
Minggu lepas kebetulan, saya terjumpa website Ustaz Azhar semasa mencari jawapan pada satu persoalan agama di internet. Pada mulanya saya agak skeptical dengan Ustaz ini, hebat betul websitenya. Canggih Ustaz ni.. boleh buat website setaraf student2 IT. Boleh pakai ker Ustaz moden nih?
Dari situ saya dapati ada ruangan Audio Soal Jawab agama, lalu cuba mendengarnya. Tinggi juga ilmu fiqah Ustaz ni. Lalu saya ikuti satu persatu rakaman soal jawab agamanya – memang bagus untuk menambah ilmu fiqah.
Seminggu kemudian saya terjumpa pula rakaman Video Ceramah Agama beliau, banyak juga cabang ilmu yang beliau ajar – tauhid dan sebagainya.
Dan sekarang, terdetik pula untuk saya hebahkan lagi website ini kepada lebih ramai lagi. Walau pun kita tidak dapat berkat hadir jemaah menuntut ilmu, sekurang2 dapat juga pelajari ilmu agama.
Allahuaklam.
Website Ustaz Azhar http://ustazazhar.com
Lain2 Koleksi Ceramah Agama Ustaz Azhar
http://www.youtube.com/user/sEput
http://www.youtube.com/user/suehanna
http://www.kuliyah.net/V1/index.php
http://ceramahislam.wordpress.com/category/ustaz-azhar-idrus/















selain hebat ilmu agama, beliau juga merupakan penggemar fotografi..
Saya suka mengunjungi blok ini.
assalamualaikum
minta panduan bagi mengajar saudara baru yang dah tua?
Salam Abil,
Saya bkn org terbaik untuk jawab soalan saudara. Mungkin membawa beliau ke Perkim jalan terbaik.
Allahu a’lam
assalamualaikum ustaz,. Untuk pengetahuan bersama setelah terbaca blog yang tertera, ingin rasanya saya megajukan pertanyaan kepada ustaz bagaimana sepatutnya seseorang bukan islam ingin memasuki agama kita islam secara afdalnya. dan apakah hukumnya bila kita memasukkan orang bukan islam ke agama kita islam secara kerelaan hati orang tersebut memeluk agama kita islam ustaz…………
Salam szambrud,
Kalau saudara tujukan pertanyaan ini pada saya, saya bukanlah seorang ustaz. Cuma seorang yang baru belajar agama Islam.
Keduanya, kita memuji Allah SWT yang Maha Pengasih kerana Dia telah memberi hidayah kepada saudara kita tersebut.
Yang saya dengar dari Ustaz Azhar, sesiapa pun boleh mengajar syahadah kepada orang yang mahu masuk Islam. Islam tidak memberatkan bahkan sangat memudahkan umatnya. Cuma, dianjurkan juga sebelum itu untuk diberi nasihat bahwa “Saya gembira awak nak masuk Islam, tapi masuk Islam ini tak boleh main-main, ….. ” Lebih kurang macam tu lah peringatan yang saya ingat.
Kemudian diajarkan syahadah, dan maksudnya.
Kebiasaan yang saya dengar, kita membawa orang yang ingin memeluk Islam ke masjid berdekatan dan mendapatkan bantuan Imam untuk mengajarkan syahadah. Dia juga boleh pergi sendiri ke Masjid berdekatan untuk mendapatkan pertolongan Imam.
Bertuahlah sesiapa yang memperoleh rezeki mengislamkan saudaranya. Allah menjanjikan pahala yang besar.
Allahu a’lam.
kita harus bertobat kepada allah .swt. amin yarabbal alamin