Saya memperoleh satu email yang sangat panjang lebar menceritakan pengalaman
seorang pembeli Naza sutera yang mengadu tentang permasaalahan yang dihadapinya. Daripada email tersebut, sungguh mengerikan..selayaknya pembeli patut khuatir jika berniat untuk membelinya. Bagaimana pun kesahihan cerita di dalam email ini tidak dapay dipastikan, lalu saya kategorikan dalam ‘cakap-cakap’ – hear say
di bawah ini kandungan email tersebut – verbatim.
KALAU BETUL KITA BELI KERETA NAZA IKUT NASIB, BACALAH LAPORAN YG PANJANG LEBAR INI:-
LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA
Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos 2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan yang telah dibekalkan kepada saya:-
1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan masalah-masalah.
2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja dan boleh dilihat dengan sebelah mata.
3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya hadapi hanya kerana pintu-pintu ini.
4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta ini setelah lebih dari 1 tahun.
5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari kerana keseluruhan ?dash board? perlu dibuka. Disini pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.
6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September. Bayangkan ?oil seal? pun, Naza ambik masa selama lebih daripada 3 minggu.
7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang paling menyedihkan baru sebulan ?wiper? pun dah mula tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba berkali-kalibaru ia berhenti di tempat yang sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan ini. Macam tangkapmuat ajer.
8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik rumah jadi balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada pengguna.
9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan sebegini ketika ia baru dibeli.
10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan, percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia tidak menggunakan ?timing belt? dimana ia gunakan ?timing chain?. Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya terangkan dibawah. Ini bermaksud seolah-olah ?timing chain? tidak meningkatkan mutu enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru.
11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal dihidupkan.
Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka enjin boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti.
Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang baik.Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati setelah saya cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km;
Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda, malangnya sampai disana saya diminta membayar kos tunda tersebut. Biasalah pengguna memang selalu malang.
Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah dan minta saya dating keesokan harinya. Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu ?overhaul? kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa mengendahkan apa yang saya laporkan.
Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.
Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius ?MAJOR PROBLEM?.
Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik hendak menyalahkan orang.
Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.
Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru ?cylinder head? dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana ?oil seal? masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alatganti tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan membebankan saya.
Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri
Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja.
Bayangkan atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini digantikan dengan yang baru.
Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.
Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.
12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung.
Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan pihak lain.
Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih daripada RM38, 000.00 dan bukannya RM3 sahaja.
Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah sebegini, tiada ?antirust? ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.
14. Seterusnya masalah kunyi ?remote? pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti; kunci ?remote? tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan fahamilah masalah saya.
NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.
Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam dibuat dengan kaki.
Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.
Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.
Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun dengan tidak memberi saya masalah sebegini.
SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA .
Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada ?Naza Customer Service? mengatakan bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang diberi dengan percuma dahulu. Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana punyanya perkara ini terjadi.
BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius ?MAJOR PROBLEM? bukannya ?MINOR? .
Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan keselamatan kenderaan ini.
Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.
Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.
Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama ?RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI?.
** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.




alamak…. baby bru jer bercadang nk bl naza sutera.yelah harga pon muarh, sape yang xnak? btol x????sblm ni nak amek kelisa, tapi my mum said ‘mahal’… n then suh saye amek naza sutera… hurmmmm ntah lah…
poning palo den!!!!
produk naza memang tiada kualiti…hai baby,leh kenalan.
aku baru beli kereta naza bestari pada bulan jun 2008.tidak sampai 2 hari stereng kereta berbunyi semacam ada bebola guli didalam stereng.selepas repair than oklah.tidak sampai 2 bulan starter switch pula rosak.awal pagi dapat start tetapi selepas enjin panas susah nak start sampai 100 kali try baru dapat start.bila i bawa pergi kuching repair agen workshop naza ni kata kena tunggu spare part dari KL.ada kah patut saya kena tunggu sampai sebulan….habis tu kereta tak dapat start…kena tolak pulak perah keringat kawan.macam ini matilah aku.lepas tu sya check kat workshop luar.kat kuching jugak.selepas check punya check foreman workshop cakap starter kereta saya lupa dipasang washer,menyebabkan starter saya rosak dibahagian tread.selepas tu saya pakai duit saya sendiri bayar.dekat rm300 bro!!!! termasuk gaji labour.sepatutnya kilang naza kat gurun kedah tu harus menjaga tahap kualiti yang bagus.jangan alah kadar sahaja cari untung.nanti tidak berkat baru tahu….masalah lain belting power stereng berbunyi bila nak membelok apabila hujan atau selepas mencuci kereta.bila tanya agen naza,diaorang kata tunggu hari hujan baru dapat check.kalau macam ini bodohlah mekanik itu.lepas tu bila nak parking dan keluar kereta,semacam ada bunyi spring longgar kat belakang tayar atau bunyi besi tidak cukup greasing.bila tanya mekanik tersebut,dia cakap tak boleh buat apa.saya betul-betul menyesal beli kereta bestari atupun kerete orang putih.baik beli kereta jepun atau asal saja timur mari.spare part banyak,senang cari,murah dan berpatutan lagi.bosan……entah apa lagi rosak selepas ini.
ramai2 kita report kat kpdn pasal naza sutera ni..aku baru report..
caner nak buat report kat KPDN? dah try bukak website untuk e-aduan, tapi tak tau nak kategorikan masalah ni under kategori apa..
aku pun nak wat adua kat kpdn pasal masalah keta naza aku gak.aku punya pun 2×5 ngan masalah ko jer…..
naza sutera mmg x leh pakai! kereta saya penah x siden sehinnga 6 bulan spare part masih xde! kereta saya terbengkalai kt workshop lagi
mmg x bagus pakai naza sutera! harap ada anugerah…tapi kualiti kete yang dikeluarkan x bagus!
