Bismillahirahmanirahim,
Maha Suci Allah yang membimbing hamba2Nya.
Menurut pandangan orang alim, jika mengalami tanda2 ini: – hati tidak berhenti bercakap diluar kawalan. hati berkata2 perkara2 yang menyalahi apa yang sudah pun kita pegangi (yakini) selama ini. hati berkata perkara2 yang boleh membatalkan syahadah. cuba meng”anak” … Cuba “mengaku” itu..ini..Banyak lagi perkara2 murtad, syirik, dan kafir.
A’uzubillah minzalik (kita berlindung pada Allah darinya).
Sehingga kita menjadi takut.. apakah akidah kita sudah terbatal? apakah kita sudah … atau … ? Kita akan mula ragu2 adakah Allah akan mengampuni dosa kita yang besar ini?
InsyaAllah, fikirkanlah…. Allah Maha Tahu apa yang kita alami. Malah Allah lah yang membenarkan lintasan hati itu terjadi. Dia tidak akan menghukum hamba2Nya yang ingin mendekati diriNya dengan ikhlas. Apa yang dialami adalah ujian dariNya.. untuk betul2 berharap denganNya..meluruskan niat untuk mendekatiNya.. lebih mengenaliNya..
Untuk panduan, sekiranya lintasan hati itu datang secara tiba2 tanpa kita berfikir ke arah itu – maka itu adalah lintasan yang dibisikkan syaitan. Usah risau, tetaplah yakin Allah menerima Iman kita. Untuk membezakan lintasan hati itu dari iktikad kita atau dari bisikan2 syaitan,
assalamualaikum..
Alhamdulillahi Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah.. 1st, anta kene confirmkan, adakah bisikan dalam hati itu terhasil dari hati anta sendiri, ataupun terhasil dengan sendiri, tanpa anta yang memikirkannya(yakni bisikan syaitan).. sekiranya anta duduk diam2 saja..tiba2 hati anta berbisik berkenaan kewujudan Allah, maka itu adalah bisikan syaitan yang mendatangkan was-was.. semua orang akan mengalami masalah ini, termasuk lah para sahabat, para tabiin, orang awam, ulama’..melainkan para Nabi.. dan pernah sahabat-sahabat Nabi bertemu dengan Rasulullah, dan mengadu ttg bisikan hati mereka..mereka amat bimbang dek hati mereka yang berkata2 diluar kawalan, lalu dikira Allah menjadi murtad..akan tetapi, Rasulullah meredakan kebimbangan mereka itu, dengan ayat terakhir surah al-Baqarah, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”.. dan pada ayat ini, ada menyatakan, “ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”.. maka, sekiranya hati kita berbisik untuk melakukan kebaikan, maka kita melaksanakan kebaikan yang terbit dihati kita itu, maka kita mendapat kebaikan darinya.. sekiranya hati kita berbisik walaupun tanpa sengaja, untuk melakukan kejahatan, maka kita laksanakan apa yang terbit di hati kita itu, cthnya berkenaan Allah, syaitan melemparkan was-was dalam hati kita, lalu, kita membenarkan was-was berkenaan Allah, maka barulah dikira Allah.. adalah anta menolak apa yang dibisik syaitan dengan anta memohon pertolongan Allah, mengadu kepada Allah.. anta belum dikira murtad dan lintasan hati itu, tidak dikira Allah.. PETUANYA:- sekiranya berlakunya lintasan hati yang jahat, lebih2 lagi melibatkan hal tauhid, maka, berkatalah dalam hati kita,”Amantu billahil-’azim”..”aku beriman kepada Allah yang Maha Agung”.. insyaallah, lama kelamaan, lintasan hati yang jahat semakin lama semakin hilang.. *rujukan, Bahrul Madzi dan penjelasan dari Ustaz ana..
Source:http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=5803&pid=81016#post_81016
Berikut adalah panduan yang perlu kita cuba..
1. Tidak membenarkan hal yang disebutkan, seterusnya diucapkan (dengan berulang2 dengan memahami maksud)
- Ucapkan “Amantu bilLahi Wa rusulihi” - “Aku beriman kepada Allah dan Rasul2Nya”
- Kemudian berta’awuz (mohon perlindungan dari Allah)
antaranya Surah Al-Mu’minun ayat 97-98:
Tuhanku, aku berlindung padaMu dari bisikan2 syaitan
Aku memohon perlindungan padaMu, Tuhanku, dari syaitan mendatangi ku
3. Bersabar, yakin Allah tidak memberati hambaNya melebihi kemampuannya.
4. Teruskan lagi belajar ilmu Tauhid. InsyaAllah, Allah pasti menghilangkannya dari kita. Amin.
Sumber :
-
http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=92&t=39241
-
http://alamshah67.multiply.com/journal/item/356/Penyakit_Hati
Antara ayat yang menerangkan hal ini, adalah Surah An’am ayat 112-113. Mudah2an Allah memberi kita keimanan yang teguh pada ayat2Nya. Amin.
Belajarlah untuk beriman (percaya) sungguh2 pada Allah dan bertawakal (serah diri) padaNya. Nescaya, kita dapat kalahkan syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. (An Nahl, 16:99)
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (An Nahl, 16:100)
Dan antara pesan Nabi, sabda baginda
Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan, kerana dengan demikian kamu dapat kalahkan syaitan.
H.R At Thabarani.
HAFAL-LAH AYAT2 DIATAS, NESCAYA MENJADI KEKUATAN KITA MELAWAN SYAITAN LATNATULLAH
















saya selalu mengalami gangguan lintasan hati ketika baru dari tidur.. dan ia kadang kala amat menakutkan saya… tp saya saya yakin bahawa saya masih lagi cintakan islam dan Allah itu adalah tuhanku..
Salam noraini,
Semoga Allah merahmati kita semua. Amin. Hanya dengan RahmatNya kita mampu lakukan semua ini.
wasalam.
assalamualaikum wbt…
mashallah……
sy trcari2 jwapan kpada masalah ni…
Alhamdulillah….syukur sgt sbb tmui artikel ni….
sy mngalami masalah lintasan hati dah hampir sebulan…..
stiap hari, pagi petang malam..mcm2 lntasan y dtg….
smuanya di luar batas pmikiran…
smuanya y mnakutkan….
sy hampir berputus asa kerana terlalu takut…
kepala sy sakit hari2 memikirkan hal ini…..
trima kasih..smoga Allah melimpahkan rahmat dan barakahNya buat kamu…
artikel ini menaikkan kembali semangat sy…
Salam Nur Adilah, semoga Allah menggolongkan kita bersama2 dengan orang beriman. Amin..
Sent via BlackBerry from Maxis
saya dah hampir dua bulan diganggu dengan lintasan2 hati ini.. kadang-kala saya rasa down.. sebelumnya saya ingat ini adalah masalah terpecil Alhamdulillah saya lihat bukan saya seorang sahaja yang menerima ujian daripada Allah..
salam…sy nak bertny sikit….sekiranya kita terpikir ke arah sesuatu yang tidak di ingini dan kemudian di susuli dgn lintasan hati…adakah lintasan hati itu dari kita sendiri atau dari syaitan? dan adakah kita dikira berdosa?….tlg jwb ye…..
Bismillahirahmanirahim,
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (2:225)
Ayat diatas menjelaskan Allah menghukum perkara yang disengaja oleh hati. Mohon ampunlah pada Allah, Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
Mari kita berdoa:
“Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” (2:250)
Mudah2an kita sama2 ditingkatkan iman dan taqwa. Kunci iman adalah ilmu, maka marilah kita sama2 mendalami ilmu Islam.
Wasalam,
salam….shukran atas jawapan di atas….saya ad satu lagi soalan ingin bertnya….mcmana kita nak bezakan lintasan hati itu dtg dri kita sendiri atau dari syaitan? sebab kdg2 lintasan hati ni dia dtg secara tiba-tiba, kdg2 confius adakah dari diri sendiri atau sebaliknya.
Waalaikumusalam Farah,
Secara mudah, “kalau dtg secara tiba-tiba…ia datang dari syaitan”
Lintasan yang berasal dari kita sendiri.. biasanya dimulai dengan kita sendiri yang memikirkan perkara itu dengan sengaja.. kemudian kita mengiktikadkan (menyimpulkan) dalam hati sesuatu yang bathil.
Saya telah kemaskinikan tulisan diatas dengan memasukkan petikan nasihat dan hadis dari sumber rujukan.
Allahu a’lam.
salam….shukran atas jawapan tersebut…saya pun mengalami penyakit mcm ni jgak…. lintasan hati saya selalu dtg berulang-ulang, dia selalu menyebut perkara tersebut berulang-ulang. saya sedaya upaya menepis lintasan tu tp still dtg jgk….kdg2 rasa mcm nk menangis, fikiran serabut, diri tak terurus…saya jd mcm ini sejak hbs belajar u, memandangkan plk saya masih belum bekerja….sy tak tahu smp bila akan jd mcm ni.
terima kasih atas perkongsian yang saudara berikan..saya akan berusaha amalkan dan praktikkan agar saya terlindung daripada penyakit seperti ini. YA ALLAH……
assalamualaikum wbt..
saya nk tny..ketika solat berlaku lintasan hati tiba2 terniat pkara y mbatal kan iman spt kluar dr agama islam..saya sangat tkut dan saya mengucap dan mengulangi wudhuk dan trus solat..kerana takut solat terbatal..berulang kali sy mengambil wudhuk dsb kn lintasan hati y mbatal kan iman…saya baca buku solat..antara terbatal solat adlh murtad sma ada terniat sgja atau tak..shingga kn saya solat taubat stp hari kerana takut iman y tlh terbatal..sehingga sy nangis..sy salu berdoa agr ditetapkan iman..tapi ia ttp berlaku tnpa sy ingini..bagaimana dgn solat sy diterima /x?tolonglah saya..
bukan niat sy nk kluar agama.tp seolah-olah bermain di fikiran smsa ambil wudhuk n solat…Ya Allah..
Salam Liyana,
Subhanallah, betullah seperti sabda Nabi, orang yang memperoleh iman yang sebenar pasti melalui hal ini. Tahniah saudari, Nabi berpesan supaya bersabar dan memohon pertolongan Allah. Nabi membaca ayat terakhir surah Al Baqarah, mafhumnya Allah tak menguji seseorang melebihi kemampuannya.
Pesan saya, sabarlah…ramai lagi org2 yang melalui hal yang sama seperti saudari. Insyaallah, hal ini pasti berlalu. Saya pernah bertanya pada ibu saya, beliau sendiri mengambil masa yg lama sebelum berjaya melepasi hal (peringkat ujian) ini.
Berdoalah dan menangislah pada Allah, pasti Allah memberi petunjuk.
Wasalam
Sent via BlackBerry from Maxis
assalamulaikum w.b.t…
saya ingin bertanya kepada saudara. begini sejak akhir-akhir ini lintasan hati tentang murtad selalu mengangu saya. tp yg lebih teruk sekarang, seolah-olah lintasan itu menyuruh saya untuk melafazkan dgn mulut. saya tidak mahu menyebutnya. saya amat takut. hari-hari saya tidak tenang, selalu murung. entahlah saya tidak tahu nk buat mcmana dh.rasa macam nak gila pun ada…saudara tlg beri penjelasan….ya allah.
Waalaikumusalam hana,
Semoga tabah menghadapi ujian ini. Renungilah satu2 perenggan dalam tulisan di link dibawah, mudah2an Allah beri kekuatan untuk melawan bisikan syaitan.
http://alamshah67.multiply.com/journal/item/356/Penyakit_Hati
Wasalam,
assalamualaikum , saya ingin bertanya…seperti mana yang semua kita tahu hanya ALLAH sahaja yg mengetahui apa yang berada dalam hati kita. tetapi persoalan di sini adakah syaitan laknatullah mengetahui ape yang berada dalam hati kita…harap di perjelaskan. wasalam.
assalamualaikum..time kasih atas jwpn n nasihat abu aaqil..sy mgadu hal ni kpd kwn2 sy y lbh tahu agama n sy turut search intnet mgenai mslh bkaitan pykt sy n cara mgatasinya…kwn sy bgtau bhw waswas ni permainan syaitan..Allah mbenci org yg was2..seolah2 kita mgkut suruhan syaitan…
orng yg waswas kne baca لا إله إلا الله
baca sblm nk takbiratulihram
syaitan akn jauh diri dia bla dgar kalimah ni
bleh gak bca أعوذ بالله من الشيطان الجيم
pas 2 diikuti dgn 3 kali baca اللهم إني أعوذ بك من الشيطان الوسوسة خنزب
bykkan zikir kpd Allah..setiap kali lps solat mesti zikir..paling kurang pun buat yg nabi ajar tu..yg subhanallah 33x alhamdulillah 33x dam allahuakbar 34x..tapi seelok2nya kalau boleh biarlah kita zikir setiap masa dan nafas kita tu sentiasa ingatkan Allah..dan amalkan basmallah apabila nk lakukan sesuatu kerja..dan sebelum tidur baca ayat qursi dulu paling kurang sekali atau baca 3qul kemudian tiup kat tapak tgn dan sapu seluruh tubuh tanpa mengangkat tgn tu..Insyaallah syaitan akan menjauhi kita..(nsht drp kwn sy)
sy cube amalkan..n alhamdulillah smkn kurg..tp kdg2 x ok blik..sy trus ingat Allah..n mengucap n zkir klu sy lalai n fkiran melayang..pkra pykit hati sy blaku slps sy tamat bljr ipt.. mse bln puasa bru thn ini tdetik kt hati utk bljr al-quran..dan sy tros p kls al-quran..coz bcaan sy msih tgagap..dr situ sy lhat bacaan al-ftihah sy de tjwid y xbtul..sy bfikir sjenak..adkh solat sy dtrime slma sy hidup dsbkn kslhn bcaan tjwid ftihah..sy cuba baiki solat n cuba khusyuk fhami mkna fatihah n bce dgn tjwid y btul…slps 2 sy bce bku ttg solat bhw x sah solat adlh murtad smada niat sgja /x..maka prlu perbaharui iman dgn mgucap n ambil wudhuk lg ..sjk 2 la dtg niat bkn2 spt kluar agama, niat agma kristian xkire mase, wktu solat.sy cuba nafikan n mgucap berulg2…sy cube utk solat awl wktu..tp pkra2 lintasan hati mbtalkan iman trus bmain kt fkiran mybkn sy ambil wudhuk byk kli.mse solat pula, smkn sy cuba ingt mkna surah, stp rukun solat n fhmkan, niat chris dtg dlm hati sy..rse nk ngis ..tp sy ttp truskn solat smp hbs..hal ini mybkan sy dmarahi fmily coz brulg ke tnds n dmrahi semua hal jd lmbt..sye rse menyesal coz sy xdpt solt awl..ttp lewat solat.kdg2 tlwt stgh jam…stp ari sy pk klu iman sy tbatal,cmne ibadt,solt sy?dtrime /x..shingga sy pk azab sy d kubur n akhirat..sy tkut n xnk dgolong kafir dan munafik y dcmpak ke neraka jahanam..dsb takut iman btal sy solat taubat stp ari..pykt ni wt sy rse x terurus, x mimikirkan org lain,hal2 lain mjd lmbt..sy try kuat kan diri sy utk mlwn prsaan was2 n yakin pd Allah..sy bkan lah org y baik n solehah..tp sy try usaha utk brubh jd baik….tkdg sy lalai juga..
