(18 tahun ke atas sahaja)
Petang tadi saya pergi ke klinik, sebab sakit perut. Sakit perut dah tak tertahan lagi. Dalam perjalanan nak ke klinik, dah berpuluh2 kali saya terkentut. Susah payah saya kemut tahan kentut… perut pula memulas.. aduhh!! kes naya ni..
Sejak balik kampung di Perak bulan Febuari lalu, perut saya dah meragam. Saya tak tahu kenapa? Apa yang tak kena? Saya rasa saya tak salah makan. Memanglah, di kampung hari tu saya ‘belasah’ makan cukup2.. tapi saya makan yang biasa2 saja. Tak ada beza dengan sebelum ni.
Masa saya balik kampung bulan Febuari lalu, di kampung saya pesta – memang meriah bukan main lagi. Bukan saja kampung saya, bahkan kampung2 lain yang berdekatan pun sama meriah. Kami sambut Pesta Hujan! Bukan selalu pesta ni diadakan, ianya hanya akan dibuat bila musim hujan yang luar biasa berlaku. Hujan yang berpanjangan ini akan membuat kampung2 kami meriah dengan bunyi2 Katak. Katak hanya akan keluar beramai2 pada musim ini. Bunyi2 katak inilah memeriahkan kampung2 kami.
Onggg…kedek..kedek..kedek.. Onggg…kedek..kedek..kedek.. (ini bunyi katak kodok di Kampung Changkat, sebelah kampong saya)
Masa musim inilah katak2 jantan naik syeih.. katak2 jantan ni akan berbunyi semerdu mungkin. Untung2 dapat katak betina.. untung2 lagi dapat ‘ehem ehem’..
Pada musim ini, kami ramai2 berpesta di rumah masing2. Kami sekeluarga akan berlonggok depan TV sambil makan makanan enak2. Waktu hujan, perut memang selalu lapar. Masa inilah kami menjamu selera kami sambil berpesta. Kami makan sambil menonton gambar2 Katak di kampung kami yang muncul di kaca TV. Orang TV memang wajib datang untuk merakam gambar Katak2 di kampong kami pada musim hujan. Kebiasaan, orang TV3 lah yang paling rajin. Mereka datang merakam tak kira waktu dan tempat. Di mana katak2 ini berada, pasti ada orang dari TV3. Ada katak, adalah TV3. Mereka tak kesah hujan yang turun lebat mencurah2. Bagi mereka, itu hujan rahmat. Lagi banyak katak, lagi murah lah rezeki mereka.
Kami akan tonton lagak2 katak di kampong kami sambil bertepuk tangan. Penat bersorak, kami makan. Inilah yang kami buat masa Pesta Hujan di kampong kami. Bukan selalu musim hujan yang luar biasa ini berlaku, seumur hidup saya, ini kali pertama.
Balik dari kampong, saya masih melihat gambar2 katak kampong saya diulang di TV. Memang saya suka, sekurang2nya saya masih terasa di kampong. Sambil tonton, saya akan makan dan makan lagi. Berat badan saya dah naik. Mendadak sejak ada Pesta Hujan. Kalau lihat cermin, perut saya dah cover separuh cermin. Bukan saya tak risau, tapi.. memang saya suka makan sejak ada Pesta Hujan hari tu.
Yang paling saya risau, perut saya yang selalu memulas2. Bila datang waktu, sakitnya bukan kepalang. Perut rasa macam nak pecah. Maklumlah, sejak bulan Febuari lagi saya tak berak2. Bukan saya tak nak berak. Dah puas saya teran, sikit pun tak keluar. Dah banyak julap saya telan, sikit pun tak jalan. Ini betul2 buat saya susah hati. Jika dipikir2 balik, ini pasal Pesta Hujan lah jadi macam ni. Saya dah terlebih makan.
Tapi yang saya pelik, biasanya lepas makan saya akan berak. Ini tidak, lepas makan, tak berak2 pula. Kes naya betul ni, asyik masuk je, bila nak keluar? Inilah yang buat saya susah hati.
Sekarang dah dekat 3 bulan, saya belum berak2 lagi. Makan,tak miss, macam biasa 3 kali setiap hari. Makan..jangan tak makan. Tak makan, takut lapar. Tapi dah makan, susah hati pula. Susah hati sebab saya tak dapat berak!