Bagus juga baca komen macam ni sekurang2nya boleh buat keputusan tepat bila nak beli kereta nanti. Jadi kereta naza sutera ni dah kuar dari list saya..rasanya saya nak beli kereta proton saga baru lah.Ada tak info2 keburukan kereta buatan malaysia ni?
FS Trading ? alamak.. patut la debit card aku RM2000 tak dpt lagi ni, dah 3 bulan. silap la dah beli baru terbaca sume ni, sepoi…sepoi..
bapak aku pown bli gak kete naza sutera ni..aku try bwak mcm gampang rasenye…kpd pmnt2 yg nk bli kete naza ni xpyh laa aku syor kn..kete ni byk sgt ragamnye..bpak aku tiap2 mgu kne ulang alik ke kuala trg coz nk repair kete tu..ari ni rosak viper..sok rosak econ.lusa plak rosak bonet xley nk open..ntah laa aku pon xtaw nk ckp lg..ade je mslhnye…cm sial la kete 2…nk jual blik xde org nk da…mmm pkai jela…
betul..betul..sy pun beli naza pada 14.7.2006..memang menyakitkan hati..nak jual tak laku..kita yg kena tanggung..sy pun macam2 masalah hadapi..memang sakit hati..sy punnak report kat kpdn..sampai sy terpaksa tukar alat ganti lain kat bengkel lain sebab tunggu naza sgt lambat sedangkan nyawa sy boleh terancam bawa kereta tu..naza sutera memang kete bodoh..kempen jgn beli apa2 produk naza..memang tak guna..
saya dah tak servis kat nasa sejak setahun lebih yg lepas..tapi bila servis kat luar sy dah keluar byk duit utk itu..masalah air-cond..enjin, kompresor, pintu, wiper..temperature asyik naik jer..clucth sy patah dua kali dalam tempoh 6 bulan pembelian..memang tak guna..memang kete ni tak guna..memang geram..
Saya beli naza sutera saya bln ogos 2006, namun tak sampai 2 bln dah jumpa masalah iaitu steering rack nya bocor. Puas saya top up minyak power steering byk jugak saya rugi tuh. Lepas masalah tadi diatasi dgn penggantian yg baru satu lg masalah timbul iaitu RPM jadi tak steady yg menyebabkan ia naik sapmapi 2000-3000 rpm TANPA menekan pedal minyak, ape ni? memang NAZA Corp ni hanya MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN semata-mata. Saya sangat kecewa dgn yg diberikan oleh pihak NAZA dan service centre Naza nie, rasa macam nak bakar jer tempat tu…, (tapi tak buat pun)… Lu pikir lah sendiri!!
Salam, sape2 kat sini yg tau lah kalau nak tukar Shock Absorber utk naza sutera ni Jenama dan model ape yg boleh masuk kat model sutera ni… Kalau nak harapkan ejen naza sutera ni 2 bulan BELUM TENTU boleh dapat barang tuh, menyampah betul aku dibuatnya…,
Saya turut bersimpati dengan anda. Saya menerima nasib yang sama setelah memiliki naza sutera yang cukup bermasalah. Sebelum inipun pelbagai masalah yang dihadapi seperti wiper tidak berfungsi, aircond rosak dll. Sehingga kini kereta saya masih lagi tersadai di bengkel P.A.Motor di Taman Kenanga, Kota Bharu, kerana kerosakan ‘fius box’ dan terpaksa diorder tempat asalnya China.
Hampir 5 bulan terperap di sana …entah bagaimana
keadaannya. Dari tarikh 2 Disember 2008 sehinggalah sekarang ini, masih lagi tersadai di sana. Sebaik saja saya menelefon bertanyakan khabar tentang kereta: Jawapan yang sama diterima. Katanya barang tidak ada stok, bos baru je follow up dengan HQ dan macam2 lagi.
Saya sudah muak dan jemu dengan alasan pihak service. Pihak Naza banyak menyusahkan customer daripada menyenangkan. Tak tahu ke kereta tu nak digunakan ke tempat kerja dan pelbagai urusan lagi.
Sekarang ini saya terpaksa berkongsi kereta dengan rakan sepejabat untuk ke tempat kerja. Sampai bila nak berkongsi kereta dan sampai bila duk bayar ansuran bulanan sedangkan kemudahan tidak dinikmati.
Sebagai inisiatif pihak syarikat perlu menggantikan atau menyediakan sebuah kereta untuk saya gunakan. Duit nak tapi apabila timbul problem masing-masing nak lepaskan tangan. Ibarat enau melepaskan pucuk-pucuknya. Benggang dibuatnya. Kalaulah ada modal 2 boleh ler nak ambil kereta baru tapi ….al-maklumlah. Tambah2 ekonomi gawat sekarang ni.