assalamualaikum ….information yang bagus..blh di kongsi bersama…saya plk lintasan hati tentang murtad alhamdulillah dh hilang….tapi ada masalah baru tiba-tiba lintasan untuk membunuh dtg, dia suruh saya membunuh tp saya lawan. saya takut, hari2 menangis…dah mcm2 perkara sya bt sy dh cuba ingatkan benda lain tp still dtg…pastu saya rasa otak sya dh mcm nk gila…saya takut. kdg2 kepercayaan saya kepada allah jadi berkurangan sebb masalah ini…saya dh cuba sedaya upaya utk ingt allah, tp xblh dia masih xhilang dan berada dlm kepala saya…dan waktu tidur saya tergangu, saya xblh tidur 2 mlm…walaupun saya mengantuk tp mata xblh nk pejam…sya jd macam celaru, kdg2 dh mcm xkenal diri…dulu penah mcm ni tp alhamdulillah saya blh atasi, tp sekarang dia jd kembali…saya harap tlg la bg penjelasan tentang masalah saya ini. saya tak mahu membunuh org, xnk aniaya org….sya harap antum semua jgn salah anggap kepada saya.wasalam
Bismillahirahmanirahim,
Waalaikumusalam,
Saya bukanlah orang yang arif. Buat Liyana, Alhamdulillah.. teruskan amal seperti yang telah saudari terangkan dan mohonlah pada Allah, supaya ditetapkan kesabaran. FIrman Allah: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (2:214)
Buat Hana, bersabarlah…janganlah sesekali meragui Allah. Firman Allah, …Dan janganlah kamu membunuh dirimu ; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29). Bermakna Allah sungguh-sungguh amat sayang pada mu..
Dan bertawakal lah pada Allah… pengalaman saya, kunci kepada perasaan was-was adalah tawakal. Ayat ini secara peribadi amat memberi kesan kepada saya. Mengapa tidak kita bertawakal pada Allah, sedangkan Allah lah yang menunjukkan jalan kepada kita, sedangkan sebelum ini kita tergolong dalam golongan orang2 yang lalai. Firman Allah:
Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri”. (14:12)
Ya Allah, tunjukkanlah pada kami jalan yang lurus. Amin.
Semoga kita sama2 dapat manfaat. Allahu alam.
Wasalam,
assalamualaikum w.b.t saudara Abu Aqil…terima kasih atas penjelasan saudara…tetapi saya hemdak tahu mcmn yang di maksudkan dgn tawakkal? mcmna nak mendidik diri untuk bertawakkal? wasalam
macm mane ye jika ketika sy termempertikaikan ayat Al-quran tanpa sy sedari ketika sy solat.sampi satu tahap br sy sedar ape yg sy fikir tu x sepatutnya difikir bg seorang muslim.
Waalaikumusalam,
Seperti yang Hana tahu, tawakal bererti ‘mewakilkan’, ‘mempercayakan’. Maka bertawakal pada Allah, bermakna mempercayakan pada Allah.
Bukan mudah untuk kita mempercayakan diri kita pada seseorang..melainkan bila kita sudah kenal hati budinya. Begitulah, untuk kita bisa mempercayakan diri kita pada ALLAH, hendaklah terlebih dahulu kita mengenal diri-Nya. Belajarlah ilmu Tauhid, dan mohonlah agar diberi ilmu mengenali-Nya. Insya Allah, kita akan bisa bertawakal kepada Allah – Rabb – Pencipta, Pemilik, Penguasa dan Pembimbing sekelian alam – roh, dunia, barzah, dan akhirah.
Assalamualaikum hamba Allah,
Saya bukanlah orang yang arif, sekadar menjawab apa yang saya ketahui. Pertama2nya semoga kita sentiasa memohon ampun atas segala dosa2 kita, sama ada yang sengaja atau tidak disengajakan, sama ada yang terang atau yang kabur. Mudah2an Allah mengampuni kita dan membimbing kita ke jalan-Nya yang lurus. Amin.
Yang boleh saya faham, perkara yang saudara alami adalah “ter”, bermaksud anda tidak sengaja memikirkannya. Tiba2 anda terfikir mengenainya. Saya fikir itu adalah bisikan2 syaitan latnatullah yang sentiasa cuba mengganggu kita ketika sembahyang. Saya khuatir kita sebagai manusia “terikut-ikut” dengan bisikan2 syaitan, lalu memanjang2kan fikiran kita. Sebaiknya kita sentiasa berwaspada. Eloklah, saudara tersedar dan beristighfar.
Allah menyebut dalam surah Yassin, janganlah kamu menyembah syaitan, sungguh2 syaitan adalah musuh kamu yang nyata. Antara maksud “menyembah” adalah mengikut2 langkah (hasutan/bisikan) syaitan. Allah lantas menyeru supaya menyembah-Nya, itulah jalan yang lurus. Iaitu menetapkan hati pada Allah.
Firman Allah:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”, (36:60)
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. (36:61)
assalamualaikum , saya ingin bertanya…seperti mana yang semua kita tahu hanya ALLAH sahaja yg mengetahui apa yang berada dalam hati kita. tetapi persoalan di sini adakah syaitan laknatullah mengetahui ape yang berada dalam hati kita…harap di perjelaskan. wasalam.
Salam,
sudah lama saya mengalami penyakit ini..lintasan murtad… saya sedih, saya rasa seperti hilang arah.. saya takut Allah tdak mengampuni dosa saya…
Saya juga mempunyai penyakit was2 yang sgt teruk… adakalanya saya keliru adakah bisikan itu adalah dr diri sendiri atau syaitan. adakah sebab saya terfikir perkara itu..seterusnya..lntasan itu dtg.. mnjadi kan saya murtad? Saya takut… especially bila baca surah ni:
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (2:225)
..sedangkan saya keliru lintasan itu benar2 terjadi atas kehendak sendiri (sendiri fikir) atau lintasan dr syaitan… solat saya terganggu. tidak dapat khusyuk.. takut sekiranya solat tidak sah…
=(
saya tak mampu bercerita dgn rakan2 atau keluarga.. hanya Allah saja tempat mengadu….
Assalamualaikum hana dan SAAR,
buat hana – insya Allah saya akan jawab bila saya dapat jawapannya. Semoga Allah melimpahkan kita ilmu untuk jalan pulang kepadaNya. Dan semoga Allah mengurniakan kearifan untuk menjadi jalan kepada maslahat ummat. Amin.
buat SAAR – merujuk ayat surah 2:225, ‘sengaja’ yang dimaksudkan itu adalah kita berasa ‘senang hati’ dengan apa yang kita ‘katakan/fikirkan’ itu. Selagi SAAR berasa ‘khuatir’ atau ‘takut2′ tentang apa yang SAAR ‘katakan/fikirkan’ itu, bermakna SAAR bukanlah menetapkannya di dalam hati. Allahu a’lam.
memang benar seperti SAAR katakan itu, penyakit was-was ini boleh buat kita hilang arah, dan menangis. Merayulah pada Allah, minta ‘petunjuk’ dariNya. Dia Amat Dekat….
Serahlah masalah ini padaNya, ingat2lah kata2 Allah ini….
Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri”. (14:12)
Semoga Allah yang maha melihat setiap apa yang kita kerjakan, melimpahkan Taufiq (kekuatan) dan Hidayah (petunjuk/jalan)-Nya kepada kita, aminn…..
ustaz,
mungkin menyimpang sedikit. saya mempunyai kemusyikaln.
perasaan was was menebal buat hiduap saya susah.
sekarang mengalami kesukaran untuk membaca fatihah dgn lancar.
bacaan saya sebagai perempuan begitu kuat kerana saya tidak yakin dgn makhraj dan tajwid saya.
saya cemburu tgk org lain mampu bersolat tanpa perlu menguatkan bacaan.
org ckp biar dgr di telinga, tapi saya cuba.. x mampu…
bila saya cuba rendahkan suara, saya sering mengulang bacaan…
bila part…
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
saya mula hilang nafas… saya rasa susah sgt. Ya Allah…
sedih nya Allah saja yg lebih tahu. Adakah boleh saya berhentikan bacaan pada 1:6.. amik nafas dan sambung 1:7?
Saya rasa putus asa dgn diri sendiri.
Belajar di luar negara, dgn dugaan musim sejuk sekarang…
ingin ambil airsembahyang asyik was2 sebab rasa mcm terkentut…
maaf kan saya ustaz byk persoalan…
sya x mampu simpan hal ni sorang2…
Bismillahirahmanirahim,
Mudah2an keterangan dari Ustaz Azhar ini dapat membantu saudari mengatasi perasaan was-was.
Kata beliau, hendaklah kita berhenti dari mengulang semula. Nescaya syaitan yang jahat itu akan berputus asa. Tetapi jika kita mengulangi juga, bermakna kita menyayangi syaitan.
Saya boleh beri contoh dalam masalah saudari:
hendaklah bila saudari berasa was-was tentang makhraj dan tajwid semasa membaca Al-Fatihah, cakaplah dalam hati “biarlah salah.. ”
Dan hendaklah bila saudari berasa was-was tentang terkentut semasa sedang berwuduk, cakaplah dalam hati “biarlah kentut, takpe..”
Ini adalah cara melawan tipu daya syaitan yang diajar oleh alim ulama’. Jangan risau tentang Allah tidak menerima amal kita. Kerana suruhan ini sendiri dari alim ulama’ yang arif ilmu mereka tentang suruhan Allah. Allah tahu mengenai masalah ini, kerana itu Dia turunkan surah An-Nas.
Mengenai wakaf pada bacaan Al-Fatihah, bukankah 1:6 adalah satu ayat? Bukankah berhenti pada akhir ayat adalah paling afdal? Siapa kata tidak boleh berhenti?
Mulakan ayat 1:7 dengan nafas baru, dan jika tak cukup nafas untuk habiskan, boleh berhenti pada عَلَيهِمْ
Mulakan غَيرِ المَغضُوبِ dengan nafas baru. Tidak ada kesalahan. Jika ada yang mengatakan salah, sila suruh kemukakan dalil2 dan nas yang sahih.
wallahua’lam.
ustaz, pernah dgr angin keluar dr faraj tak? mcm mana dgn solat bg perempuan. kalau saya jenis yang mmg tiap kali solat dan berwuduk mmg keluar je angin.
apa patot saya buat. ada yang ckp batal wuduk,
rasanya mazhab hambali kata boleh.
tapi ada org ckp, mcm istihadah atau kencing tetas.. ambil je air smyg, kalau keluar pon biarkan… pastu air smyg tu untuk 1 solat fardhu je.
boleh ustaz lebih jelaskan x?
Salam sha,
Terima kaseh kerana bertanyakan soalan yang sha inginkan penjelasan. Sebenarnya saya bukanlah ustaz dan tiada tauliah dalam memberi pendapat. Maka pendapat2 mazhab yang sha jelaskan itulah yang kita guna pakai. Saya yakin, sha sudah melayari site ini untuk jawapan. http://fitrahislami.wordpress.com/2011/06/25/keluar-angin-dari-kemaluan-hadapan-faraj/
Sya ada pilihan untuk berpegang pada ijmak ulama ATAU pendapat Imam Malik. Yang saya tahu, Imam Malik juga mengalami masalah kentut tak terkawal dan kencing tak dedas selepas disiksa oleh Gabenor Madinah semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Jadi dia mengelaskan masalah keluar angin dari faraj adalah perkara yang jarang2 berlaku, dan bukanlah seperti masalah kentut tak terkawal dan kencing tak dedas. Allahu a’lam.
assalamualaikum saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya..begini semalam dia ada terbaca dalam suatu article sekiranya seseorang itu berkata “merry christmas” kepada org lain, dan org itu menjawab balik maksudnya mensyirikkan ALLAH kerana bersamaan kelahiran “jesus christ”. selepas itu pada pagi ini dia telah menceritakan kepada emaknya tentang pendapat itu, waktu dia menyebut dgn mulutnya “jesus christ” itu tiba2 ada suatu lintasan hati menyebut yang benda itu tuhanya….selepas itu dia amat susah hati takut murtad. jadi saya nk tny pendapat saudara adakah kwn saya boleh murtad sekiranya jadi hal seperti ini maksudnya hanya dlm hati, selepas itu dia mengucap balik….
Assalamualaikum saudara,
Semoga Allah yang Maha pengampun mengampuni kita dan memberi hidayahNya kepada kita.
