
With respect, Tuan Guru Hadi Awang seorang tokoh besar Ulama dan pemimpin. Tapi beliau mungkin kurang bijak berpolitik.
Isu kerajaan perpaduan ni bukan baru, isu ini dah hangat dan hangit bulan 7 tahun lepas. Sila baca post saya terdahulu – Umno menghasut, PAS melatah, RAKYAT gelisah.
Lepas Hadi and the geng buat pasal, lepas tu tak reti nak selesaikan. Nasib baik TG Nik Aziz ada, beliaulah yang menyelesaikan isu tersebut. Tak sampai seminggu, selesai.. senyap.. khalas.. Sila baca.. Tuan Guru Nik Aziz kata PAS Sedia Muzakarah Dengan Syarat..
Saya kagum dengan TG Nik Aziz begitu bijak menyelesaikan masalah, beliau bijak membaca politik. Saya kagum dengan kaedah beliau gunakan. Pemerhatian saya ketika itu, setelah lama isu ni dimainkan oleh UMNO, dan ahli PAS juga melatah, beliau mengeluarkan kenyataan PAS sedia bermuzakarah malah sedia bergabung dengan UMNO dengan syarat UMNO menerima Islam sebagai perjuangan mereka.
Dalam bahasa pasar, “Nah amik kau.. ada berani?”
Ni membuat UMNO sendiri tersentak. Tiada lagi ulasan2 pencacai UMNO dalam Utusan. Lalu isu ini terus padam.
Dah elok2.. si Hadi buat hal lagi. Timbul balik isu Kerajaan Perpaduan. Betul, memang bukan ni yang Hadi ucapkan, tapi akibat kenyataan beliau, isu ini kembali hangat.
Seperti biasa beliau tak reti nak matikan isu ini. Anwar pun serupa, tapi tak boleh salahkan dia sepenuhnya. So sekarang… walasal balik asal.. tunggu jelah Nik Aziz datang menyelamat..