Assalamualikum semua,
Wahai sahabt-sahabatku semua yang beli kereta naza sutera, t/kasih kerana mengujudkan forum ni dan dapat berkongsi problem-problem ni, saya pun menghadapi perkara yang sama seperti anda semua dan semasa msg ni di tulis kereta saya masih berada di bengkel Musaini Auto Sdn.Bhd. (Masalah driveshaft dan stering rek) sebelum pada tu semalam saya baru ajer repair tali cluth dan tepper motor (RPM naik turun). Geram dan sakit hati dengan masalah2 sebelum ni dan terkini saya boleh rumuskan bahawa kita semua telah terbeli “BESI BURUK” sebenarnya yang hanya cantik di luar tapi berulat di dalam. Justeru saya tak lengah2 lagi setelah hampir 3 tahun dengan tahap kesabaran yang ada kini saya sudah tidak tahan lagi dengan berpuluh2 problem malah boleh dikatakan beratus masalah dari sekecil-kecil masalah dan sebesar-besar masalah.. marilah kita buat aduan di sini dan buat tuntutan agar Pihak Naza menarik balik kesemua kereta-kereta Naza Sutera dan membayar ganti rugi kepada pembeli kereta2 ini atau setidak-setidaknya buat aduan di Tribunal Pengguna sama ada melalui online atau di pejabat cawangan negeri masing2. Kepada sahabat-sahabat ku di sini lah kita luahkan apa yang terbuku dan kita serahkan kepada pihat Tribunal mengambik tindakan, sila ke:- http://ttpm.kpdnhep.gov.my/etribunal/user/user_login.php
*p/s: kepada yang belum daftar sila klik butang daftar dulu selepas itu buat lah aduan. Insya’allah selepas itu kita bertawakkal kepada Allah dan bersembahyang hajat, insya’Allah doa orang yang teraniaya tidak ada hijap (halangan) terus sampai ke Rabbul jalil… aminnnnn!!!
masalah yang u all alami sama seperti adik ipar azie alami. bila start enjin jer menderu-deru enjin, padahal tak tekan minyak pun. Bila bawa laju je sikit dah tempreture naik. sekarang kereta tu tersadai depan garaj rumah. Nak pergi repair ongkos takde & spare part pun takde, kena gi shah alam pulak. Ermm..satu pembaziran dan memalukan NAZA.
Sebelum ni bangga gak dgn NAZA, sbb org melayu pegang, tapi no quality..what for? bangsa sendiri gak yg susah sbb bangsa sendri yg beli.
SAYA PUN ADA NAZA SUTERA, ADA SESIAPA BOLEH BERITAHU SAYA, MANA SAYA BUAT ADUAN TENTANG KERETA SAYA? HANTAR KE NAZA CAR CENTRE, AKSESORI DALAM KERETA DITUKAR KEPADA YANG LAMA, DAH REPOT POLIS, TAPI SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT HUBUNGI HQ…. RASA SANGAT MALANG KRN MEMBELI KERETA NI…
NAZA SUTERA is one of the lousiest car on earth. The car have been having problem from day 1 and NAZA itself can’t fix it. And it has no resale value..or rather none of the 2nd hand car buyer wants to buy it. Wondering how did this car pass the test…or who approved it? anyway..better sell off although you’re losing a bit instead of keeping it and losing more..as NAZA sutera can give you suprises everyday
Nampaknya problem yang sama pada pemilik naza sutera.
Sungguh malang nasib saya dengan kesalan yang tidak terhingga kerana membelinya.
Agak-agaknya boleh ke dapat ganti rugi………
Semua yang beli kereta Naza Sutera mengalami nasib yang sama. Saya pun beli kereta tu tak sampai sebulan dah macam-macam masalah. Saya rasa masalah ini tak sampai kat pemilik Naza Tan Sri Nasimudin. Apa kata kita semua cari no tel ke @ emal Nasibudin tu komplain je masalah kita kat dia . Kalau susah @ tak ada apa kita komplain kat TV3 lagi senang.Kita buat komplain ramai-ramai.Kalau sorang je tak laku.
setuju ngan Unmetal, Komplen Kat TV3 dan mintak ganti rugi balik kat Naza Corp. Saya pun pakai keta Naza Sutera ni, memang banyak problem.
fuhh..sy baru nk agkat naza sutera 2nd..harga murah tp setelah membaca baru tau byk mslh…nsb baik..tq guys..ade hikmah yg besar d sebalik sume yg tjadi..u’v learnt ur lesson, evn in d hardest way..slamat mcari kete baru =)
aku baru beli kereta naza sutera ni pagi tadi..
yang terkejutnya ada pulak ulat sutera kat dalam enjin..
tapi aku tak kisah…
baru jer nak masuk kunci dah meletup..
tapi aku tak kisah…
sebab aku sabar tak macam korang..