Saya bukanlah orang alim, saya menjawab sekadar pengetahuan yang saya ada saja.
Seseorang boleh murtad kerana perbuatannya, percakapannya, dan iktikad dalam hatinya. Ada pun dalam hal saudari ni seolah lintasan itu datang tanpa diundang. Maka ia seolah bisikan syaitan ke dalam hati manusia. Syaitan (khannas) mmg tugasnya untuk membisikkan kedalam hati manusia perkara2 bathil. Inilah antara sebab terjadi lintasan hati. Kita tidak boleh kawal lintasan hati ni melainkan dengan pertolongan Allah. Dan apabila ia berlaku, buatlah seperti yang saudari ceritakan itu, iaitu beristigfar dan bersyahadah, DAN YAKIN lah Allah tahu semua itu. Dan aqidah kawan saudari masih tetap kerana dia tidak mengiyakan lintasan hati itu.
Allahu a’lam.
Sent via BlackBerry from Maxis
assalamualaikum
seperti korang sumua, sy pun selalu mengalami lintasan hati yg mcm2.
dulu, sy pun selalu was2 tntg kewujudan Allah. tp alhamdulillah, skrg rsa was2 tu da ilang.
skrg, lintasan murtad pula yg muncol.
da hamper hari2 sy mngalaminya. pda mulanya sy tahu itu hanya bisikan syaitan smata mata dan sy bjaya mnolaknya..tp makin lama lintasan tu rsa mcm…bukan lintasan..mcm, tu semua dtg dr hati sy sendiri. sy keliru ustaz. sy tkut utk jtuh murtad. sy tkut Allah murka. sy tahu murtad tu dosa besar. sy mmg ingin jd org islam yg btol2 beriman. sy cemburu dkt kwn2 sy yg x pnah mgalami bnda mcm ni.
sy tkut lintasan murtad tu sbnrnya niat sy. tp mslhnya sy x mahu murtad!! sy keliru ustaz. mcm mana nk hilangkn bnda2 cmtu?
jika btol itu niat sy, mcm mana nk mnolaknya?
atau adakah sy jni munafik?? sy keliru ustaz. tolong selamatkn hamba Allah yg lemah ini. stiap hari sy menangis sbb tkutkn hal ini.
sbgai tambahan:
sy tlh mmbaca post SAAR. dan ustaz ckp jikalau sy brsa sng hati dgn nya, ertinya sy tlh mnetapkannya dlm hati.
sy slalu bmonolog mcm ni:
“klu aku murtad,kn bebas?”
“astaghfirullah. klu kau murtad,baek mati aje. Allah x ske org murtad”
“tp ari2 kau asyik nangis tkut murtad. baek murtad trus. kn slesai?”
“X NAK. org murtad klu x smpt taubat konfem msok neraka.”
sy x tau sma ada sy x rse tkut sbb:
1.sy tau x blom murtad.
2.sy da murtad.
mana satu ni??
lps tu klu sy nk solat msti mcm:
“asl solat?kn murtad”
“mne ade blom lg!!mseh islam”
“jgn tipu diri sndiri”
klu nmpk berita maut kat surat khabar:
“essshhh. takutnya..”
“tau takut. mseh nk murtad lg?”
“x nk. aku janji psni aku xkn rse cmni lg.”
bila tringat yg Allah maha mengetahui:
“alamak. Allah tahu ape yg aku fikir selama nih!”
“baru sedar ke??!!! Allah tahu. tmasok hal2 murtad tu semua.”
“tu bukan aku kn?klu aku murtad,kenapa aku solat td?dan aku solat sbb Allah sroh solat. bnoh semut pun aku tkut sbb aku tkut tu dosa.xkn nk dikire murtad klu aku tkutkn Allah.”
sy keliru dgn diri sy sndiri . sy ni mcm “nk murtad tp x nk sbb takut” “nk islam tp kdg2 terlintas sal murtad”.
Waalaikumusalam saudari bibi,
Subhanallah, semoga Allah jadikan saya atau saudara2 yang lain jalan untuk membantu saudari. Hanya Allah lah tempat kita meminta tolong.
Allah berfirman:
Semua orang akan menangis, begitu juga sahabat2 Nabi Muhammad dahulu. Sehingga sahabat berasa takut untuk menceritakan pada Nabi. Nabi bertanya adakah kamu semua mengalami perkara yang sama, mereka jawab Ya. Nabi beri khabar gembira – Itulah iman yang nyata.
Maksudnya adalah perasaan seperti ini tidak akan menghinggapi seseorang kecuali bila imannya benar-benar nyata dan murni. Keimanan yang tiada keraguan lagi di dalamnya. Kerana perasaan was-was sentiasa menyusup dalam hati orang tersebut sehingga mengeluarkannya dari keimanan.
Dalam Shahihain dari riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
“Rasulullah bersabda, “Syaitan akan mendatangi salah seorang di antara kamu seraya berkata, “Siapakah yang menciptakan demikian?” Siapakah yang menciptakan demikian?” Hingga ia berkata, Siapakah yang menciptakan Allah? Nabi bersabda, “Apabila ia sudah sampai seperti ini, maka hendaklah ia segera beristi`adzah (memohon perlindungan) kepada Allah dan berhenti.”
Dalam hadis di atas, Nabi menyebutkan dua ubat penyakit was-was.
1. Beristi`adzah kepada Allah. Yaitu mencari perlindungan kepada Allah, dan bertawakkal kepada-Nya. Sehingga ia boleh selamat dari penyakit berbahaya ini.
2. Berhenti. Yaitu berpaling dari angan-angan dan perasaan was-was ini.
Jadi hendaknya ia berpaling dari perasaan was-was tersebut dan terus berjalan mengarungi kehidupannya maupun dalam mengerjakan amal kebaikannya.
http://alamshah67.multiply.com/journal/item/356/Penyakit_Hati
Dan sebaik2 jalan, adalah yang ditunjuki oleh Rasulullah SAW.
Allahu a’lam.
Assalamualaikum.
terima kasih atas nasihat yg diberikan.
sy ingin tanya lg ustaz.
kalau sy rasa mcm ada sstu dlm diri sy yg mnarik sy untuk keluar Islam,bagaimana?
dan setiap kali sy nmpk pkataan “keluar islam”, sy rse sstu ustaz. rse mcm nk murtad. sesiapa yg membaca ini, bantulah sy . sy takut sy btol2 murtad.
setiap kali saya berkata pada Allah sy tidak akan murtad mesti lintasan “mungkin satu hari nnti aku murtad kot” yg muncol. adakah itu sy?
mungkin sy ada niat untuk keluar islam, tp sy x nk menerimanya kerana sy x nk murtad!!! sy sangat2 takut dan stress!!!!!
maafkan saya jika saya membeni ustaz. sy ingin menyelamatkn diri sy. sy x nk masok neraka. sy sgt2 tkut. sy rndu Allah. sjk lintasan ini berlaku, sy rsa seperti Allah membenci sy kerana asyik berasa was2.
*maafkan saya jika saya membebani (salah taip)
TOLONG LA SAYA. SAYA HAMPIR GILA!! SAYA SANGAT TAKUT!!! SY X NK MENERIMA NIAT MURTAD!!!! SAYA SUMPAH SY MAHU ISLAM SAMPAI MATI!!
sy sangat2 memerlukan bantuan korang. apa yang harus saya buat???
Bismillahirahmanirahim,
Merayulah bersungguh2 pada Allah, mohonlah pentanda bahwa Allah mencintai saudari. Sungguh, saya dan saudara2 yang lain juga mengalami sama sekali dengan yang saudari alami. Menangis dan hampir gila. Tapi benarlah Dia SANGAT BAIK… Ingin sekali saya berkongsi pentanda yang Allah tunjuki pada saya, tapi saya khuatir pada fitnah. Maka jgn sesekali berputus asa atau bersangka buruk pada Allah. Dia sedang menguji mu untuk Dia berikan sesuatu yang sangat bernilai. Demi Allah, ikutilah bersungguh2 nasihat Rasulullah, bersabarlah, suatu masa nanti ia pasti berlalu.
Sent via BlackBerry from Maxis
Alhamdulillah rupanya saya tidak keseorangan. terima kasih ustaz. semoga ustaz sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. minta maaf sekiranya sy agak biadap. tadi sy hampir gila.
salam BIBI
saya sha… mengalami masalah yang sama juge…
tapi sejak akhir2 ni benda tu da kurang
Allah bg ujian tu bersebab..
selagi kita deny apa juga lintasan hati tu.. insya Allah.. kita selamat.
nasihat saya, jangan terlampau layankan perasaan tu..
sungguh mula2 die berat.. tapi insya Allah.. trust Allah..
benda tu akan makin hilang…
kalau datang sekalipon, ingat.. itu bisikan syaitan untuk sesatkan kita.
semua tu berlaku pon dengan izin Allah
Allah takkn lakukan sesuatu tu sia-sia..
saya nk berkongsi kata2 seseorang,
kalau tuhan masih belum berputus asa dgn kamu, kenapa perlu kamu?
Salam and jangan give up ok..
Love,
sha, masih berusah untuk mengatasi lintasan hati..
salam semua
trima kaseh sbb sudi membantu sy. sy syuko sesangat sbb dpt jmpe korg.
akak sha dan ustaz abu aaqil,
adkh korg mngambil msa yg lama utk hilangkn lintasan tu?
Bibi,
I’m 23 this year.. kakak eyh? haha..
Entah la, lama atau tak susah nak cakap.
Sebab benda tuh still ada dgn saya.
masih ada terlintas juge.
Takot mmg takot…
Tapi kena banyak bersabar…
akak sha, i’m form 4 this year. heheh
so, kakak la kn?
. btw, mkseh kak sbb sudi bntu. hrp stu ari nnti kte dpt block lntasan tu abis abisan .. -AMIN-
Bibi,
Akak kena benda ni waktu end of 2010…
sme la. sy kene mse stat cuti skolah. pstu mkin trok. mcm2 lntasan kuar. akak, bleh bg email x?
salam. maaf jika sy tanya byk sgt soalan.
adakah kta mseh islam jikalau kita yakin yg Allah mseh anggap kita islam wlupun kdg2 kta terniat untuk murtad?
knapa lntasan ini smkin hari smkin parah?
bleh x tolong kongsikan cara korg mngatasi lntasan itu?
Salam bibi,
Semoga jawapan ringkas saya sedikit sebanyak menolong adik,
adakah kta mseh islam jikalau kita yakin yg Allah mseh anggap kita islam wlupun kdg2 kta terniat untuk murtad?
- Ya, selagi adik melawan dan tidak berputus asa dengan bisikan murtad itu.
knapa lntasan ini smkin hari smkin parah?
- Mungkin antaranya sebab adik kurang melawan. Katakanlah “aku tahu kau syaitan, kau cakap apa pun lantak lah, aku tak mau layan..!”
bleh x tolong kongsikan cara korg mngatasi lntasan itu?
- Dengan ucap “a’azubillah himinasyaitanirajim” – macam adik minta tolong pada orang yang sedang dengar permintaan tolong adik – Dia lah Allah.
- Berpalinglah selepas itu. Maksud berpaling ialah jangan layan, buatlah hal lain dari melayan monolog tu.
- Ingatlah sabda Nabi :”Simpanlah lidah mu kecuali pada menyebut kebaikan, kerana dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan”. Maka hentikan monolog, dan sebutlah zikir banyak2 memuji Allah.
Allahua’lam.
Sebagai tambahan:
salam…saudara saya nk bertanya adakah hati yang mati boleh dihidupkan semula?
salam..bibi akak simpati apa yang berlaku keatas awak…akak pun mengalami nasib yang sama…sabarlah dik…insyallah ALLAH pasti akan menolong hambanya….=)
Waalaikumusalam hana,
Terima kaseh kerana bertanyakan hal ini – insya Allah saya menjawab sekadar yang saya tahu.
Ulama membahagikan hati kepada 3 – hati yang hidup, hati yang sakit, dan hati yang mati. Hati yang hidup adalah hati yang bila disebut nama Allah, maka akan bergetar hati itu (kerana ketakutan akan kebesaran Allah). Hati yang sakit, adalah hati orang2 yang fasiq – dia beriman tapi tidak beramal. Dia tahu Allah mewajibkan untuk solat, namun dia tidak mengerjakannya. Ada pun hati yang mati – hati yang jauh dari nur Allah. Bila disebut ayat2 Allah (Al Quran), dia berpaling dan tidak yakin. A’uzubillah minzalik.
Kita dilarang dari berputus asa dari rahmat Allah. Dia yang Maha kuasa, berkuasa mengubah hati yang mati kepada hidup dalam sekelip mata. Kita sebagai manusia, diwajibkan agar berdoa memohon hidayah (petunjuk, nur, cahaya) dari Allah, mudah2an Allah hati yang mati itu kembali hidup dan dekat kepadaNya.
Bagaimanakah harus kita berusaha menghidupkan hati yang mati? Hati yang mati ibarat satu jasad yang sudah lama tidak menjamah makanan. Sehingga, tiada lagi selera untuk makan. Maka, kita harus memaksa jasad tersebut untuk makan. Jika dia tak mampu mengunyah, kita harus menyuap yang lebih mudah, contohnya susu yang berkhasiat. Dari situ, sedikit demi sedikit, selera makannya akan kembali. Kemudian berilah selalu makanan2 yang berkhasiat. Itulah ibaratnya, jasad itu adalah hati, dan makanan itu adalah ilmu agama.
Imam Al Ghazali menyebut, dalam kitab beliau MUKASHAFAH AL-QULUB (Penyembuh bagi hati), antara langkah pertama seorang hamba ingin kembali mendekati Allah, ialah dengan bertaubat. Memohon keampunan atas segala kesalahan yang telah dia lakukan. Antara penyebab2 seseorang itu mahu bertaubat, bila dia menyedari keagungan Allah dan dia menyedari kekerdilan diri. Antara penyebab seseorang itu menyedari kekerdilan diri, adalah mengingati mati. Itulah kita dianjurkan supaya menziarahi orang sakit, dan mengiringi jenazah ke kubur. Kata ulama’, kematian adalah nasihat yang paling baik.