Kini susah hati saya makin bertambah. Hari2 perut saya memulas. Rasa macam nak terberak. Tapi bila teran, tahi tak mahu keluar. Arrggh.. betul2 susah macam ni. Dah banyak cara saya cuba, dah berkali2 pergi klinik minta ubat. Dah bermacam2 ubat saya telan. Satu pun tak jalan.
Ni dah masuk sebelas kali saya ke klinik. Dari Klinik Raghu sampailah Klinik Ramli, semua tak jalan. Bagi saya, semua doktor2 ni bengap. Baghal.. Apa yang susah sangat nak cari ubat bagi saya berak. Tak kan tak ada ubat langsung. Hampeh punya klinik, tak boleh harap.
Petang tadi, usaha saya terakhir. Saya dengar klinik ini bagus. Doktornya pakar bab2 berak ni. Ada doktor Pakar Berak. Jumpa beliau, pasti terberak. Ni orang cakap la. Kalau orang tipu saya, tak tahu lah.
Susah payah saya ke klinik, agak jauh juga dari rumah saya. Kalau lalu Lebuhraya Persekutuan, nak ke KL, sebelah kanan sebelum stesen minyak Shell. Memang betullah orang cakap, saya tengok di papan tanda klinik tu ada tulis Pakar Berak. Lega betul bila tengok. Harap2 saya boleh berak lepas ni. berjam2 jugak saya menunggu, mula2 orang kaunter tu kata kena buat appointment dulu sebelum boleh jumpa doktor. Terkejut juga saya, klinik macam ni pun nak kena buat appointment? Biar betul.. Tapi, pakar punya pasal, takpa lah. Saya tanya bila doktor free? Dia kata pukul 3 doktor free. Huhh.. mengeluh juga saya, lagi 2 jam. Pakar punya pasal, tunggu pun tunggulah.
Dah pukul 3, saya dah tak tahan lagi. Tengok pintu bilik doktor, tak buka2 lagi. Aih.. tak panggil2 lagi ni. Jam dah pukul 3. Saya dah tak boleh duduk diam, ke hulu ke hilir saya jalan. Bila depan kaunter, saya tenung muka minah jaga kaunter tu. Geram, sakit hati. Bila dia nak panggil masuk ni!
Kentut jangan cakap lah, dah berkali2. Dah puas saya tahan tak mahu kentut tapi mana boleh. Angin dalam perut dah satu macam, berpusing2. Bila terkentut, jangan imagine lah, bau tengit tuhan dan orang2 dalam klinik saja yang tahu. Mahu pengsan kalu kena ‘direct hit’.
Lepas 15 minit saya ke hulu ke hilir, saya tak boleh tahan lagi. Saya tanya kaunter, ni bila boleh saya masuk? Errr.. encik tunggu kejap lagi yea..doktor keluar kejap pergi bank. Hah.. ini betul2 mendatangkan angin satu badan. Saya tak kira lagi cun ker tak cun ker minah yang jaga kaunter tu. Saya tepuk meja, mana boleh macam ni! Dah dua jam saya tunggu, mana boleh postponed2 lagi. Dah tak tahan lagi perut saya ni. Cepatt!!
Terkejut beruk minah cun yang jaga kaunter tu. Muka saya dah menyinga, mata saya dah bulat. Gigi saya dah kancing, kalau buka memang dah saya telan minah tu. Errr.. encik sabar sikit lagi yea, saya call doktor suruh datang cepat.
Saya buka pintu keluar klinik tu sebentar. Tak tahan lagi duduk dalam klinik tu. Angin betul.. tambah lagi dengan angin kentut saya. Elok saya keluar hisap rokok sebatang dua.
15 minit, baru doktor balik. Err.. awak Sufian yer? Mari..mari.. masuk bilik saya.
Tak banyak cakap, saya ikut masuk bilik. Masuk je bilik doktor, saya kentut sekuat2 hati.. POOOOOooooooooooOOOOIIIKKKK!!!!
“DOKTOR!!! DAH TIGA BULAN SAYA TAK BERAK! “
Tak paham? Baca ni