korang tahu tak masa aku beli keta ni diaorang langsung tak isi minyak tapi aku tolak jer balik…
aku tak kisah…
lepas tu tayar pulak pancit…bila aku nak cari tayar ganti rupanya dia letak pelampong mandi budak2..aku sabar tapi aku tak kisah pon…mungkin hadiah extra naza..
masa aku nak masuk gear 1 korang tahu tak apa jadi??? keta aku jalan belakang…bila aku tekan brek keta aku lagi laju….
tapi aku bila aku tekan minyak keta aku berhenti..tapi aku bersabar mungkin naza reka macam tu so aku sabar je la tak macam korang cepat melatah… pakai la dulu.. nape korang beli tak test naik bawak pecut dulu…
ok lah nanti aku comment pula bila kejadian baru yang aku kesan.
woi ucup lu kalau nak kutuk kitaorg jaga skit..
wa umtclub boleh pukul lu…
dah la kereta kitaorg bermasalah..lu plak wat sengal..
sama laa kita…lepas satu satu problem timbul…aritu pegi taiping guna naza sutera,lepas 2 hari, start enjin masuk gear satu tak boleh gerak langsung..terpaksa call orang naza datang umah..sportring cepat kotor berkarat…air wiper bocor..cermin tingkap sekat xbleh tutup.. kalau dah macam ni xbleh tahan …….ada sapa2 nak beli?sila sila
Saya dah naik muak nak melayan masalah Naza Sutera. Memang rasa kesal beli produk NAZA yang ini. Ada spare part hampir 2 tahun setengah baru say dapat ganti. itu pun masih tak puas hati lagi…sama je masalahnya… duit dah banyak keluar. Saya rasa kita kumpul ramai-ramai dan panggil TV3 dan NAZA untuk selesaikan masalah ini.. lagi pun saya tengok NAZA dah tak promosi kereta ni lagi…takut lagi lambat kita bertindak lagi parah..sebab kalau kereta tak laku..spare part mana ada jual.. lepas nie kalau repair kena campur aduk dengan spare part lain la…lama-lama keta nie tak sampai 5 tahun dah jadi tukun..Mari kita minta NAZA tarik balik kereta nie dan bayar ganti rugi…
Terima masih En Abu kerana beri laman web Tribunal Tuntutan pengguna. Saya sudah daftar tadi & sudah buat aduan.Aduan saya akan di proses 3 hari bekerja. Kalau tak ada keputusan saya nak buat aduan pada TV3 aja. Saya juga sudah buat aduan di surat khabar harian Metro semalam dalam ruang sms IMetro. Tak tahu bila nak keluar sms saya tu.
Masalah kereta saya kalau guna air cond, bunyi air cond dia bising.Kalau tutup air cond xde lak.Nape,ek?Masalah air con compresser ker?P bengkel ada yg ckp masalah belting la ape la.Anggaran kos ada yg cakap rm puluh2 jer ada yg cakap rm800-1 k.Mane 1 nak percaya,saya pun x tau.Leh x komen masalah kete sy ni masalah ape?Huhuhu…
salam..
saya dah buat aduan di tribunal pengguna, dan perbicaraannya pada jumaat ini, 24.7.sy tuntut atas dasar liabiliti litegasi..
saya setuju kita keluar tv3, apa kata kita kumpul ramai2, sapa yang nak incaj..
Kepada Mar, saya pernah kena bila on aircond je dia bising..bunyi macam bergesel…bila hantar kedai aircond, pomen kata clutch plate untuk compressor dah rosak.. try nak tukar tapi tak de spare part..terpaksa order dari UCM Air Cond ( company yang supply air cond utk Naza Sutera ). Bila oder X boleh pulak order clucth plate je..kena order complete dengan compressor…tension betul la..So, siap semua kena la RM1k … Klu Mar nak comfirm kena pergi tanya kedai yang o.k.. jgn pergi NAZA servis centre..nanti kena sembelih..sebab sebelum buat tu saya pergi tanya diorang dulu…complete tukar dengan upah lebih RM1.5K..itu belum termasuk yang entah apa-apa lagi..
Kepada pemilik2 kereta NAZA Sutera yang lain..apa rancangan untuk kita menuntut hak kita terhadap kereta yang bermasalah ini…
tuntutan saya ditolak..huhu…
apa kata kita pemilik kereta naza sutera buat perjumpaan dan kita bincang apa yang boleh kita buat..
saya tinggalkan email saya nor_adilah80@yahoo.com.sapa2 yang berminat tinggalkan nama, alamat dan no telefon utk dihubungi supaya kita boleh arrangekan perjumpaan..
saya beli kereta di seremban, tetapi sekarang saya tinggal di batu pahat..kalau jumpa di seremban atau kl ok jer..
saya dah buat di tuntutan tribunal..tak membantu langsung..dia kata ada warranty pegi je warranty..kita kena buat sesuatu..
aku pn pakai naza sutera gak
tp ok je
xde pblm pn highwau smpai 170km sejam aku henjut.ok je
xtau la korang punye.entah2 duit xberkat kot ko bli kreta tu.xde msalah kreta aku.xpnah plak aku kene mcm korg.cube pikir baik2,klu xbrkt mmg xkekel wet korg.tq
bila ko beli kete tu? model forza kurang problem dia..
masalah nyer dekat model sutera.