Allahua’lam.
Ya Allah, moga semua sentiasa dilindungi Allah
salam saudara…terima kasih atas penjelasan tadi. sejak akhir2 ni saya rasa hati saya macam hati mati…hati saya tidak terlintas yang bukan2, tp saya rasa hati saya kosong….apabila saya dgr ayat al-quran saya rasa xberkesan di hati. saya rungsing…saya nak menangis tetapi air mata saya xkeluar padahal saya sedih dgn keadaan diri saya….apa yang harus saya lakukan?
Salam hana,
Insya Allah dengan mempelajari asas-asas Aqidah, dapat mengubati hati kita yang kosong.
Boleh dengar :
http://chromosome.wordpress.com/2010/10/20/belajar-tauhid-complete-video-series/
Wasalam
Salam hana,
Saya ada berhutang satu jawapan terhadap satu soalan yang hana tanya dulu – tentang bagaimana seolah2 syaitan mengetahui apa yang di dalam hati kita. Saya juga tidak tahu jawapannya, maka saya sempat bertanya kepada sahabat yang lebih arif – bahwa benarlah Hanya ALLAH sajalah yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati manusia.
Pada pandangan beliau (sahabat saya), ianya bukan syaitan, tetapi hati itu sendiri yang berkata2… maka lintasan2 itu asalnya dari hati itu sendiri, bukannya dari bisikan syaitan. Menurut beliau, hati manusia sentiasa tak tenteram, hinggalah datangnya keyakinan melalui bukti2. Al Quran menceritakan cerita mengenai sifat hati ini, sebagaimana Nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah:
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.” Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?” Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: “(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): “Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (2:260)
Iman (keyakinan) hati memerlukan bukti, baru hati akan menjadi tenang. Sbg contoh, hati berkata2 isa itu anak tuhan – ini adalah process pertama dalam membina iman yang tulen. Dari hati yang tak tenteram ini, kita mula mengkaji – benarkah Isa ini bukan anak tuhan ? Mungkinkah Allah menciptakan seorang anak ? Kita perlu mencari bukti – adakah benar Allah Maha ESA?
Di sini lah perlu ada usaha dalam pembelajaran asas Aqidah – sama ada Sifat 20, Asma Wal Sifat, dan sebagainya. Logik akal mula memikirkan. Bagi saya, bukti Allah itu tidak ada anak – kerana hanya sesuatu yang lemah saja mempunyai anak, sebab yang lemah ini akan suatu hari nanti mati, kerana itu dia memerlukan anak bagi meneruskan zuriatnya. Manusia mati, sebab itu dia perlu anak untuk keterusan hidup manusia di muka bumi, jin juga mati seperti hadis Nabi berdoa “Ya Allah, Engkau tidak mati, sedang jin dan manusia mati…” (HR Bukhari 7383 – Muslim 717). Jin juga perlu beranak untuk keterusan hidup di muka bumi. Iblis dari kalangan jin (berasal dari api). Pokok2 dan binatang2 juga memerlukan anak kerana process yang sama.
Jadi Tuhan yang hendak saya sembah – mesti bersifat KUAT. Saya tak mahu sembah Tuhan yang lemah, yang kena ada anak!
Ia selari dengan Tuhan yang menurunkan Al Quran. Allah berfirman “Aku tak beranak dan tidak diperanakkan” (surah Al Ikhlas). Jadi saya sembah Tuhan yang menurunkan Al Quran.
Ini contoh process akal, bagaimana kita membina kenyakinan supaya hati kita menjadi tenteram. Banyaklah bukti2 akal (logik) yang dibentangkan dalam Al Quran supaya kita memahami dan menyakini pegangan kepercayaan kita. Untuk lebih mudah, banyak kajian2 telah dibuat, dan kita boleh baca dan memahami, mudah2an bertambah keyakinan (iman) kita. Insya Allah.
Boleh baca di sini : http://www.harunyahya.com/en.m_book_index.php
Wallahu a’lam.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
(Al-A’raaf 7:201)
assalamualaikum saudara…terima kasih atas penjelasan di atas..saya ada satu masalah, perkara ini berulang lagi, dahulu saya pernah bertanya di forum berkenaan ada lintasan menyuruh saya melafazkan perkataan murtad tapi saya tidak mahu…selepas itu saya sembuh, alhmadulillah, tp ianya jd kembali pada hari ini, smp sekarang saya tak tenang sehinggakan saya dh xkenal apa yang dimaksudkan “murtad”. kalau sebelum ini saya kuat boleh melawanya, tetapi hari saya xtahu kenapa? saya dh buat mcm2 berdoa, membaca mathurat, masih lg perkara itu mengangu saya, tlg la saya apa yg harus saya lakukan…
Bismillahirahmanirahim,
Hana, saya pasti ada nasihat yang baik dan berkesan yang hana amalkan sebelum ni. Maka saya sarankan hana cuba sekali lagi. Cara saya secara peribadi, ialah dengan tawakal (percaya) pada Allah dan berhenti risau tentangnya.
Definisi Murtad dari sudut bahasa diambil dari kata ‘radda’ iaitu bebalik semula atau kembali dari tempat datang. Dari perkataan ini juga menjadi perkataan ‘irtidad’ seperti digunapakai bagi menunjukkan Nabi Yaakob yang dapat melihat “kembali” setelah buta. Dari sudut syara’, ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam dengan kehendaknya sendiri.
Allah Maha Tahu masalah hana, mengadulah pada Allah, dan yakinlah Allah dipihak hana.
Wasalam,
wslm..sy pun antara orang2 menghadapi perkara yg sama tapi jenis lintasan yg berlainan dan memang dahsyat juga.Umpama diserang hendap oleh musuh,hati dan fikiran kita diserang oleh hasutan syaitan yg ghaib dari pandangan.Kita kena sentiasa set dlm diri bahawa serangan hendap boleh berlaku bila2.Anggaplah kita sedang berperang tanpa henti smpi mati,kena pandai mengelak serangan,memintas serangan,kena lawan,kena undur utk tukar strategi,tunggu dan lihat.Kurangkan dan elakkan buat perkara sia2 supaya perkara tu tak menjadi topik lintasan/serangan.InsyaAllah lama kelamaan syaitan akan berputus asa.Ape pun sentiasa berwaspada
assalamualaikum saudara…saya nk bertnya bg pihak kwn saya, begini ceritanya, dia ada terbaca dan terlihat artikel tentang perbezaan ketinggian nabi adam a.s dgn manusia sekarang, dlm artikel tersebut ada menunjukkan replika gambar baju nabi adam a.s. kebetulan dia tgok bersama keluarga dia, selepas dia ckp xpercaya betul ka tinggi mcm tu, sebb kdg2 dlm intenet xblh dipercayai, kemudian dekat perenggan atas dia ada terbaca artikel tersebut disahihkan didalam hadis rasulullah s.a.w, selepas itu dia rasa takut sgt,takut adakah blh menyebabkan murtad…jadi apekah pandangan saudara…sekian
Waalaikumusalam,
Terima kaseh hana – kerana saya juga sudah lupa tentang hal saiz Nabi Adam a.s ini. Apa yang kawan saudari fikirkan ketika terbaca dan terlihat artikel tersebut adalah normal, iaitu kita akan berasa pelik dan takjub. Sama ada mahu mempercayainya atau tidak, tambahan lagi di internet bercampur segala maklumat, ada yang betul dan ada yang salah. Maka saya berpendapat bahawa pada ketika itu kawan saudari tak berdosa, kerana ia adalah process akal yang biasa.
Namun, setelah membaca potongan hadis yang sahih Riwayat Imam Bukhari, Ahmad dan Muslim, bahwa “Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“, maka sikap yang wajar ada pada kita, “kami dengar dan kami taat”, sesuai dengan ayat Al Baqarah :
Rasul telah beriman kepada Al Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at.” (Mereka berdo’a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.” (2:285)
Kesimpulannya bagi saya, kawan saudari tidak murtad kerana dia tidak menafikan kebenaran hal tersebut setelah membaca hadis Rasulullah SAW. Hal yang sebelum itu, tidak dikira kerana belum datang lagi keterangan tentang hal itu kepadanya, iaitu belum lagi dia terbaca tentang hadis tersebut.
Allahu a’lam.
salam,
saya nak share satu article..tapi dalam bahasa Inggeris..
harap dapat membantu semua..
http://mentalhealth4muslims.com/2012/01/08/obsessive-compulsive-disorder-and-scrupulosity-in-islam/
Salam Sha,
Terima kaseh atas link yang sangat bagus… Insya Allah saya akan letakkan link tersebut di atas.
Wasalam,
Allahu Rabbi…
Abu Aaqil, lintasan terjadi lagi. tentang keesaan Allah.
Terasa mcm ada batu seketul dkt hati. Buat saya rasa sakit…
Lemah untuk melawan… ya Allah…
thank you very much for the link, Sha
I’ve been struggling with OCD and scrupulosity for more than 20years, I never expect that after reading the article you linked I could feel this sense of relief and hope, I thought this feeling could never happen to me
so, again, thank you very much.
Ajie,
Alhamdulillah
I’m still looking and searching for the medication myself. A friend of mine help me with this. He suggested me to read this article. If it benefits you alhamdulillah, insya Allah… there’s hope.
salam….saudara lintasan menyuruh menyebut murtad dtg lgi…saya xtahu nk btpe…saya dh baca quran, solat n…try bt keje lain, tp masih mengangu…tolong saya…..=(
Salam hana,
Mudah2an hana semakin mengenali Allah SWT.. Sekian kalinya syaitan mengganggu, Dia tetap sayang hana dan menerima hana. Dia tahu hana sedang diganggu, mohonlah pertolonganNya dan percayakan Dia. Malulah kita pada penganut agama lain, bersungguh dioranh percaya tokkong. Tapi kita yang tahu Tuhan yang sebenar, baru syaitan kacau sikit, kita dah goyah.. Have faith in HIM!
Allah suruh…
Sent via BlackBerry from Maxis
sabar2 ye hana..syaitan tu nakkan manusia berputus asa seperti dia.Syaitan akan buat kita rasa bersalah bahawa lintasan/bayangan itu dtg dari hati/fikiran kita walaupun kita tidak maksudkan demikian.Sy pun teruk gak,time nk sujud tetiba je ade bayangan patung dewi buddha.Tp sy tau itu bukan diri sy yg sebenar,tekadkan dlm hati hanya menyembah tuhan yang satu..semoga hana tabah dan sentiasa sabar =)
shukran saudara altair. saya xtahu smp bila akn jdi begini..mgkin sebb saya tinggal berseorangan kot.lagipun saya belum bekerja lg. tp kdg2 saya rasa was-was samaada apa yang sya tuturkan, baru2 ini ada lintasan mempertikaikan agama islam…jadi saya geram saya ckp kuat2 agama islam agama yang benar, agma yg terang lagi nyata..lepas tu saya jadi was-was takut saya tersebut sebaliknya, saya takut murtad…=(
senang je… sy pun banyak kali kena was2 ni.. lagi teruk … tapi cara nak ilang senang je rasenya… percaya pada hari akhirat… tapi lagi power rasenya guna KELOGIKAN AKAL… study bab2 nak guna akal secara efisyen… maksudnya kalu ragu2 tu dtg then trust dlm hati benda tu tak logik and dtg dr was2 syaitan.. so benda dh kenyataan tak logik dh nyata2 tak logik so buat apa nak percaya… then sure hati mesti rase happy… contoh mcm mencurik so dh nyata2 benda tu salah then kita tak buat sebab salah… mcm gak was2 benda yg salah so watpe nak trust benda tu sebab dh nyata2 salah… gunala kekuatan akal, jangan follow nafsu keraguan ni….. then kena pikir secara nyata why kita idup kat dunia ni…
keraguan and was2 adalah bisikan syaitan yg amat jahat… sy dh banyak kali kena… salah satu cara nak elak just buat tak tau je…. then kalu bule lepak luar rumah gi shoping complex ke… jangan suke duk sorang2…. kalu bule lepak luar… bile kita ada aktiviti lama2 kelamaan benda yg kita was2 tu akan ilang sebab dh lupe benda tersebut… kalu bule bersabar la… kalu bule anggap was2 yg dtg dr syaitan tu tuhan akan maafkan kita selagi kita menafikannya…. salunya org yg kena was2 ni then dia jadi takut sebab mcm benda tu dosa besar and tak diampuni contoh mcm kena was2 bab2 akidah mcm tibe2 hati kita kena was2 pasal nabi isa tu anak tuhan, tapi kena nafikan benda tersebut then dalam alquran mengatakan tuhan tak mengampuni org yg menyekutukan dia… then kita telah teranggap kita telah menyekutukan tuhan padahal kita menafikan .. benda mcm tu buat kita jadi takut and was2 tu stilll menyerang lagi… kita dh mcm berdialog dengan syaitan… kalu bule BUAT TAK TAU JE… lama kelamaan akan ilang gak… tapi kena banyak aktiviti la… percaya la…
terima kasih saudara nasrul atas penjelasan yang terperinci..tetapi seandainya logik akal tidak boleh digunakan mcmne plk?maksud saya fikiran ada ganguan ya’ni lintasan fikiran…=)
hana, hana form 4 ye?tetap tawakkal dengan allah ok,akak form 5 this year, akak kena bulan 12 tahun 2011, memang akak rasa nak nangis kadang dalam sehari tu setiap solat tu mesti ada sebut pasal kafir murtad, tapi akak teruskan jugak sembahyang lepastu baca al quran zikir, insyaallah adik nanti ok lama lama benda tu akan hilang, ambik masa, mak akak kena hampir 2 tahun dik, dia yang banyak bagi dorongan, lepas sembahyang, baca robbana la tuzigh qulubana ba’da izhadaitana wahab lana milladunka rohmah innaka antal wahhab, tawakal ye dik, allah sayang adik, ujian tu sikitje dik, kuatkan semangat,akak tiap2 hari dekat sekolah tengah belajar tetibe datang kafir tu, memang rasa nak jerit, tapi akak distract buat benda lain, sabar akak faham,sebenarnya ramai sangat kat luar sana yang mcm situasi kita, akak lagila the whole day,time tidur je takde pasal kafir kafir tu, tp akak cuba pujuk diri tawakkal je dengan allah,dengan nak stress spm nye dengan masalah ni lagi, memang penat fikir nak tanggung
saya stress, tolong saya, saya baca semua komen, saya terbaca kak liyana punye yang die ulang ulang pergi toilet, saya pun selalu macam tu, kadang sehari setiap solat diganggu dengan kafir lah murtad lah tolong, mak selalu marah ulang ulang pergi tandas,last2 last2 saya teruskan je sampai habis walaupun diganggu, macam mana dengan solat saya:( tolong saya dah dua bulan macam ni , dah macam macam buat termasuk zikir baca al-quran , hajat dengan witir, tolong:( lagi sebulan saya nak pergi umrah, saya nak kehidupan yang lama macam dulu, tak rasa macam ni, kadang rasa hidup tak berguna, tolong;(
salam…syafiqah…akak bkn form 4, akk 25 thn…=), thanks ye dik. tapi kdg2 benda tu dtg balik tanpa kita sedari, dia jadi macam sekelip mata…
salam…fika…sbr ye dik, akak pun same mcm adik gak, dulu time dkt u dulu xpenah pun terlintas di hati akk atau fikiran akk. akk pun kdg2 xkuat gak nk lwn tp i.allah benda 2 akn hilang. adik jgn duduk sorang2, ajak sape2 utk bersembang @ bt benda lain yg blh bt kita lupa pasal benda 2,=)
tp kdg2 terpikir mcmna perkataan murtad @ kafir blh terjadi dlm hati kita?sdgkan sebelum ni xpenah pun terfikir atau terlintas kearah 2….???
