita akan mula merasa takut.
Begitu jugalah Allah ulangi suruhan bertakwa pada (3) , supaya kita takut pula kalau kita tidak laksanakan Plan yang kita sudah lakukan. Dalam kata lain, kunci untuk kita mula laksanakan Plan kita juga adalah – merasa takut apa yang akan terjadi jika kita tidak buat apa yang sudah kita plan!
Allahu a’lam,