pengguna tanggung la sendiri masalah tu…
pasal ko dah beli..
pihak NAZA n SC takde belas simpati kat kete sape2 yg rosak…
waranty pun bertahun tunggu baru dapt… nak kena lulus PWA la apa la…
along 007…jangan bongak dan angkuh..kalau sorang keretanya yang bermasalah pun kita tak patut kata duit dia tak berkat..u bukan tuhan nak hukum berkat tak berkat duit org..jika satu hari nanti u menghadapi masalah pada kereta macam kami2 ini, u akan tahulah nanti..tah2 u yg lebih2 mengamuk..masalahnya sekarang ni u kiralah berapa ramai yg komplen, ini bru dalam laman web ini sahaja, belum dikira dr blog2 yang lain yang ditulis dalam english and malay..sepatutnya u bersyukur kreta u ok bukannya menilai duit org berkat ke tak berkat..itu bukan kuaa u and u tak layak pun nak kata begitu..
Salam.. saya ada beli kereta naza sutera..Cuma yang jadi masalahnya ialah saya tak tahu kat letaknya butang atau tempat nak buka bonet keta tersebut. Kalau kereta lain kita jusat tekan atau tarik butang kat depan pemandu je.. Tapi yang naza sutera pula tak ada..Puas saya cari tapi tak jumpa.. Bioleh sesiapa bantu saya tak?
Nasib baik la saya terjumpa blog ni. Sebenarnya sebelum ni saya pun ada plan nak tukar ke Naza Sutera sebab banyak orang pakai. Ya lah… Dalam kedaaan macam tu sape berani beli Naza Sutera kalau produk yang kita dapat bergantung kepada nasib. (Selalunya kita jarang bernasib baik). Pihak pengeluar kereta sepatutnya memastikan semua produknya perfect sebelum jual. Sayacadangkan NAZA tutup je kilangnya tu. Tiada siapa nak bangga dengan kompeni Melayu kalau produk tak bagus. Saya prefer nak beli barang CHERY dari China. Harga sama NAZA tapi quality tip top.
Aku cukup pantang dengar cerita duit tak berkat… Nonsense la benda tu. Kalau lah dapat benda sial, takkan nak salahkan diri sendiri.
MEMANG NAZA TERPAKSA BUAT MENGURANGKAN HARGA KERANA TAK SAMA DENGAN KELUARAN KERETA SEBENAR.
BEZAKAN ANTARA KERETA CARNIVAL NGAN NAZARIA.
MESTI BYK BEZA ITUPASAL HARGA DITURUNKAN KERNA BERLAWAN DAN MELAKUKAN KELUARANNYA.
KERETA UT BKN NAZA PUNYA CUMA AMIK KEBENARAN KIA SAJE UNTUK PAKAI JENAMA TU.
BAGI SAYA KALAU MINTA NAK PAKAI KELUARAN KOREA PAKAI SEBENARNYA JGN PAKAI KERETA PALSU BUATAN NAZA. HAK ORG MENGAKU DIR SENDIRI PUNYA.
SEMUA ORG BOLEH BUAT JENAMA SENDIRI MCM TU. APA BRAND PUN BOLEH LETAK. TAPI IDEA ORG…….SENANG JUGAK MENIPU ORG MALAYSIA NI….IKUT JER….INGAT MALAYSIA CAR.
SAYA DAH PAKAI CARNIVAL LEBIH 4 THN XDA MASAALAH TTG BUATAN NYA. MMG POWER. PASAL MINYAK MMG LAH.
DAH 2.5CC. MASIH TIP TOP. BIARPUN 2ND SAYA BELI.
ISYAALLAH BRG ORIGINAL BKN TIRUAN DAN KAKI CIPLAK.
APAPUN…….LU FIKIRLAR SENDIRI…MCMANA.
salam semua.. betol2.. aku pkai naza sutera gak… masalah samer ngan kowg… aper patot kiter sbagai pengguna yg tertipu nih buat????
aku xtahan pkai kter yg byk masalah cm nih…
saya juga membeli naza sutera gsi pada bulan 6 2006.
saya malas nak cakap banyak, cuma saya ingin senaraikan masalah-masalah saya.
pertama, sekali sistem audio rosak 2 kali.
kedua, viper tidak berfungsi secara tiba2 semasa hujan lebat.
nasib baik xmati kene sondol lori di jalan tampoi.
ketiga, panel suis viper rosak.
keempat, paip aircond bocor menyebabkan air bertakung di lantai kaki pemandu
kelima, air hujan boleh tembus dan meleleh dari cermin hadapan.
keenam, baru 2 tahun…ekzos dah berlubang sana sini, kena tukar ekzos baru…
ketujuh,relay kipas selalu rosak…enjin jadi panas ….kereta dah xble jalan..
kelapan tingkap sisi tergelincir dari kedudukannya……kalau tekan suis xboleh tutup
kesembilannnn. mekanik yag dlantik tidak terlatih, lembap… xtau punca kerosakan dan sebagainya…..dan alat2ganti mahal….
apa dah jadiiiii
beli kereta untuk memudahkan pengguna bukan menindas pengguna.