akak hana ok tak masa sembahyang?macam mana dengan fika punye solat, tak pernah nak khusyuk, perkataan tu asyik datang, stress la kakak!macam mana kakak pulih, rasa nak nangis:(
Assalamualaikum Hana, Fika dan semua…
Allah ada menyebut dalam AL-Quran, ‘Setiap kesulitan, ada kemudahan’.
sabar ok…
I’M STILL STRUGGLING MYSELF. bukan dengan lintasan saje, tapi dengan waswas jugak. tapi kawan2 tegur, jangan cepat mengeluh sedangkan ujian ini bukan lah bertujuan untuk menzalimi kita, tapi untuk buat kita lebih dekat pada PENCIPTA
kita manusia, kita mmg kurang sabar.
Tapi ajaran Islam ITU INDAH…
penuh dgn nilai murni.
Sedangkan Nabi Muhammad sendiri sabar dalam sebarkan islam.
Orang2 dulu pon sabar.
Syukur kepada Allah, kita ada perasaan takut kepada Dosa…
Tapi jangan buat kita rasa lemah (nasihat untuk diri sendiri juga).
Doalah, moga kesembuhan tu Allah akan bagi. if not now, maybe oneday.
yang penting… FIGHTING!
assalamualaikum…fika, akk pun kdg2 dlm sembhyg jdi gak, tp akk teruskn gak sembhyg tp lepas sembhyg akk doa…ya allah biarla apa pun dlm hati ni nak sebut, tapi yg aku yakin, aku masih lagi percaya allah ialah tuhanku, rasulullah rasul ku, kitab alquran kitab ku dan islam agama ku. sbr ye dik, doa byk2…cmni akk klu ada masalah akk akn bca manzil..tau x apa itu manzil? dlm manzil tu ada satu doa pendinding diri dari kejahatan diri kita sendiri @ dari makhluk2 lain. akk selalu baca lepas maghrib, akk pun xpulih lg, kdg2 jd, kdg2 ok huhuhu
sha: t.q sha…awak skrg dh ok ke?
Salam
Tak ok lagi. Sekrang problem solat x dapat baca fatihah lancar. Kalo baca prtlahan nnti semput.
solat kdg2 sejam bru siap 1
Btw, sal lintasan tu.. Kene cari kawan untul betcerita. Sebab kita Mmg prrlu support group.
)
ye ke….xpe sbr ye…i.allah akan sembuh =)
kakak sha dan hana thank you sebab tolong, esok malam parents nak bawak fika berubat at the same time kaunseling kan fika, insyaallah dapat, bertuah dapat jumpa dengan luah dekat kakak, moga kita kan sembuh, mak pun selalu marah ‘yang kau nak dengar cakap syaitan tu apasal!syaitan lagi suke, , pastu saya teruskan je solat, lepastu doa semoga solat diterima:(,”dah 2 bulan merana and tak lama lagi 9 bulan nak SPM tu yang rasa macam gila sikit, terima kasih semua…
(eh ada ada nama lebih kurang la kat sini, same age pulak tu)
nasib baik jumpa blog ni, cerita kat kawan,, dia buat bodoh lepastu dia distract cerita benda lain pulak….hmmmm nasib baik banyak yg bagi support kat fika, alhamdulillah sangat
bagusla fika…mak n ayah adik tau ke?ok la, akk xciter pun kt family juz citer dekat kwn jer, akk pun nk gi berubat gak tp xtau ktne
laa…family perasan sebab disember lepas takde selera makan, berat badan turun sampai 4 kg kak, pastu saya asyik nangis, mak paksa tanya kenapa?masa tu lah saya cerita, masa tu jugakla mak cakap mak pun pernah kena lama jugakla sekarang pun ada gak tapi tak seteruk dulu, mak pun berubat je, sebab die dah kena tu yang dia faham tu, tapi kekadang dia marah jugak sebab asyik murung je, akak kena bila?
saya pun macam korang jugak…saya takut..saya x pasti sama ada itu gangguan syaitan atau datang dari diri saya…saya takut kalau saya murtad…sy x mau…selalu ada perkataan ‘aku nak mur…’ ….bla bla bla..aku kaf….saya x tau ni datang dari sya atau syaitan…saya x mau keluar dari Islam..Allah itu tuhanku,Nabi Muhammad S.A.W itu rasulku dan Islam itu agamaku…saya yakin dengan suma tu tapi gangguan tu stil ada…sya x tau nak buat cmna bagi menghalang suma ni…bantulah saya…
saya pun sama , saya mengucap banyak banyak
ooo…okay..tq..
salam semua..saya struggle sekarang ni…dalam solat saya selalu macam ada lintasan hati kafir dan murtad, saya ulang-ulang solat tapi sampai bila?saya jadi macam takut je bila nak solat..tolong
saya pun sama…kenapa hati ni selalu cakap benda yang bukan-bukan…benarkah itu datang dari hati saya…kenapa dia mesti cakap ‘aku’..seolah-olah macam saya yang cakap..saya x tahu nak buat apa..hanya beristighfar,mengucap dan memohon keampunan kepadaNya sahaja…bantulah saya…
assalammualaikum….
pada hana, syafiqah, fika, izzat saya pon mengalami masalah yang sma..lintasan hati saya menyuruh sya menyamakan ALLHh swt dengan sesuatu makhluk…..lintasan hati selalu menyuruh saya menyamakan ALLAH azza wajalla dengan makhluk tu #$%^…tp saya tetap melawannya.sudah hampir 3 tahun….menentang dan menyusun strategi untuk mengatasi masalah…syaitan menyusun strategi..saya pon menyusun strategi….
strategi yang saya lakukan…..
1.Belaja ilmu tauhid..mengenal ALLAH..antara sifat2 ALLAH ade satu sifat ALLAH yang mengatakan ALLAH tidak serupa dengan makhluk…
2.Perbanyakkan Ucapan La ila ha illallah.
3.Selalu dekatkan diri membaca Al quran dan Hadis Nabi
4.Cube ingat dalil2 al quran yg berkaitan Tiada Tuhan selain ALLAH..
Seperti surah al ikhlas…
bila lintasan hati datang Nak menyamakan ALLAH azza wajalla dgn sesuatu…
saya akan melawan….mengatakan.. ALLAH itu tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.dan tiada sesiapa pun yang menyerupai ALLAH..confirm siapa lah yang tidak beranak dan tidak berbapa dan ibu dan bergantung pada sendirinya kalau bukan Tuhan..dan tuhan itu pasti ALLAH…
atau pun jika ia berkeras..saya akan menyusun strategi lain…
jika lintasan hati lain dtg dan masih berdegil….
saya akan melawan sebegini….ALLAH menciptakan ku dari setitis air mani kemudian disalurkan ke rahim ibuku di jadikannya segumpal darah kemudian dijadikannya segumpal daging kemudian ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara ajal,jodoh rezki dan ketetapan syurga atau neraka…siapakah yang boleh buat sebegini seperti ALLAH? …Maka saya dtgkn makhluk yang datang dalam lintasan hati saya….maka dukacita tiada lagi lintasan hati yang gila kedengaran senyap sepi..bile dtg lgk saya bace kan sebegitu dan ia berkurang……terus melawan dan dtgkan ayat2 alquran dan hadis2 nabi saw..sesungguh al quran dan hadis penyelamat dr kesesatan….nabi saw pernah bersabda : ku tinggalkan kepada kamu 2 perkara Al quran dan as sunnah maka berpegang teguh lah pada keduanya kamu tidak akan sesat selama2nya..insyaALLAH….
alhamdullillah..bersyukur sangat..akhirnyer masalah sy selesai..tq for info yg amat bermakna nie..memang mula2 ingat sy sorg yg alami..ALLAH MAHA BESAR.
ya ALLAH penyakit lama kembali menyerang setelah sekian lama menghilang…..=( robbi yassir wala tu’assir
Assalamualaikum..
Sy pon ade masalah yg same..
Pasa mulenye,sy terbaca artikel tanda2 kematian..
Sy jadi sgt takot sehingga terasa seolah2 tanda2 itu ade pada diri sy,dan Alhamdulillah,sy skrg sudah smyg berjemaah di masjid..
tapi tiba2 lintasan didalam hati saya sering menyamakan Allah dgn bnda yg bukan2 dan kotor..sehingga sy gelisah hati..terjaga pukul 3 pg..susah nk tidor..
Hampir sebulan sy rase gelisah dan sering terjaga malam..Dada berdebar2..
ustaz boleh x tolong beri sedikit komen..
firdaus, ajal dan maut di tangan tuhan, ramai yang kena macam awak kena, saya pun kena, mak saya lagi teruk dulu, tapi lama-lama dia hilang sendiri, jangan fikir negatif sangat, saya pun tengah merana kena lintasan lintasan kafir semua tu, kadang dalam solat, tapi mak cakap teruskan je, lepastu tawakal je dengan ALLAH
Inipe.,terima kasih yee..
sy smpaikan rase was-was..terasa tanda2 yg itulah,inilah..
jadi xsmgt buat kerja..
hmmm..
Moga ALLAH memulihkan kite semua..
InsyaALLAH satu hari nnt hilang jugak..
=)..
sama-sama, lagi satu orang pernah cakap, kalau asyik ingat mati, satu kerja pun tak boleh fokus kan?firdaus tak cuba jumpa ustaz minta air penawar, bukan apa saya ada pengalaman macam saudari, was was takut mati, terjaga pukul 3, mak saya bawak pergi berubat, orang tu cakap ada benda suka saya, dia ikut jugak, sekarang ni alhamdulillah makin kurang sakit, dah tak berjaga malam, cuma lintasan kafir tu semua masih ada, saya cuma fikir positif , sebab nanti lintasan tu akan hilang jugak
assalamualaikum……saya xtahu la bila penyakit sy ni blh hilang…..makin lama makin jadi….kdg2 ok kdg k.o…fikiran pun dh rasa xbetul……=(
Bersabar, kuatkan semangat. Jangan kalah dengan syaitan. Syaitan akan putus asa bila kita ‘boh’ layan dia.
Sungguh2 Allah adalah kawan org2 beriman.
Sent via BlackBerry from Maxis
‘boh’layan dia? maksudnya…
betul tu hana…makin lama makin menjadi-jadi…huhu…kena kuat2….
Salam semua muslimin muslimat, boleh ustaz atau sapa2 tlg saya. Ini kali k2 saya mhdapi lintasan/gangguan hati. Kali ini lebih teruk kerana lintasan/gangguan menyamakan Allah dengan #%$*^. Ya Allah, Ampunkan aku. Ia berlaku apabila saya mbca buku agama berkenaan alam akhirat, syurga dan neraka.Ia akan berlaku apabila saya mengingati Allah dan serta merta bayangan/suara datang menyamakan. Terus terang hanya Allah saja tahu saya memang tidak iktikad dan terus berlawan dgn mengatakan Allah Maha Esa dan tidak menyerupai makhluk. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir untuk melawan tapi ia masih datang. Saya tidak tahu adakah itu datang dari hati saya atau lintasan. Saya seperti muslimin dan muslimat lain kerana jiwa dan hati tidak tenteram kerana takutkan azab Allah sekiranya benar-benar apa yang berlaku ini membuatkan Allah menggolongkan saya dengan golongan yang Allah murkai, seperti kafir, murtad, syirik, munafik dan nifak. Seusai solat, saya berdoa kpd Allah agar jgn golongkan saya dlm golongan yg rugi. Semua doa2 berkaitan mengelak gangguan dan hasutan syaitan telah saya baca. Saya juga pergi mendapatkan nasihat dari Majlis Agama Negeri dan bertanyakan ustaz. Sehinggalah saya terjumpa ruangan ini.Tolong hamba! Yop Tako
Salam,
Nurul izzat – maaf kerana lambat reply. Yang saya maksudkan dgn ‘boh’ layan adalah – ‘tidak’ layan.
