Kini kembali lagi musim perayaan. Perayaan berganda pula tu, Deepavali dan Raya Aidilfitri. Sekali lagi kerajaan kononnya runsing dengan statistik kemalangan jalan raya. Sebenarnya tak perlu tunggu musim perayaan untuk runsing. Tiap-tiap hari statistik kemalangan jalan raya di Malaysia sudah cukup membuatkan kita runsing.
Tak apalah, kita lihat apa yang kerajaan mahu buat untuk tangani masalah ini kali ini. Nah! Penguatkuasaan kelajuan maksimum 80 km/j di jalan raya persekutuan. Kononnya, dengan menurunkan had laju, akan kuranglah jumlah kemalangan di negara ini terutamanya di musim perayaan berganda kali ini. Memang ikut logik akal yang berdasarkan teori sekolah rendah, memang logik lah. Turun had laju, turun bilangan kemalangan. Tapi, kalau lah orang yang buat cadangan ini mengaji lebih tunggi sedikit, tak perlulah mengaji sampai ke peringkat universiti, takat sekolah menengah pun cukuplah. Sudah tentu dia memikirkan persoalan ini. Patuhkah rakyat Malaysia?!
Ini yang menyebabkan saya tertawa mendengar cadangan ini. Mana rasionalnya menguatkuasakan had laju ini padahal rakyat Malaysia tidak peduli pun. Mereka tidakpun peduli berapa had laju yang di kenakan. Pada mereka,biarlah berapa pun had laju, asal mereka tidak tertangkap atau tak ditahan sudahlah. Inilah minda pengguna jalan raya kita sekarang. Mereka kurang memikirkan hal keselamatan mereka sendiri, mereka hanya takut jika tertangkap atau tertahan. Selagi mereka lihat peluang untuk memecut deras, mereka tak memikir panjang. Sudah pastilah, sentiasa akan ada peluang-peluang itu kerana tidak mungkin sekali polis trafik akan berkawal di setiap kilometer jalan persekutuan!
Jadi, tak perlu lah kita tunggu hingga akhir tempoh penguatkuasaan untuk melihat kejayaan dasar ini. Sudah pastinya dasar itu tidak membantu kepada mengatasi masalah ini. Saya tidak pula menolak langsung kesan positifnya, terutama sekali kepada segelintir rakyat yang patuh. Berapa? 15% sahaja rasanya.
Kalaulah dikaji punca utama kejadian ngeri ini belaku di jalanraya, sudah pastinya tanpa menunggu lama orang akan menjawap, SIKAP! Sebab itulah telah dilancarkan pelbagai bentuk kempen untuk mengubah sikap pemandu-pemandu jalan raya. Tapi sekadar menguar-uarkan statistik tidak cukup untuk mengubah sikap kita yang degil ini. Saya akan berkata, alah..itu mereka yang kena..saya tak kena. Mudah kan?
Sebab itulah, kalau betul2 kita ingin mengubah sikap pengguna jalan raya justeru mengurangkan kemalangan jalan raya, kita patut benar2 menyentuh hati mereka. Pabila hati benar-benar tersentuh, barulah sikap pengguna jalan raya akan berubah. Tapi bagaimana? Ya, beginilah.. ditunjukkan NGERINYA kemalangan itu.. lihatlah.. lihatlah..lihatlah..lihatlah..lihatlah.. Cukup lima kali sehari, insyaAllah semua orang takut memecut lagi..
![]()
Powered by Qumana




Dia orang yang suka memandu laju tu kebanyakkanya BODOH
kerana BODOH mereka la orang lain merana
terutamanya CINA
Dah lah semua nak free
tol tak nak bayar
parking tak nak bayar
undang undang tak nak ikut
cakap Melayu tak nak
Memang Sial depa tu
jan lar kata org smpai mcm tue,, xbek taw…huhuhu…n depa sume x sial lar..huuuhu…cuma ada sebab tertentu dorang b’perangai mcm tue…kita kan org m’sia…so respect each other my fren..hehee..tataaa..hehe
ajal maut di tangan Tuhan..
Ingatlah,Tuhan maha berkuasa ke atas semua makhluknya..
semoga Allah memanjangkan usia dan memurahkan rezeki semua umat Islam supaya dapat menjalankan ibadat dengan lebih sempurna.