saya ada dua anak kecil , usianya setahun dan 4 bulan
nampak gayanya lebih susah jaga kereta naza sutera dari jaga anak2 kecil
sehinggakan saya terpaksa beli kereta kedua kerana khuatir akan kualitinya…..
di kota tinggi tiada pusat servis.
kalau nak rujuk kerosakan terpaksa ke kebun teh johor bahru, atau johor jaya atau di kluang….
berapa modal saya untuk kesana.kalau rosak tengah jalan macammana ni……
komen terakhir saya……
kalau menyusahkan pengguna tutup je syarikat
baki tahunan PENGGUNA dengan bank syarikat tanggung bukan pengguna macam saya, saya miskin…
dan SAYA AKHIRNYA PERCAYA KATA2 RAKAN KERETA INI TIADA KUALITI….DAN XSANGKA SEHINGGA MCM NI SYARIKAT INI MENYUSAHKAN SAYA
saya telah membeli sebuah naza sutera. antara masalah-masalah yg korang alami, aku pun alami.
1. jejak je meter aku 111km/j enjin bunyi bising. aku harap bukan problem.bagus gak sebab aku tau aku dah bwk lebih had laju kebangsaan bile di lebuhraya.
2. pump air wiper tak cukup kuat untuk kuarkan air kat cermin belakang.
3. aku pun xtau kenapa clutch aku keras sgt. pergi bengkel naza mcm xde pape yg diorg wat.
4. radio aku pernah rosak. baru setahun pakai. tapi nasib baik blh ganti baru.
5. interior n exterior naza sutera mmg cantik. tp syg, quality control xde.gap terlampau besar.ade sesetengah skru dah karat. baru tiga tahun pakai. material murah ape yg diorg bg agaknya.
5. ni masalah besar….kipas enjin xberenti selepas enjin dimatikan. bila cabut fius baru mati.tlg bgtau aku apa masalah sebenarnya.
6. cermin sisi konon2 elektronik. aku tekan suis kejap jln kejap tak.baik guna manual je.macam saja2 je konon2 ade aksesori tambahan.
harap2 jurutera2 dan pengurus2 kat naza baca la blog ni n ambik berat masalah2 pengguna.jgn main jual dan kaut untung saja.nanti org dah tak percaya dan tak beli produk mereka. dan mereka akhirnya menganggur sebab kilang dah muflis.isk3.
Saya setuju dengan kenyataan diatas.
saya juga merupakan salah seorang mangsa naza sutera..
klo nk cerita kn punya banyak, cerita yang benar2 berlaku dengan bukti yg sahih.
komplen byk kali pun tiada maklumbalas, tp kenapa tiada tindakan keatas syarikat tersebut?
duit byk yg dikeluarkan, namun penyakit tetap datang..
apa kesudahan nya? nk jual value x da, lagi rugi ada lah…
menyesal sesangat beli…….
klo masa boleh di putar balik, mmg sah pandang pun x nk…..
Semua yang diatas pasal mengutuk NAZA SUTERA,amat2lah saya SETUJU 101 %.saya benar sakit hati dengan naza dan keluarga ejen2 nya.dari mula saya beli november 2007 sampai sekarang, boleh dikatakan tiap2 bulan saya keluarkan duit repair kereta.”MENYESAL”sekarang ni aircond pump compressor plak rosak, cari2 tak jumpa juga.terpaksa order aircond pump compressor dari K.L ,RM2,000.00.mana tahan.kereta bergegar.brek berbunyi.radio cd rosak,pembuka bonet keta rosak,fius lampu brek rosak.dll.belum sampai setahun,pegi jumpa ejen naza,dia org cakap bukan under dia org.
SEMUA UNDER CUSTOMER. Harap sapa2 yang nak beli kereta NAZA ,apa2 kereta NAZA berfikir lah 1001 kali.
ada juga tfikir nak bakar aje keta tu,nak aje suruh member curi ke apa, setengah insurans, setengah i bayar, tak pe,janji jangan bayar semua sekali.Tapi nasib baik ada akaq.kalau tak…..Maaf kalau sesiapa terasa..sebab kereta tu saya bayar untuk 9 tahun, bukan 9 jam macam kereta sewa.
Tolong lah kalau ada sesiapa jual pump Compressor aircond naza sutera yang murah, tolong inform saya.Terima Kasih.
Tolong lah NAZA dan Keluarga nya.find the problem,solve the problem.think the customer.dont think yr profit.TQ.
Aduh, hari ni baru saya jumpa laman luahan orang2 yang beli naza sutera. Saya sangkakan saya sorang yang malang beli naza sutera, rupa2nya ramai yang terinaya. Rasa kesal tak berkesudahan, spare part tiada. Nak tolak balik kena bayar kat bank rm10.000. Marilah pembeli naza sutera kita komplin je kat surat kabar biar mereka tahu termasuklah yang baru berangan nak beli kereta keluaran naza. Pengeluar naza hidup mewah atas keperitan orang lain. Rayuan demi rayuan bagaikan anjing meyalak bukit…….