Kalau bisa saya umpama kan, kita ketika sekolah rendah, terdapat seorang dua murid yang nakal suka mengejek kita. “Kau bodoh” katanya, dan kita pun nangis atau bereaksi marah kepadanya. Sedar tidak sedar, inilah yang si budak nakal tu mahukan.. dia mahu kita nangis atau ‘tension’.
Saya percaya, kebiasaannya bila kita tidak bereaksi apa2 kepada budak nakal tu.. 2 atau 3 kali selepas tu dia tidak akan buat lagi.. sebabnya – tiada hasil…
Begitulah ibaratnya dengan si musuh kita – syaitan. Sentiasa cuba ‘kacau’ kita, dan selagi kita layan dia, lagi dia suka.
Marilah kita sama2 mengikut nasihat Nabi Muhammad SAW, bahwa Baginda menyuruh kita – berpalinglah dari bisikan itu.
Maksud berpaling ialah – melakukan perkerjaan lain dan berhenti dari melakukan perkajaan sebelumnya. Contoh, Ketika A sedang bercakap dengan saya, saya berpaling untuk mendengar panggil ibu.
Mudah2an Allah beri kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal. Maha Suci Allah dari tidak menolong hambaNya yang meminta tolong. Amin.
Wasalam
Salam Yop Tako,
Maha Suci Allah, semoga Allah memudahkan saudara menghadapi ujian ini. Saya bukanlah ustaz, jauh lagi dari pandai memberi nasihat. Cuma berkongsi pengalaman.
Saya berasa kagum dengan semangat dan usaha saudara untuk menyelesaikan masalah yang saudara sedang hadapi. Sungguh2, kewajiban kita hanya berusaha sebaik mungkin, dan penyembuhnya hanyalah Allah SWT.
Apa yang sy ingin kongsi dengan saudara, adalah kesinambungan apa yang saya ceritakan pada Nurul di atas. Orang yang Nakal, sifatnya memang suka membuat jahat. Ini menjelaskan kenapa gangguan ini berulang. Seperti budak nakal di sekolah tu, ada hari bila berjumpa kita balik, dia akan ejek kita balik, walaupun sebelum tu dah lama dia tak buat.
Kalau kita bersabar dan tidak bereaksi apa2, dia akan stop kembali.
Cuma saya ingin kongsikan satu lagi ‘approach’ yang lebih baik. Iaitu – berhujah balik! Tetapi objective berhujah balik ini bukanlah untuk memenangi hujah dengan ‘si dia’, tapi untuk mengukuhkan ‘jati diri’ kita.
Sebagai contoh, bila si budak nakal datang kembali mengejek kita “Kau bodoh!”.. Kali ni kita berhujah, “dia ni duduk kelas lebih belakang dari aku (kelas corot), kelas2 ni untuk orang yang bodoh.. Aku duduk di kelas yang lebih atas, dan kelas2 di atas ni adalah untuk orang yang lebih cerdik… Maka kita boleh beresponse pada si budak nakal tu ..”hahaha… kau tu duduk pun kelas belakang2.. kelas bodoh.. nak kata kata kat aku kelas yang lebih atas dari kau.. ” tapi kita juga boleh tidak beresponse, tapi hujah tersebut kita yakini dan semat dalam hati.
Semakin kita yakin, orang2 yang duduk kelas corot tu memang lebih bodoh dari orang yang duduk kelas atas. Semakin kita “Kebal” dari ejekan2 si budak nakal tu. Walau pun kita tidak bereaksi membalas hujah pada dia, tapi sudah kukuh dalam diri kita, bahwa kita lebih pandai dari dia, maka kata2 si budak nakal itu tidak lebih dari kata2 yang tak ada makna…
Begitulah kita dengan musuh kita – syaitan. Sebagai contoh, dia berkata pada kita Allah tu sama dengan ^$&&&% (na’uzubillah). Seperti biasa kita akan berhujah kembali, “astaghfirullah, Allah tidak begitu”. Maafkan saya, saya kira akidah kita masih longgar. Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga Islam, kita diajar untuk percaya sekian-sekian. Walaupun diajarkan sekali dengan bukti2nya, tapi kurang sekali kita selidik bukti2 tersebut. Kita lebih suka “terus percaya” apa yang ibu bapa, ustaz di sekolah ajar.
Maafkan saya, bukan bermaksud saya ianya salah untuk percaya. Tetapi kepercayaan yang “terus percaya” itu ada kelonggarannya. Sebab itu bila kita diasak dengan “kata-kata dusta” oleh syaitan, kita jadi binggung…..
Insya Allah bila mana kita semakin selidiki apa yang kita “percaya” sebelum ini, dengan segala bukti2 yang ada, kita akan semakin yakin dengan kepercayaan kita. Maka, kita akan “kebal” dari melayani “kata2 dusta” syaitan itu.
Contoh, kita ada ibu bapa kandung, kita membesar dengan mereka. Sekali ada orang datang kata, “Kau tak tahu ker…ko tu anak angkat je…”. Kalau kita tak selidiki bukti2, ada kemungkinan kita juga terpengaruhi fikiran kita dengan kenyataan orang tu.
Namun, jika kita bertindak dengan “mencari bukti” dan “memikirkan” benarkan ibu bapa kita itu benar2 ibu bapa kandung kita? Kita mencari bukti dengan melihat surat beranak, mengimbas kembali gambar2 lama, waktu kita bayi, bertanyakan saudara2 yang lain, melihat iras muka kita dengan ibu bapa, dan paling definitive sekali (kalau boleh buat), buat ujian DNA. Once kita dah dapat bukti2 kukuh, datanglah sapa2 pun lepas ni.. cakap apa2 pun pasal kita anak angkat ke apa.. kita cuma tersenyum…
Apa yang saya dapat renungkan, inilah hikmah kenapa Allah datangkan ujian ini pada hamba2Nya. Seperti yg kita yakini, segala sesuatu berlaku hanya dengan izin Allah. Seperti ujian Nabi Ayyub ditimpa sakit yang teruk, jika saudara baca kisahnya, ianya adalah berasal dari cetusan hati syaitan yang dengki dengan Nabi Ayyub, dengan segala kemewahan yang Nabi Ayyub ada maka senanglah Nabi Ayyub beramal sholeh. Maka Allah izinkan hasrat syaitan itu untuk melihat Nabi Ayyub menderita sakit dan hilang segala hartanya, Allah timpakan penyakit yang teruk dan berpanjangan hingga Nabi Ayyub hilang segalanya. Namun, Nabi Ayyub tetap sabar dan tetap beramal sholeh. Berkat kesabaran Nabi Ayyub, Allah recognize Nabi Ayyub seorang yang Sholeh dan Penyabar. Maka darjat dan kedudukan Nabi Ayyub diangkat disisi Allah.
Begitulah dengan kita hamba2Nya yang lemah2 ni. Kita bersyukur Allah memilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sekarang Allah beri kita ujian, supaya bila kita sabar dan berjaya nanti, mudah2an insya Allah. Maka Allah akan ampuni segala dosa kita dan mengiktiraf iman kita – itulah yang paling mahal saudara ku.
Mudah2an kita semua berjaya, insya Allah.. Saya mohon maaf atas contoh2 yang kurang enak diatas, sekadar untuk pemahaman.
Allahu taa’la a’lam.
Wasalam,
saya ada terbaca komen pasal solat, adakah wajar saya teruskan solat tanpa fikir bisikan ‘aku kafir’ dalam hati saya,?saya tak larat nak ulang-ulang, saya hanya mampu berdoa ALLAH terima solat saya, sehingga saya stress setiap kali ingin solat, maafkan saya atas kata kata tadi, tapi masalah ini saya hadapi hampir 6 bulan dah, tolong saya, saya mengadu pada mak, dia cakap teruskan je, tapi hati saya tak sedap bila macam tu
Salam, Abu Aqil…. Terima kasih kerana sudi menjawab permasalahan saya. Alhamdulillah. Syukur Kpd Allah S.W.T. sekarang ini, gangguan lintasan semakin berkurangan. Namun usaha yang dilakukan dgn izin Allah S.W.T. Dengan amalan membaca ayat perlindungan drpd syaitan dan dgn hafalan ruqyah al-muawwizat iaitu surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah al-nas. I,allah Allah permudahkan. Sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya……
emmm..salam sahabat smua..sy hmpir 5 tahun alami lintasan mcm ni,.tp sbar je la yer wahai sahabat..smua ni ujian allah kepada kita utk mendekatkan dri kpd yer..allah syg kita smua coz tu dia bg ujian..mgikut kmmpuan…
sy tenag bila igatkn allah,sy menagis menadah tgan bdoa spy diampunkn,,setiap waktu hati sy mnagis,hati sy merintih ksedihan tetapi wahai shabatku igatlah allah suka,allah syg kpda hambaye yg mmohon hajat pertolongan,hanya allah yg maha berkuasa diatas sgala yer..
salam ustad aqill..
…
saya pun mengalami maslah yg sama ustad…adess…kalau duk memikirkan ttg kehebatan ALLAh yg menciptakn makhluknya..dtg lintasan yg cube menyamakan ALLAH azza wajalla dgn @!$$!@…cube melawan dgn lisan dan hati…die tetap berdegil..
terbace satu dalil ayat al quran..bumi dan langit asalnya padu kemudian ALLAH pisahkan menjadi dua.. dan dr situ hasilnya air.. dan dr air hasil nye semue kehidupan…ALLAH YG AWAL.. TIADA SERUPA DGN DIA..tp hati saye nie die susah nak mengungkap ustad..:_(
Lmla kelamaan bila nama ALLAH dan rasulullah disebutkan atau di dengar terasa janggal..mcm tidak pernah aku dgr nama2 ini sebelum ini…sedgkan ALLAH itu tuhanku, rasulullah itu nabiku…..:(
saya sudah pergi ke suatu tempat perubatan islam berdekatan dgn akrine di kuala selangor bertanya permaslaahan saya dan diberi air penawar…tp seteslah beruasaha bende itu ttp membisik2an kejahatan kepada saye..saya sedey
tkt di azab
punca mula nya saya mengalami masalah ini, sama seperti Yop tako…suke membace kisah2 ghaib berkaitan neraka dan syurga dan kisah shbt2 nabi ….takut di azab….tp lama kelamaan ade bisikkan yg dtg menganggu pada hari jumaat pg selepas solat subuh…..3 tahun yg lalu…
salam ustaz sya nak tnya,kalau dalam keadaan tidak sedar bagamaina ye??erm kalau dia tidak sedar ap yang dilafazkan tanpa niat??
assalamualaikum,tumpang tanya saya ada masalah was was masa wudhuk dan ketika solat, saya selalu berasakan saya telah kentut sebab saya rasa je, dan ini menyebabkan saya ulang ulang solat, tolong saya walaupun saya dah sumbat bontot dengan tisu tapi still rasa, tapi saya tak ulang dah solat, adakah benar apa yang saya buat ini?
Assalamualaikum… Saya telah di serang lintasan hati yang saya rasakan berkesalahan besar jika diucapkan dengan lidah dan di iktikadkan, saya sendiri pun tidak faham kenapa lintasan hati itu muncul apabila saya bertekad untuk memperbaiki amal ibadah saya yang terutama waktu sembahyang fardhu..bertahun2 lamanya saya sembahyang sekadar melepaskan kewajipan dan jarang- jarang sekali membaca al quran… tetapi sekarang apabila saya cuba menkhusyukkan diri dengan memahami dan menyelami maksud tiap2 tiap ucapan dalam sembahyang, saya di datangkan dengan lintasan hati yang nauzubillah jika di ucapkan terutama pada pada saat takbiratulihram dan semasa tasyhud iaitu pada kalimah la ilaha ilalah, sehinggakan saya berasa semacam tidak tenteram takutkan keadaan jadi kufur syirik dan murtad.. Kadang2 dada saya terasa rimas setelah menunaikan solat kerana kesan melawan lintasan hati tur dengan iktikad hati yg melawan lintasan itu. Setiap kali saya di serang cerusan tur ,saya akan beristigfar dan bertasbih dan seterusnya akan membaca al quran sehinggalah hati saya lega. Kadang2 saya akan bangun malam untuk tahajud, taubat dan hajat untuk melawan lintasan itu jika kadang ia datang terlalu dahsyat. Sekarang saya cuba berjemaah di masjid terutama waktu magrib dan insyak.. Pernah sekali lintasan itu datang bertubi2 semasa saya memasuki saff jemaah sehinggakan saya takut untuk berjemaah lagi … Alhamdullilah hati saya berasa lega setiap kali saya membaca Al Quran, hati dan dada saya di”sejukkan” dengan ayat2 Al Quran. Saya cuba untuk membaca semula kitab Tauhid, Sirah Nabi dan kitab2 agama untuk mengingatkan semula apa yang saya pernah pelajari semasa saya kecil dahulu..
Alhamdulillah.. kita mohon pertolongan dari Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Melindungi hamba2nya.
Antara perbuatan syaitan untuk menjejaskan hubungan kita dengan Allah SWT, adalah dengan bisikan kata2 dusta. Maka tercetus prasangka kurang baik kita terhadap Allah SWT. A’uzubillah min zalik.
Tatkala hati gelisah, mudah2an kita sentiasa mensucikan (subhan-) Allah (Allah) dari sifat2 yang tidak sempurna seperti tidak mengetahui apa yang terjadi, tidak menolong hambaNya, dan seperti tidak mengetahui apa yang sebenar hambaNya inginkan. Maha Suci Allah dari segala sifat2 kekurangan itu.
Antara kekuatan untuk bersabar adalah dengan memikirkan bahwa – kita tidak berseorangan dalam menghadapi hal sebegini. Ada ramai lagi di luar sana menghadapi hal seperti kita. Buktinya, para commenter di sini.
Kita semua diuji hal sebegini ketika ingin mendekati dan mendalami Islam. Siapakah yang suka bila kita jauh dari Allah? Dan siapakah yang benci bila kita makin dekat dengan Allah?
yon – cuba percaya dan amalkan.. http://chromosome.wordpress.com/2010/11/25/mengubati-lintasan-hati/#comment-3489
sayahambaAllah – saya tidak tahu hukum, tapi saya tahu Allah Maha Mengetahui hati hambaNya, Dia juga Maha Adil tidak menzalimi hambaNya, dan Dia juga Maha Pengampun. Semoga kita dapat lazimkan lafaz kalimah syahadah, untuk memperbaharui iman kita seperti mafhum dari hadist Nabi SAW.
hamba ALLAH – mengadulah pada Allah seperti halnya kita mengadu di sini. Allah menunggu2 kita untuk mengadu padaNya. Dia Maha Berkuasa, mahu kita memohom Pertolongan dariNya.
Semoga kita dapat amalkan. Amin.
Sy nk tanye lah sape2 kat sini…sy ade bersumpah dlm hati(tapi x pernah lafaz lg),klu sy melakukan sesuatu tu,maka sy akan. …(nauzubillah minzalik)…sy ada gak melanggar sumpah tu..adakah bmakna sy berdosa sbb sengaja melanggar sumpah tu wlopun dlm hati..sy ade gak tanye jakim,tp jakim kate sumpah x sah kalau x lafaz…tapi sy keliru,sbb sy baca kat atas kalau kite sengaja kata dlam hati,pastu buat benda dalam hati kita tu,kite berdosa,betul ke?atau sy salah faham…mintak sape2 yg arif bkh tlg sy
salam….saya nk bertanya…mcmana nk hilangkan ganguan ini…saya rasa mcm ada orang membisikkan di telinga saya dengan menyebut nama saya…sebelum ini xpenah jadi mcm ini…tlg saya
Salam Hana,
Mohon ikhtiar berjumpa dengan ustaz atau org alim yg boleh membantu. Cuba cari rawatan2 yang ada, sbb mungkin juga gangguan jin. Sebab setakat pengalam saya, masalah lintasan hati ni tak lah sampai boleh dengar bisikan di telinga. Apa pun yg membisikan itu juga Makhluk ciptaan Allah. Allah jua lah yg berkuasa atasnya. Kita sempurnakan doa dan ikhtiar kita. Yakin, Allah pasti membantu kita dan Dia takdirkan yg terbaik utk kita.
Wasalam,
Sent via BlackBerry from Maxis
Assalamualaikum..syukran, akhirnya saya jumpa org yg ade masalah sebijik mcm sy..syukur sbb sy tgk website ni..lame jgk sy bace comment2 anda semua..sy juga mmpunyai masalah was2 dan ade lintasan hati tentang murtad itu..berkali kali sy katakan dlm hati, ‘aku tak nak murtad, aku takkan pernah murtad’..sy ingin tanya adakah jatuh murtad itu?sy tak mahu murtad,sy nak mati dlm keadaan islam..ade sy bace comment kt atas, kalau kite rase senang hati, baru lah jatuh murtad tu?betul ke?kalau kite rase takot, gelisah, x senang duduk lepas terniat murtad tu x jatuh murtad ke? Mohon penjelasan akan masalah sy ini..
Salam adik Naa,
insya allah, apa yg dialami tu sama dengan para sahabat rasulullah Saw alami, maka mereka dtg dengan perasaan yg gelisah, namun Rasulullah tenangkan para sahabat dengan berita gembira. Baginda ajar suruh berpaling dari bisikan itu dengan memohon pertolongan dari Allah.
Semoga Allah membantu kita, amin.
Alhamdulillah, thanks Abu Aaqil..penjelasan anda sgt melegakan..syukran..semoga Allah merahmati anda, Amiinn
Asaalamualaikum..saudara Abu Aaqil, sy ingin tanya lagi, tidak murtadkah sy jika ada lintasan hati begitu? Sy amat takut kalau2 sy murtad tanpa sy tahu..sy rase sy x tenang..yg sy tahu murtad boleh berlaku melalui hati,percakapan dan perbuatan..sy takut kalau2 sy murtad tanpa sy tahu..tapi sy tak nak murtad..betul ke ibu saudara dan saudara sendiri pernah mengalaminya?
Salam – ya, lintasan yang sama dan lain2 lintasan juga terjadi pada saya dan ramai orang. Buktinya, blog ini, jadis Nabi Saw, dan pengalaman2 orang yang terdahulu. Ia satu process. Hingga satu tahap kita kenal Allah, dan percaya padaNya bahwa Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Penyayang.
Sent via BlackBerry from Maxis
Adakah jatuh murtad jika sering kali ada lintasan hati tentang nak murtad itu?mohon penjelasan drpd saudara..apa yg saudara lakukan utk atasi masalah ini?
Bismillahirahmanirahim,
Kita mohon Allah beri kita keimanan yg kukuh. Sebenarnya kita kena yakin bahwa itu bisikan syaitan. Kita beriman bahwa syaitan itu ada. Dan kerja dia nak ganggu kita dari mngingati dan mendekati Allah. jadi sangat penting kita sedar ada syaitan yang ganggu kita.
Bukti bahwa itu bisikan syaitan, ialah lintasan itu dtg tiba2 tanpa boleh kita kawal. Jadi bukanlah dari kita. Kalu kita tahu bisikan itu dari syaitan, Allah lagi la lebih2 tahu dari kita. Jadi tak timbul soal kita pula yg murtad.
Ikutilah nasihat Nabi saw dgn memohon perlindungan Allah dan berpaling. Setiap kali gangguan itu dtg, sbg contoh cuba baca Subhanallah 33 kali, Tahmid 33, Takbir 33. Biar sampai syaitan tu tension, makin dia ganggu kita makin kita ingat Allah!
Sent via BlackBerry from Maxis
Alhamdulillah..lega bila saudara ckp mcm tu..insya Allah sy akan selalu praktikkan..yg penting kita tahu kita tak nak murtad kan? Terima kasih saudara, semoga Allah membalas budi baik saudara, insya Allah
Salam saudara Abu Aaqil..maaf jika sy byk soalan..tp masalah ini seringkali mengganggu sy, kejap ok, kejap tak..sy takut sgt kalau2 sy jatuh murtad..seringkali hati ni berkata2 ‘aku murtad’, walhal sy tak nak murtad,sy tak nak meninggalkan islam..sy beristighfar..sy nak tnya saudara, apakah yg dimaksudkan dgn murtad melalui hati?teramat ingin penjelasan drpd saudara..
bismillahirahmanirahim,
Salam Naa, kita mohon kepada Allah Al Qawi, yang Maha Kuat agar memberi kita kekuatan utk bersabar. Ujian ini adalah untuk mendekatkan diri kita pada Allah. insya Allah, semakin hari kita akan semakin mengenal Allah.
Mengenai soalan diatas, murtad bermaksud sesuatu yg keluar. Ia perkataan yg umum, dlm bahasa arab, spa2 saja yg keluar dari sesuatu.
kita risau jika lintasan tu dtg, takut2 jatuh murtad. Tapi siapakah yg boleh menghukum kita? – tentunya hanya Allah. kalau kita sendiri tahu kita x mahu murtad, Agak2 Allah tahu tak?
Tentunya Allah tahu..
terima kasih saudara Abu Aaqil..
Salam saudara Abu Aaqil..maaf menganggu lagi..sy sekarang sedang berusaha utk melawan segala bisikan2 dan gangguan syaitan serta lintasan hati yg sy alami..namun, tidaklah sembuh keseluruhannya..sy ingin bertanya, tadi semasa sy solat, hati sy berkata2, ‘ak x mahu murtad sbb ak takit azab, kalau tak, ak dah tu…’nauzubillah..sy tak nak semua tu..sy xnk murtad..selepas solat,sy selalu doa kpd Allah agar sembuhkn penyakit hati ini..
*takut azab* (typing error)
Semoga Allah beri kita kekuatan dan kesabaran di atas jalanNya. Amin.
Apa comment saudara tentang kata2 hati yg sy alami semasa solat td? Takutnya sy tidak terkira bila hati berkata mcm tu.. :’(..maaf jika sy memebebankan saudara..
Insya Allah, jangan risau, same je apa yg saya lalui dan kawan2 kita yang lain lalui.Tetaplah bersabar dalam meminta perlindungan dari Allah. Dan Tawakal lah dengan sungguh2 pada Allah. Tawakal bermaksud mempercayakan… maka kita percayakan Allah yang Dia tahu masalah kita.. Dan DIA ampuni kita..
Tapi rasanya sy yg byk berfikir menyebabkan lintasan tu dtg..sy pun xtau mcm mane nk beza, ia dtg dari sy atau drpd syaitan.apa yg pasti sy tak nak murtad. Nauzubillah..brape lame saudara ambil mase utk pulih?
Salam Naa – Mohon saya ulangi apa yang Naa tuliskan. Bagi saya selagi “saya pn xtau macam mana nak beza” maka itu bukan dari Naa, hendaklah kita anggap bahwa itu datang dari syaitan. Dan Naa pun cakap “yang pasti sy tak nak murtad” maka inilah hakikat diri Naa. Persoalannya, adakah Allah tak tahu?
Kita mohon supaya kita diberi kekuatan dalam bersabar dan ditambahkan kekuatan tawakal padaNya. Amin.
Saya sendiri sudah masuk tahun kedua, Alhamdulillah semakin berkurang. Rata2 semuanya “makan tahun”, itulah processnya.
Allahu ta’ala a’lam.
Insya Allah..terima kasih ya saudara..mungkin sy jd mcm ni sbb sy x busy skang, x buat ape2, sy harap bila sy dah masuk belajar nanti, semua ni akan hilang..insya Allah
Salam saudara Abu Aaqil..maaf menggangu lg..penyakit hati sy ni semakin menjadi jasi rasanya..kejap ok, kejap tak..sy buntu..sy xtau dh nk kawal hati sy mcm mane..hati sy ni kdg2 berkata2 perkara yg bukan2 tentang Allah..sy tak nak semua tu..sy takut sgt jika iman sy terbatal, oleh sbb tu hampir setiap hari sy solat sunat taubat..Bila hati ni kata bukan2 tentang Allah, sy ragu2 adakah solat sy sah atau tidak..
Menjadi jadi * (typing error)
Sy lagi lah teruk..mcm2 mganggu pikiran….was2,ragu2,lintasan hati…pling teruk skali ragu2 ttg rukun iman terutamanye kwujudan Allah…nauzubillah..stiap kali ragu2 tu dtg mesti sy takut iman sy terbatal..lagi2 klu time mandi wajib..rase mcm nk gile je…lps mandi wajib tu sy akan ulang plak mandi wajib sbb igt x sah sbb ade ragu2 ttg iman tu..bkn tu je,nk lps solat pon sy solat smule klu rase x sah…tu x masuk lg was2 ttg brg kulit babi lah,itu babi,ini babi…pastu kekadang tu klu rase stress mesti ade lintasan hati seolah2 mcm sy berniat utk m..t.d….,kristian lah,jesus lah..sy taknak murtad…dah sbulan lbih dh sjk bln april aritu,lps mari was2 tu,mari plak was2 lain..sblom ni ade gk penyakit ni,tp tak la seteruk ni…sy pon dh lame tak bace Quran sjk kene ni…jarang2…klu bace pon cume yassin…sy pon takut klu ragu2 tu mbatalkan syahadah sy..sampai sy ucap syahadah byk kli…sy dahla bru je kehilangan ayah…klu sy cerita psl ragu2 tu kat mak sy takut die susah hati plak…tlglah abu aqil..sy dh x tahan..rase nk hantuk kepala kat dinding je biar hilang ingatan ttg ni..
Samelah mcm kak naa ckp,sy mmg xnak murtad wlopun ade lintasan hati n rqgu2 tu…kdg2 ok,kdg2 tak…kdg2 klu xtahan sgt sy buat bodo je,sah ke tak sah ke solat/mandi wajib sy,sy bior je..tpi lame2 tu dtglah prasaan sah ke x sah..dhlah sy tgh exam mid year…taun dpn nk SPM..ni pon sume yg dh blajar x msuk,penyakit tu punye psl…as the result sy xleh nk jwb exam..byk yg tinggal…so result kli ni mesti teruk gile…
Salam Naa & Izzul,
Saya simpati dengan kesusahan yang dialami sekarang, bersabarlah, semua orang yang melaluinya pernah merasakan perkara yang sama. Kita mohon pertolongan dari Allah dan perlindungan dari Allah.
Satu perkara yang saya belajar dari episode pengalaman ini adalah bertawakal pada Allah SWT.
1) Amalkanlah nasihat dari Rasulullah SAW diatas
2) Bertawakal lah dengan sekuat2nya – dengan memperbanyakkan membaca ayat al-Quran mengenai tawakkal. Satu ayat yang saya pegang, ialah ‘alallahi falyatawakalil mutawakilun… (Pada Allah lah bertawakalnya orang2 yang bertawakal) – rujuk ayat (14:12) :”Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri”. (14:12)”.
3) Amalkan nasihat Ustaz Azhar, jangan diulang wuduk, solat dan mandi wajib tu.. itu penyakit yang mesti kita elak dari mengulangi.
Semoga Allah beri kita kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Jangan kalah dengan tipu daya syaitan, hendaklah pada ALLAH orang2 yang beriman berharap.
Wasalam,
Tq Abu Aqil…insya-Allah sy akn cube utk x ulang mandi wajib n solat…
Salam izzul, akak pun bersimpati dgn adik yg same masalah dgn akak..akak susah nk kawal hati drpd berkata2 perkara yg bukan2 tentang Allah dan juga tentang murtad tu..akak memang takut Allah akn murka dgn akak..tp kadang2 akak akn anggap ni adalah ujian yg Allah bg kt akak utk lebih kenal Allah,lebih mendekati Allah,berharap dgn Allah..akak pun ade tnye kakak kwn akak yg tahu byk psl agama, dia ckp kalau dtg benda yg bukan2 tu, ucapkan, ‘ a’uzhubillahiminasysyaithonirrojim ‘ baca surah al-fatihah, an nas, al falaq dan al ikhlas..