Adoi! baru i jumpa web ini. Nasip kita sama.. Sayapun beli kereta naza sutera.mm..belum setahun dah 4 kali kena tarik ke bengkel enjin jadi panas nak meletup. saya pun tulis surat aduan ke hal ehwal pengguna tapi tak ada jawapan sehingga kini. Malang nasip kita. Menyesal beli kereta ini. Duit kalau petik dari pokok tak apa boleh tuka lain.
kereta sutera gua pagi2 start enjin die mengaum2 mgamok, gua pon naik bengang r..kdg2 time jem,itu jam la die nak ngaum2..pastu tgkap asik jatoh je..baik xyah de power window,pastu ekzos pon penah jatoh siap blobang lagi, gua dah ganti, pastu lak signal xly function…pegi bengkel, die kate lom ade spare part..tayar aku dah 4x tukar asik bocor je,xtahan lanngsungg..pastu tali enjin putus ble gua press, xpasal2 xbly grak tsadai tepi jalan..pastu…..bpe byk pastu laaaaaa..cilaka pya naza,beli taon 2006..klu kira2 blek nak dekat 10k la kot gua rugi..skg ni gua odw nk angkat keter lain..
Harap2 Kerajaan Malaysia dapat bantu pembeli 2 kereta naza sutera yang malang ni..TOLONG LAH KERAJAAN MALAYSIA.mana “Rakyat di dahulukan,Pencapaian Diutamakan”..Kita ni bukan nya kaya ..kalau kaya taklah beli kereta ni.
Entah berapa kali saya nak komen ni…Benci teramat sangat saya dengan NAZA ni.mari kita sama-sama komen dekat Blog YAB Perdana Menteri kita. (http://www.1malaysia.com.my)
Memang YAB PM kita akan tolong kita.Marilah kawan-kawan.
Hari tu, sy nampak used car jual Naza Sutera Hanya 14k, berbaloi ke belinya? tp nampak kamu semua menghadapi banyak masalah….
TQ amat sangat kpd korg sume! Aku hampir2 byr downpayment ari nie bli 2nd hand Sutera RM17k thn 2006, nasib baek aku kate kat agent tu besok baru byr & antaq slip gaji aku. Syukur sangat jumpa web nie……
hi pengguna semua..
TQ sangat2 kepada korang semua kerana mengadu semua masalah berkaitan dgn kereta jenis Naza Sutera atau lebih dkenali kereta pembawa masalah.
saya juga pengguna kereta Naza Sutera tersebut..of coz ler semua masalah yg u all semua hadapi pun saya hadapi juga.
kereta trsebut belum sampai 1 tahun digunakan oil seal dh rosak..nak tunggu baiki tersebut terpaksa saya membeli sendiri spare part tersebut..pening juga dibuatnye..masalah lain juga seperti engine kuat bergegar, T join wiper patah, pas tu air wiper ssh nak kuar..kadang2 kuat,kdg2 x nak kuar ler..semua masalah tersebut amat menyukarkan saya sebagai pengguna Naza sutera ini..berbaloikah kita sebagai penggua melalui semua kesulitan ini???diharap kita semua sama2 bersatu untuk mendapat hak kita sendiri!!
rozzy ingat kete rozy je yg ada masalah mcm tu…. mmg sakit hati..ade je masalahnye.. sekarang ni masa tgh taip komen ni rozzy ade kt pusat service naza kluang johor. angin jer.. tak pasal2 air kering…aiecond jgn cerita la..mmg dh 2 hari xberfungsi.
ikut hati mcm nk tukar je kete…tp kalau trade in brape sen je la yg laku… nk pakai kete baru kene duit lagi.. mmg dh tobat la nk amik brand naza lagi…
assalamualaikum masalah aku pun lebih kurang ngan korang gak tahun pun sama 2006 tapi setakat ni xde la problem lagi siap pakai tayar besar lg. yang aku tahu kawasan kl/selangor mmg pomen diaorang cam celaka serbatau aku dok kl tapi aku service kat seremban xla mahal cam tempat lain klau nak tuntut alat ganti cepat call sendri cari naza group jangan harapkn SC kebanyakannya x tahu apa pn. Aku beli pn dgn fs trading ckp x srupa bikin dr pengurus smpai macai diaorg klau sesapa yg ada waranty lg service kt seremban je tip top kerosakkan yg lepas exorber bocor, oilseal bocor tp tukar satu2 sebab lps rsak seblah plak rsak, wiper motor, kete x pickup, rpm tinggi, relay, free je sapa buat kena bayar lu org memang sengal hancing kena kencing yg buat lak tu org mlayu cam sial la korng ni yg service keta aku pn bangsa lain buat yang service naza sutra sendri mau ingat adios………
kalo dah sampai camtu punya teruk, buat je laporan kat Tribunal Pengguna
Saya beli naza sutera tahun 2006. Loan 9 tahun. Sekarang ni baru masuk 3 tahun. Tapi nampaknya dalam tempoh terdekat ni saya mungkin terpaksa parking kereta saya kat rumah tk gerak2 utk next 6 years.
Terus terang saya katakan.. saya tak halalkan duit saya kat NAZA. Zalim. Zalim. Zalim. Majoriti kaum melayu yang beli.. rata2 yg beli bukannya orang senang pun.. kualiti takde langsung.. kami beli kereta.. bukan beli barang permainan.. Masa nak lancarkan saya yakin mmg naza tak buat pemeriksaan dan kajian yang menyeluruh.. mesti otak asyik ingat profit jer waktu tu. Saya senarai kan masalah kereta saya kat bawah ni.