Salam saudara Abu Aaqil, thanks a lot..
Tulah..mmg susah nk kwl…lg2 klu ade ragu2..tp lah sy pikir jugak,klu sy x percaya Allah wujud,knape sy takut klu ade lintasan atau ragu2 ttg Allah…tp sy masih takot lah sbb sy ade besumpah,tp dlm hati,and seingat sy sy x pernah sebut demi Allah dlm sumpah tu..lafazkan pon rase x pernah..tp takut klu sumpah tu sah…sbb sy sengajakan..
Sy ade terjumpe kat internet cara menghilangkan was2…surah Al-Isra’ ayat 105-106
Kegunaan ayat ini ialah untuk menghilangkan dukacita, mimpi-mimpi yang buruk, was-was dan khayalan-khayalan yang karut. Caranya ialah, berpuasa selama 10 hari. Sebaik-baiknya berbuka dengan makanan dari hasil tanaman atau usahanya sendiri. Selepas solat isya’, bacakanlah ayat ini sebanyak 10 kali pada sebekas air. Minumlah air tersebut dengan niat untuk menghilangkan perkara-perkara buruk tersebut. Setelah selesai, tidurlah dalam keadaan suci. Apabila bangun dari tidur, minum pula air itu sebanyak 3 teguk. Setelah itu bacakan pula ayat ini ke atas air itu sebanyak 10 kali. Dihembus sebanyak empat kali. InsyaAllah, ‘afiat. Sebaik-baiknya diamalkan selama 10 hari.
Ni paste dr http://fadhilat-al-quran.com/tag/menghilangkan-was-was/
Salam Abu Aaqil..sy dh xtau nk buat mcm mane..makin teruk rase nye..hati ni susah nk dikawal drpd berkata kata yg bukan2, yg mengarut, yg x elok kpd Allah..sy stress sgt..sy risau sgt..sy xtau dh nk buat mcm mane..
Salam Abu Aaqil..please reply sy punye comment..huhu
Salam Naa,
Bersabarlah, saya juga pernah laluinya. Begitu jugalah sahabat2 yg lain. Ia mngambil masa, ada yg berbulan. Maka bersabar lah.
Percayalah pada Allah, Dia tahu masalah Naa. Sebab tu dia utuskan Rasul yg memberi nasihat kpd kita spt hadis diatas.
Mengadulah pada Allah…dia sedang menunggu…..
Sent via BlackBerry from Maxis
Saudara juga pernah mengalami hati yg berkata kata yg bkn2/mcm2 terhadap Allah?sy risau akan masalah sy ni..
Salam Naa, betul. Tetaplah berusaha mohon pertolongan dan perlidungan dari Allah. Bersangka baik padaNya. Cuba berpaling – dgn menyebukkan diri dgn hal2 lain.
Semoga Naa diberi kesabaran.
Sent via BlackBerry from Maxis
Wslm..insya Allah, semoga sy diberi kekuatan dan kesabaran utk menghadapinya..
salam kawan2..saya sangat bersyukur terjumpa website ni..rupa2nya bukan saya seorang yg mengalami masalah lintasan hati ni..saya mengalami masalah lintasan hati ini sejak tahun 2002,sewaktu saya di tingkatan 3..ianya terjadi bila saya cuba mendekatkan diri pada allah..gangguan ini benar2 membuat saya tertekan kerana ianya mempertikaikan keesaan Allah,sehingga pada satu tahap saya tak tahan lalu sy bersuara melawan secara lantang apa yang katakan oleh lintasan hati saya…’Allah itu satu’!!!!!,dan saya terpaksa membatalkan solat saya dan saya hampir2 menangis..perkara ini terjadi berulang sehingga saya takut utk solat..namun lama kelamaan saya biarkan dengan cara melawan di dlm hati..sehinggalah sekarang..saya sudah berumur 25 tahun..hampir 11tahun saya mengalami masalah ini..hati saya terasa kosong dan gelap..saya berharap amalan dan solat saya selama ini diterima allah..cuma sekarang ini gangguan ini bertambh teruk..semakin saya dekatkn diri pdNYA semakin kuatlh lintasan hati itu..saya ingin bertanya, selain cara spt bzikir dan mgamalkn apa yg disarankn, adakah kaedah lain spt perubatan syifa atau berjmpa dgn ustz?terima kasih
Wslm saudara sharul..sy amat bersimpati dgn masalah saudara..sy juga sedang berusaha utk menangani masalah ini..mmg susah sgt, tp sy percaya yg Allah tahu sy sedang berusaha, insya Allah..pd pendapat sy, boleh juga pergi buat rawatan dgn ustaz, cuba lah..
sharul lama benar anda terkene lintasan hati…11 tahun…saya pun jugak kene lintasan hati hampir 3 tahun…jgn dilayan bende tu….pegang teguh dgn agama ALLAH.
Sy sekarang ni pun makin teruk rase nye, hati ni duk kata yg mcm2,yg bukan2,yg x baik kt Allah..malu rase kt Allah..tp hati ni..hmmm.. Susah nak dikawal..
saya ade sedikit tips2 cube nak elak bende2 tu…jgn fikir bende tu….kalau die kacau kate ALLAH ITU ESA tidak ber anak dan tidak di peranakkan…dan zat ALLAH tidak boleh dibayangkan dgn akal, dilihat dgn mata dan di lintaskan dengan hati…SEGALA BENTUK SELAIN DR ITU BUKAN DR ALLAH ITU DR SYAITAIN..CKP MCM TU DLAAM HATI..pastu minta berlindung …..ingat kalimah ALLAH….Jgn ingat lain..
naa…usah risau bukan kamu sorang aje keene kebiasaan yg kene org yg nk kenal ALLAH….so ade ujian dari ALLAH..saye pon kene..lintasan suh saya sama kan ALLAH dgn sesuatu..jem saya..saya pegang teguh makna surah al ikhlas…
naa..kalau hati duk cakap x habis2..ade terase sakit x kat dada?.. tekan dada tu..tempat sakit….bace aku berlindung dr ALLAH dr bisikan syaitian….pastu bace bismillah.. tekan sampai hilang rase sakit.saye selalu bt mcm tu..lawan dia
Entah lah, hati ni kata mcm2 kt Allah, menyumpah kt Allah..nauzubillah.. Allah..stress nye sy hanya Allah yg tahu..jiwa mmg susah nk tenang..xtau dh nk buat mcm mane..makin dilawan, makin menjadi..
naa..umur berape tahun? masih blaja?…
Yup, masih belajar, umur 18thn..baru je lps spm, baru nk masuk blaja je ni..
naa..cube jgn layan bende tu naa..cube dekatkan diri dgn majlis ilmu…dgr ayat2 al quran..faham makna ayat2 al quran…dulu mase saye mule2 kene ..memang la rase mcm bersalah sgt..tp bile fikir2 balik..ini semue nk menguji iman kita..sabar aje kalau die dtg ….tipis aje..jgn fikir sgt tentang tu..mcm abu aaqil kate berpaling dr bisikan tu..mcm org ejek2 kita kat sekolah kan..so kite jgn peduli ape die ejek2 tu..nanti lama2 die penat..
oh rupa2nya betul kate abu aaqil ..ALLAH menunggu2 hambaNya merayu merintih pada ALLAH…sebb ALLAH itu syg kepada hamba2Nya di uji bermacam2 dugaan..saya ade bawakan dalilnya..sekejap ya..muga saya dan semue termasuk naa..tabah menghadapi ujian ini…
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yg isinya adalah ujian…
Dalam hadis qudsi Allah berfiman”
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. Meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim yg ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sy pon ade gak sakit/sesak dada bile lintasan/ragu2 ttg Allah muncul..
probably sakit sebab kita panic attack juga
tenangkan jiwa.
saya selalu WAS-WAS teruk.
nak solat, al fatihah asyik ulang2 je.
+ lintasan lagi..
pada satu hari… Allah bg saya ilham yg baik…
teringat satu surah, tapi lupa surah apa…
“Hai jiwa2 yang tenang”…
LEPAS TU JD relax2 balik
Alhamdulillah.
But still struggle. nangis tu biasa.
kdg2 rasa org sekeliling da naik jemu ngn kita ni..
Samalah..sy pon cenderung utk ulang bakik solat/mandi wajib sbb takut iman batal sbb ragu2 ttg akidah n lintasan hati…mak pon selalu marah sbb sering tanye dia sah ke tak mandi/wuduk/solat
Sy xtau dh nk buat mcm mane..sakit sgt..bkn sakit dada ke ape..tp stress..sy takut sgt Allah murka dgn sy..tp hati ni duk kata mcm2 kat Allah..Allahuakbar..
naa..bace ayat2 al quran..dgr ayat2 al quran…tgk makna dia skali…surah2 seperti juz amma…dgr dan teliti maksud nya…kalau masih menggangu ..perbanyakkan ucap lahaulawala quwata illa billa hi a’ li hil azim…..jgn layan dia..bt xtaw..
izzul xperlu lah ulang2 solat..lgk byk ulang lgk xbaik kamju punye penyakit..kalau die suh ulang balik..mampus la kau kali ni aku nak bt xsah lak..lama2 die penat..jgn fikirkan dia tu(syaitan) bt xtaw..saye pon selalu kene…cepat2 mengucap dua kalimah syahadah pastu ingat ALLAH saje..ingat sejarah islam…ingt shbt2 dan rasulullah saw perjuangan baginda menegakkan islam….
dalilnya…
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
(Al-A’raaf 7:201)
Terima kasih.. Insya Allah
.. Sy pun agak bimbang jika masalah ini akan mengganggu sy bila dh start belajar nanti..
teguhkan hati.kuatkan semangat..ingat kite asal dari mana? dari air mani..siapa ygs salurkan? ayah kita..tapi siapa yang pelihara kan air itu sehingga menajdi manusia? yg sempurna sifat? Dialah ALLAH yg maha Ghaib lagi Maha tersembunyi yang tidak boleh dilintaskan dengan hati, x boleh di bayangkan kan dengan akal dan x boleh di lihat dengan mata..sebab apa? sebab nya manusia ini terhad untuk mengetahui tentang Tuhan..itulah tanda kite lemah. perumpamaan adekah kiteboleh mengira bintang2 dilangit ataupun tahu jarah penghujung langit? nescaya akal kite tidak mengetahui bukan? apekah yg mencipta oenghujung langit dan yang menciptakan segala bintang2 itu lagi lah kita tidak mengetahui bukan..tetap kan iman berjuang hingga ke akhir nafas…mudaha2an ALLAH nilai inji sebagai jihad..dan mengologkan kite dikalangan org2 yg berusaha membaiki keyakinan kepadanya..
Insya Allah.. Terima kasih ye saudara hamba lemah
.. Semoga kita diberi kesabaran dan kekuatan oleh Allsh SWT utk menghadapi ujian ini.. Aminn..
Allah SWT (typing error)
hehehe..ok same2..:)
Thanks hamba lemah..hari ni pon sy ade ulang solat zohor n mandi wajib..sy keliru,kalau ulang takot jadi bidaah,kalau tak ulang takut solat tu tak sempurna…tp mmg sy sering ucap la ilah ha illallah muhammadur rasulullah byk2 kali kalu lintasan/ragu2 tu dtg..kdg2 rase mcm bodoh plak sbb dipermainkan oleh setan…kalu dia tak berjaya ganggu kite dgn hal ni,die ganggu dgn hal lain plak…ataupun kalau satu masalah was2 sy selesai,dia kacau dgn masalah was2 lain plak..tapi skurg2 nye jwpn suadara blh melegakan sdikit hati sy,psl dalil tu..
ALLAH BERFIRMAN MAKSUDNYA:
sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata Tuhan Kami Adalah ALLAH kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul akan turun lah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham). jangan lah kamu bimbang dari berlakunya kejadian yang tisak baik terhadap kamu) dan jangan lahkamu berdukacita, dan terima lah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.kamilah penolong dalam kehidupandunia dan pada hari di akhirat.
Dan Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka hendaklah engkau memohon perlindungan KEPADA ALLAH
SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI..
wahai saudara2 ku jgn bersedih hati tetap teguh ada dalil al quran ini…tetap teguh melawan jgn berputus asa..balasan syurga saudara2ku
Subhanallah…maha penyanyang dan maha baik nya Allah….
Sy pun mcm izzul gak, suka ulang2 solat n wudhuk..bile hati ni kata yg mcm2 n mengarut ngarut dekat Allah, mula lah sy berhenti solat n ulang balik..letih sgt..huhu
Sekurang2nya kak naa lebih berutung sbb cume didatangi lintasan hati..sy lebih teruk sbb ragu2 akidah..takut termurtad..paling sy benci bile perasaan sy seolah2 mcm nk murtad/terniat utk murtad scr tibe2 selepas mandi wajib,tp sy taknak sgt2…
salam, sya pun ada terjadi lintasan hati juga sebulan yang lalu..sya sangat takut akan kemurkaan dan azab allah…sya selalu ingat klaw kita diberi dugaan bermakna allah ingin hapuskan dosa kita yang lalu dan dinaikkan darjat disisi allah..jangan takut atau bersedih allah sentiasa bersama kita..sya anggap lintasan yang datang adalah tanda allah sayang kita..allah x nk kita lupa akan -Nya.kalau lintasan itu x ada ..kita akan lupa pada allah dan x ingat allah..semakin sayang allah pada hambanya semakin kuat ujian seseorang itu.kuat iman dan belajar lebih akan ilmu tauhid..insya-Allah ,sesungguhnya pertolongan allah itu sangat dekat bagi orang yang beriman.
Izzul,akak pun mcm tu gak, sebijik mcm izzul, ade gak lintasan hati psl nk murtad tu..ade comment2 akak dgn saudara Abu Aaqil psl masalah akak ni.,