1. Gear box baru 3 tahun dah rosak. Nak repair kos RM12 ribu. Memang saya tak akan repair sebab kos keseluruhan nak repair gear box ni termasuk beberapa komponen lain dah cecah RM15ribu.
2. sebelum gear box rosak.. masalah yg utama dan kerap terjadi ialah bunyi bising di enjin.. kadang2 enjin kehilangan kuasa.. masa tengah memandu tiba2 enjin kereta mati dan secara otomatik stereng kereta akan menjadi keras..
Saya dah tak larat nak tulis.. sbb hampir semua yang disebutkan kat sini mmg saya dah rasa.. akhir kata saya memang tak halalkan duit2 saya.. naza mmg zalim sehingga sanggup biarkan saya bayar hutang bank utk 6 tahun akan datang tanpa dapat guna pun kereta tu.
email saya..nor_adilah80@yahoo.com..kita buat perjumpaan utk buat aduan ke tv3..baru sorang yang email..
sy dah buat 2 kali tuntutan ke tribunal..kali pertama gagal kerana sy hantar ke pengedar, kali kedua sy tuntut terus pada pengilang iaitu naza corporation..sy tuntut kerugian 18k tapi hakim tak boleh luluskan dengan alasan kereta daj 3 tahun..tapi dia setuju dgn hujah2 yang sy kemukakan..
hakim hanya meminta pihak naza ambil kereta sy dan repair kerosakan..dah masuk 3 minggu senyap je naza ni..masa dia buat pembelaan dia yg kata nak repair kereta bila hakim kata ok dia pulak senyap..kalau tak tu sebelum perbicaraan asyik tel bila dia boleh ambil kereta nak repair..isnin ni sy nak telefon tribunal..
dalam hujah tu sy minta dia peka dgn komen2 pemilik naza..dan sy kata sy nak bawa ke tv3..
sy ada tanya lawyer..berapa upah kalau bawa kes ke mahkamah..7-10 ribu..tuntutan 18-25 k..mungkin dpt separuh..tak berbaloi rasanya..
tapi mekanik naza yang jadi wakil dalam perbicaraan tu mengaku yg teknologinya drpada cina..tapi sy kata kenapa di awal launching tak sebut pun dr china..satu penipuan..
entahlah..sy rasa tak nak senyap..sy nak bawa jugak ke tv3..marilah ramai2 email sy..kita buat perjumpaan utk buat aduan ke tv3..sy duduk seremban..cuti sekolah ni boleh lah nak uruskan..
hai
hai?? assalam, aku adalh pengguna naza sutera. aku dah menggunakan naza ini selama 4 tahun tapi tak ada plak bermasalah mcm yang korang cerita. aku punyer naza keluaran yang pertama sekali. cuma sekali jelah penah rosak dia punyer coil api itu je yang aku penah tukar.. baru-baru ni kete aku exsident kat termeloh pahang dan akan siap dlm miggu hdpan tak ada pulak mekenik tu cakap susah nak dpt spre part.. mcm yang korang cetekan tu.. cuma aku sedikit muskil ar pasal cete cromosom 2… kalu betullah kete 2 bermasalh mcm 2 nape tak tukar je gan kete yang baru kan ada warrnty selama 3 tahun jd kalu bru pakai setakat 2 bulan tak akan tak boleh tukar dengan yang baru??? cube terang kan kat aku perkara sebenar???
salam..aku ni nak komen ckit kata man ni..kalu kete hg x problem baguslah..hg dok diam2 jgn bnyk tnya..wahai!kwn2 seprjuangan akupun nak citer jg ttg kete naza sutera aku ni..masyaallah..problem kete akupun pnyale bnyak..lps 1 dtg 1..problem kecik xyah le nak citer bnyakkk..aku citer utk bln ni jer repair kete..tgkap seblah pemndu jem xleh naik kn rm400lbh..break disc da haus kn rm400lbh..dan terbaru water pam n plug kn rm500 lbh bnda tu jer da aduh2kali tuka..aduh!skrg ni ada pnykit baru plak..air dlm tgki sntiasa kring..g sc mekanik gtau nak kn overhoul enjin plak..upah buka enjin jer da rm500 blom check apa problem dlmnya..aduh!duit lg…kopak..kopak..poket da kring ..
man..ingat diaorg boleh tukar ke..maksud warranty tu segala kerosakan hantar kat diaorg dan tak payah bayar..habis warannty, rosak bayarlah..
bisnes beb..
Ala relex ar mar…. kecoh ar lu ini.. aku cete pengalaman aku jer…
Hai semua! Saya terjumpa website ini. Betul2 lah semua yang dikomplen oleh anda semua. saya pun salah seorang daripada mangsa kereta Naza Sutera ini. Sekarang ini masalah dia RMP nya naik walaupun kereta dah free gear. Even kalau on enjin jer pun dah mengaum-ngaum awal-awal pagi… Tension lah macam nie. Duit dah nak habis.. Kalau pegi servis banyak lagi duit nak repair… Alahai naza sutera…….